Tiga pasang kaki bergerak dengan seragam semasa tiga orang bertopeng mulut dan bertopi hitam berarak masuk ke ruangan lapangan terbang.
Derap langkah itu memberitahu yang mereka dalam keadaan lekas dan terburu-buru seakan mengejar sesuatu.
Jauh dari sudut pandangan mata orang awam, ketiga-tiga orang itu memiliki spygun di dalam kot dan jaket yang dipakai mereka.
Sebaik saja mereka berdiri depan pintu balai ketibaan, ketiga-tiga itu kemudiannya berpisah ke arah berbeza dengan serentak sebelum berdiri menunggu di tempat yang berbeza.
"Athena Louisa, tinggi 168cm, berwajah putih berambut panjang kelabu asap...pakaiannya berhoodie putih, skinny jean denim, berbeanie putih."bicara suara dari ear in yang terpasang secara sembunyi di dalam telinga.
Ketiga-tiga mereka tadi yang dengar perhati dengan teliti setiap passenger yang keluar dari pintu balai ketibaan itu. Menanti target mereka muncul dari situ.
Dekat lima minit kemudian, setelah menunggu dengan penuh debar, akhirnya muncul kelibat wanita berhoodie dan berbeanie putih dari depan pintu balai ketibaan itu.
Ketiga-tiga orang tadi masing-masing siap sedia hendak keluarkan senjata mereka sebaik ternampak target mereka, namun baru saja mereka hendak keluarkan spygun dari balik jaket, tidak semena target mereka di serbu dengan sekumpulan passenger dari arah belakang dengan tiba-tiba.
Athena sendiri yang berada di dalam asakan itu sendiri terkebil-kebil. Tak faham kenapa orang dekat situ mula tolak menolak dan menggesa dia gerak ke hadapan sambil mengasak dia.
Tiga orang yang di arahkan untuk membunuh Athena pula terpinga-pinga lepas target mereka hilang di celah orang ramai di situ. Sedaya upaya mereka jengah kepala untuk kesan kedudukan Athena, tapi hilang lepas passenger tadi berpecah ke merata arah.
"Sh*t!Kami terlepas dia."
"Cari dia sebelum dia keluar!"gesa suara dalam ear in lagi.
Dua dari mereka dekat rakan merekanyang seorang lagi lalu berkumpul sesama mereka untuk berbincang.
"Kau gerak ke pintu keluar, kau pergi ronda kawasan sekitar, aku pergi tempat letak bagasi.."ujar orang pertama dengan nada lekas.
"Baik!"sambut dua orang yang lain sebelum bergegas ke post masing-masing.
Ketika orang ketiga mula berjoghing merentasi kawasan lobi tu, masa itu la Athena muncul dari sebelah kanan dekat dengan tiang dimana lelaki ketiga lintas.
Milisaat sebelum orang ketiga hendak pandang ke arah Athena, pada masa yang sama sekumpulan passenger berpakaian pantai berdiri menghadang Athena hingga buatkan orang ketiga tak nampak akan Athena lalu palingkan kepala ke arah lain.
Athena yang sama sekali tidak sedar apa yang berlaku hanya fokus pada skrin telefon ketika itu.
Maka terlepas la Athena dari bahaya setelah dia keluar dari lapangan terbang tu sebaik ketiga-tiga orang tadi gagal mengesan keberadaannya sepanjang masa tersebut.
Dan ketika Athena masuk ke dalam teksi, muncul orang yang mencurigakan dari balik tiang di situ mengintai lihat seakan mengawasi Athena pergi dari situ.
Bertolak saja teksi yang bawa Athena pergi, ketiga-tiga orang tadi munculkan diri dengan muka cemas masing-masing nak cari kelibat Athena tapi tak berjaya jugak akhirnya.
Orang yang mencurigakan itu kemudiannya berpaling dari situ dan hilangkan diri tanpa di kesan.
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
ActionSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...