Part 71

961 75 5
                                    

"Athena!" raung suara tu dengan kuat. Secara mengejut, Gilbert tersedar dari lenanya lalu bangun dari perbaringan dengan muka terkejut!

Nafas dia naik turun kencang, mata liar melihat sekeliling sebab nak cari sesuatu, sekali tu satu tangan naik menyentuh bahunya.

"Tuan..."tegur Darius sambil pegang bahu Gilbert.

Tersentak dengan teguran itu, Gilbert pandang cemas ke Darius. Tangan tu di pegangnya. "Athena....mana dia?Mana anak saya?"tanya dia dengan cemas.

Darius yang baru saja masuk sambil bawa gelas itupun duduk dekat birai katil sambil sua gekas berisi air kosong ke depan muka Gilbert. "Minum dulu tuan..."ajunya.

Gilbert tolak tangan Darius. "Tell me now..mana anak saya Darius?"desak dia lagi.

Darius pun mengalah. Dia letakkan gelas ke atas almari sebelah katil pesakit tu lantas memandang wajah tua Gilbert dengan kening berkerut. "Tuan ingat apa yang berlaku malam tadi?"tanya dia dengan perlahan.

Mata Gilbert membutang luas. "Kenapa dengan malam tadi?Apa yang dah terjadi?Saya tak ingat..."gelengnya selepas itu.

Darius melepaskan keluhan panjang. Dia tatap wajah Gilbert dengan renungan dalam lantas berkata. "Lewat malam tadi, Tuan cuba serang kubu dimana Organisasi Robin Hood berada. Bersama-sama dengan pasukan kita. Tapi serangan tu berjaya di halang oleh Cik Athena dan squadnya."

Berkerut-kerut kening Gilbert masa dengar. Dia cuba imbas semula apa yang terjadi. Dan ianya samar-samar bermain dalam fikirannya. "Ya...betul..kemudian?Apa yang dah berlaku?"

Darius lepaskan keluhan lagi. Dia lega plus risau. Bukan selalu dia nampak Gilbert terlantar macam ni. "Kemudian tuan pengsan setelah ditembak dengan Cik Athena menggunakan peluru pelali sebagai cara untuk hentikan perbalahan tuan dan juga Ryder. Setelah itu kami bawa tuan pulang semula.".ceritanya.

"Athena macam mana pulak dengan dia?Mana dia?Sesuatu terjadi pada anak saya ke?Hah? Tak mungkin kan apa yang saya mimpi kan tu betul-betul terjadi...!"soal Gilbert dengan muka takutnya.

Tolonglah...jangan beritahu yang Athena betul-betul dah tembak diri sendiri!?

Darius kemudiannya berdengus sambil tersenyum kecil. "Kenapa dengan Cik Athena?Tuan nak marah dia ke lepas apa yang terjadi?"

"Beritahu je la mana Athena..."marah Gilbert lepas tu sebab stress soalan dia tak di jawab sejak tadi.

Masa itu jugak pintu bilik terbuka. Athena sedang berjalan masuk ke dalam bilik tu dengan bersahaja.

"Morning!"sapa dia semasa terpandang Gilbert yang kelihatan stress dan Darius yang sememangnya sentiasa kelihatan segak dan kacak di katil pesakit tu.

Gilbert menahan nafas terkejut. "Athena...kamu tak apa-apa.."soalnya dari balik nafas.

Sambil buat muka, Athena dekati Darius lalu serahkan telefon ke lelaki tu sewaktu berkata. "Memangnya ayah expect something berlaku dekat Athena ke?"ujarnya dengan sengih di bibir.

Darius ambil telefon bimbitnya dari Athena lalu bangun dari katil tu.

Masih terkesan dengan mimpi yang dialami, Gilbert pandang tak berkedip ke Athena sehingga la anaknya duduk di birai katil di mana Darius duduk tadi.

"Kalau macam tu saya mintak diri dulu. Ada kerja yang perlu di uruskan..."pamit Darius setelah itu.

Athena tak hiraukan Darius, fokusnya masih ke ayahnya. Lepas kejadian malam tadi, yang mana dia berjaya hentikan mereka semua dari saling bunuh bunuhan dia terus di terbangkan semula mereka semua ke pangkalan utama ayahnya ini. Dan disebabkan semua dah settle. Ada sepatah dua kata yang dia mahu sampaikan sebelum pergi dari sini.

"Macam mana dengan ayah?Pening lagi ke?" soalnya.

Gilbert angkat tangan. Dahinya di picit dengan kening berkerut. "Adalah sikit."jawabnya sambil tu.

Athena senyum nipis. Dia pandang serba salah ke ayahnya. Bukan saja dia suntik pelali dekat badan tua ayahnya ini. Dah cuma itu saja yang dia boleh gunakan untuk hentikan niat jahat ayahnya ini. "Sorry untuk tu...ayah tahu kan Athena buat semua ni demi ayah?"tanya dia.

Gilbert pandang sedih ke Athena. Dia takut sangat sekarang ni. Lagi-lagi mimpi yang seakan betul-betul berlaku depan matanya. Mujur la semua itu tidak betul. "Ayah salah nak...ayah tak nak apa-apa terjadi pada kamu. Sebab itu ayah serang Ryder..."jelasnya dengan bersungguh. "Jangan bencikan ayah nak, ayah dah tak ada sesiapa lagi selain kamu.."

Tersenyum Athena masa dengar, dia lentokkan kepala ke kanan sedikit sewaktu meneliti wajah letih ayahnya. Terbayang dia. Sampai  mati ke ayahnya mahu terlibat dengan dunia jenayah ni? Dia ni pun rasa give up nak terus bekerja dalam bidang ni.

"Kalau macam tu, kalau Athena ajak ayah tinggalkan semua ni dan hidup bersama Athena dengan normal...ayah nak ke?"aju Athena.

Kening Gilbert berkerut. Matanya perlahan-lahan kemerahan. Memikirkan mimpi yang dia alami cukup beritahu dia sebagai petanda yang dia sudahpun berusia untuk semua ni. Lagipun hadap semua tekanan dan kerja bukannya boleh buat dia gembira.

"Kamu nal tinggal dengan ayah?Lepas apa yang ayah buat selama ni?"

Athena menjungkit bahu tak peduli.

"People make mistake...not everyone is perfect. Including me. Lagipun ayah bukannya akan tinggal dengan Athena je..."ujarnya setelah itu.

"Huh?Maksud kamu?"kerut Gilbert sambil buat muka tak faham.

Lantas Athena rangkul lengan Gilbert lalu sandarkan kepalanya ke bahu ayahnya sambil ketawa kecil. "Mana tahu...ayah akan tinggal dengan menantu...silap masa dengan cucu pulak." selorohnya.

"What!Menantu?Lelaki mana pulak ni?" Gilbert tersentak, muka risaunya terus berubah menjadi garang.

"Ayah kenal dia sangat..."jawab Athena sambil tersenyum.

Gilbert berkira-kira buat seketika. Keningnya berkerut sewaktu cuba fikirkan apa yang Athena katakan. "Ayah kenal?Siapa?Takkan la Darius?"duganya.

Baru la Athena angkat kepala dari bahu Gilbert lalu pandang tak percaya ke ayahnya. "No...bukan Darius..."dengusnya. "Tapi Ryder... Athena pilih untuk bersama dengan dia..." jawabnya dengan nekad.

"WHAT?"seru Gilbert dengan tergamam.

17. Shadow ThievesWhere stories live. Discover now