Mata Athena gerak meneliti setiap seorang lelaki yang jalan ke hulu dan hilir dengam senjata di tangan. Sambil dia perhatikan, sambil tu Athena berkira-kira.
Dia pertimbangkan kepada setiap aspek di situ
Dari sudut ruang dan masa
Risiko dan akibat
Langkah dan peluang yang ada
Possiblility and impossiblity
"No Athena."tegas Ken dari balik bisikannya bila dapat kesan gerak bahasa tubuh Athena yang sepertinya sudah siap bersedia.
Dan masa itu seorang dari penyangak yang merompak kapal terbang hendak melintasi tempat duduk Athena dan Ken.
Tanpa membuang masa, Athena dengan cekap bergerak melakukan sesuatu. Rambut panjangnya diikat tinggi ke atas. "Kau jangan bergerak...atau dia orang akan tahu..." pesannya pada Ken sambil tu.
Mata Ken menjegil bulat memberi amaran pada Athena supaya jangan macam-macam. Tapi nampaknya Athena tak nak hiraukannya. "Apa kau cuba buat ni...stop it!"ketap Ken dengan jengkel.
Lalu Athena tanggalkan jaket denim yang dipakai dia dari tubuhnya. Mendedahkan badannya yang hanya bersinglet putih. High heel yang dipakainya di tanggalkan dari kaki.
Selama ni orang tak pernah nampak dia beraksi bukan.
So saksikan live action dari dia. Khas buat semua!
Athena berdiri dari tempat duduknya dengan berani.
Dan penyangak yang mendekat itu berhenti depan Athena sambil acukan snipper gun ke depan muka dia.
Hanya 20 saat dalam hitungan di kepala, Athena angkat tangan surrender sambil keluar dari seat dia.
Ada empat lelaki di kokpit kedua, baki yang lain ada di kokpit pertama di depan pesawat.
Hanya menggunakan 20 saat ini saja peluang dia untuk lumpuhkan cubaan mereka dari hijack kapal terbang ni.
"Hei!Apa kau cuba buat hah!Duduk!"arah lelaki tu sebelum Athena capai pistol dari tangannya sekelip mata.
Pegang saja pistol itu, Athena terus tembak tengah kepala lelaki pertama sehingga lelaki tu tumbang.
Kemudiannya Athena pusing ke arah jam 3 dan lepaskan satu lagi tembakan tepat headshotnya ke lelaki kedua.
"Tundukkan kepala semua!"arah Athena semasa jalan merentasi isle tempat duduk di situ untuk dapatkan baki penyangak yang lain.
Para penumpang lain tak banyak.hal, mereka ikutkan saja apa yang di suruh. Semuanya beria tundukkan diri ke belakang kerusi sambil pegang kepala.
Ken yang menyaksikan kejadian itu tidak dapat berbuat apa-apa. Dia nak tolong tapi tak boleh. Sebab risau kalau identitinya terbongkar. Habia rosak semua rancangan mereka kelak.
Masa itu la lelaki ketiga muncul dengan machine gun di tangan dari arah jam 12. Tanpa berlengah sesaat pun, Athena lepaskan tembakan senyap berjarak 5 meter dari dia waktu tu.
Selang sesaat kemudian, lelaki keempat dan kelima pula muncul. Mereka menyedari akan Athena terus gerak hendak mendapatkan Athena dan menembaknya.
Tanpa tunjuk sikit pun perubaham dekat wajah, Athena dengan bersahaja jalan laju ke arah mereka sambil acukan spygunnya lalu lepaskan tembakan satu persatu ke arah mereka dekat tepat di kepala.
Disebabkan Athena lebih laju, dua orang lelaki itu dengan mudah tumbang mati di situ.
Seterusnya, Athena maju ke sisi satu lagi. Dan bila dia masuk ke ruang kokpit First class, tiga lelaki masih tersisa di situ dengan senapang di tangan masing-masing. Sedang marah akan itu dan ini kepada para penumpang di situ.
Dia berdiri dekat situ buat seketika sebum gerak ke lelaki ke enam dan serang dari belakang dengan mengunci belakang leher itu sebelum di pulas hingga patah tengkuk tu.
Kejadian tersebut di lihat oleh lelaki ke tujuh. Dia terus menjerit kuat. "Woi!Siapa kau hah!"dia angkat pistolnya mahu menembak Athena.
Sekali tu, Athena terus tembak lelaki keenam di tangan hingga buatkan senjata di tangan lelaki itu terjatuh ke lantai. Setelah itu dia lari ke arah lelaki ke enam dan melompat naik ke atas bahu lelaki tu sebelum bergayut di situ dan berikan hentakkan kuat atas kepala tu hingga buatkan lelaki tersebut jatuh melutut di situ.
"Jqngan bergerakatau aku tembak."arah suara dari depannya tiba-tiba.
Angkat saja kepala dia, lelaki kelapan sudahpun berdiri di depan dia sambil acukan pistol depan kepala Athena.
Tidak menjangka hal itu, Athena taken back. Dia pun perlahan-lahan bangun untuk berdiri lantas menghadap lelaki ke lapan. Pandang saja lelaki ke lapan, dia terpempan di situ.
What?
Bukan ke ini....
"Berikan senjata tu.."arah lelaki ke lapan pada Athena.
Apa anak buah Xion buat dekat sini? Athena serahkan pistolnya pada lelaki kelapan depannya tanpa bersuara.
"Apa yang dah berlaku ni?"tanya Athena.
Anak buah Xion berkerut kening masa dengar soalan tu. "Tak nampak ke?"soal dia pula.
"Kau orang siapa?"tanya Athena lagi hendak pastikan.
Lelaki kelapan pandang Athena dengan sengih jahat dia semasa acukan hujung pistol tu betul-betul dekat tengah dahinya. "Shadow Thieves...dari Robin Hood.Kau siapa pulak berani-berani menentang kami?" sebutnya.
Kening Athena berkerut tak faham. Kenapa anak buah Xion boleh berada di sini?Lelaki tu dah tahu dia ada di sini ke?Dan kenapa mereka buat hal dekat negara dia? Adakah Xion cuba sebarkan fitnah terhadap Ryder lagi dengan hijack kapal terbang ni?
"Aku??"tanya Athena dengan renungan gelapnya. "Athena Luisa." sebut dia sebelum capai pistol dari tangan lelaki kelapan sepantas kilat lalu menggunakan pistol itu untuk menembak lelaki tersebut milisaat kemudian.
BANG!
Terus menjerit semua orang dekat situ sebab terkejut dengan bunyi kuat tembakan tersebut.
Tapi tak Athena. Dia malah tak berkedip pun masa tembak.
Tanpa menghiraukan kekecohan di situ, Athena kemudianya berpaling dan atur langkah ke kokpit utama dimana pilot berada.
Masih memegang pistol ditangan, Athena berdiri depan pintu itu, lalu di ketuk beberapa kali tanpa bersuara. Dia ke sini sebab nak pastikan juruterbang tidak apa-apa. Khuatir jika yang mrmandu sekarang bukan pilot sebenar tapi penyangak.
DUNG!
DUNG!
Tumbuk Athena pada pintu kokpit tersebut. Dia tunggu beberapa saat nenunggu ada yang membukanya. Bila tak ada yang menyahut,Athena ketuk sekali lagi sambil pulas pemegang pintu.
Jangan mati sudah pilot dua orang sudah. Makin bertambah pulak kerjanya nanti.
Masa itu la tak semena pintu itu terbuka dari dalam. Seorang pilot dengan muka cuaknya berdiri depan Athena.
Athena tolak pilot tu ke tepi sejurus itu. Mahu lihat ke dalam kokpit itu kalau ada penyagak bersembunyi di situ. Setelah di pantau dan tidak kelihatan di mana, baru la dia kembali memandang dua orang pilit dan co-pilot di situ.
"Kalian tak apa-apa?"tanya dia sambil melihat wajah berlebam dan luka mereka seakan baru di pukul.
Dua orang itu dengan bingung-bingung mengangguk kepala.
"Good...sekarang teruskan penerbangan ke destinasi asal. Kemudian maklumkan akan mereka mengenai kejadian ni. Ada lapan orang hijacker yang telah mati dalam pesawat ni. Para penumpang selamat dan maklumkan pada mereka Athena Luisa di dalam pesawat ni." arah Athena dengan tegas.
Mereka di situ lekas-lekas pakai headfon di kepala dan mula tekan itu dan ini di situ dengan lekas.
Bersama renungan mencerun seriusnya, Athena berpaling keluar dari situ dan gerak untuk kembali ke tempat duduknya semula. Nampaknya kepulangan dia ke Blue House bakal di sambut dengan 'meriah' sekali.
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
ActionSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...