Keluar saja dari tempat mandi, dia berdiri depan cermin dekat dalam bilik air. Hanya bertuala dan rambut masih basahnya. Wap yang mengabusi permukaan cermin lalu di lap dengan tangan sehingga la ia jelas semula. Dan bila mata dia pandang pantulan dirinya di situ, Athena menahan nafas terkejut.
Holy chicken!
What a view!
Kalau sesiapa tengok ni mesti sangka dia pesakit tak cukup zat.
Pergh!
Hodoh sungguh rupa dia sekarang ni!
Pipi cengkung,lingkaran hitam bawah mata, dahi kebiruan nak sembuh kesan kejadian letupan lepas. Calar dekat pipi kanan, batang hidung, hujung kiri bibir, bilah bahu.
And the one and special bahu kirinya yang berbungkus lagi sebab luka tembakan dia. Nasib la peluru tu tembus tak kena apa-apa. Kalau tak..makin sakit nak sembuh nanti.
"Apa la nak jadi dengan kau ni Athena?"keluhnya sendiri semasa tatap wajah kasihannya. "Dicampak sana sini, di guna sana sini...dah tak ada rupa orang dah kau ni.."
Knock!
Knock!
Opocot meletap meletup! Melompat terkejut Athena lepas dengar. Dia pegang erat tuala yang membalut badannya itu erat-erat sambil pandang ke pintu bilik air.
Terperanjat dia!
Tak reti menyabar apa! Kan dia ada dalam bilik air ni! Sempat lagi di ketuk! Potong steam betul!
Tak sempat nak gerak atau bukak mulut tiba-tiba je pintu tu dengan kuat terbukak sendiri sampai pecah bahagian tombol pintu tu.
Dan bila pintu itu terbuka, berdirinya Ryder dengan kaki terangkat tinggi di situ.Athena pandang dumbfounded ke lelaki bert-shirt v neck dan seluar combat hitam di depannya dengan mata terbutang.
Ryder high kick pintu bilik air ni?!
"What the hell?"tanya Ryder tiba-tiba dengan marah masa masuk ke dalam bilik air tu tanpa sikit pun peduli yang Athena tak berbaju tpai hanya berkemban dengan tuala.
Terundur-undur Athena nak jarakkan diri bila di dekati Ryder macam tu. Dah kenapa! Gila ke? Dia pulak yang kena marah!
"Kau dengar aku ketuk pintu dari tadi kan...asal tak menyahut? Aku ingatkan something berlaku dekat kau tadi..."marah Ryder bila dia berdiri betul-betul depan Athena sampai buatkan Athena terpaksa bersandar di dinding kaca tempat mandi.
5 saat
6 saat
7 saat
8 saat
9 saat
10 saat.
Athena terkedu dan membisu di situ bila perhatikan muka Ryder yang kelihatan sedang bengang. Dan kenapa lelaki ni nak bengang? Dia nak sahut time tadi...time tu jugak la Ryder nak pecahkan pintu macam kerbau sondol!
Dia kedipkan mata satu kali lalu telan air liur gemuruh tanpa sedar bila mereka rapat dengan keadaannya yang tak proper begini. Lepas tu kan...asal Ryder nampak hot bila marah macam ni!
Bak kata akak-akak fangirl hot yang boleh buat wanita pecah ovari!
Memang superb!
BAM!
Ryder tumbuk dinding kaca belakang Athena bila Athena sikit pun tak bersuara atau beri respon pada dia. "Aku cakap dengan kau ni...kau dengar tak?"
Athena angguk kepala laju-laju. "Dengar." jawabnya tanpa alihkan mata dari nata Ryder.
"Dah tu kenapa kau diam tak menyahut...aku ingatkan kau pengsan ke terjatuh kasa mandi tadi!"keluh Ryder dengan kening berkerut.
Athena kedipkan matanya. Oh..Ryder risaukan dia rupanya. "Aku nak menyahut la masa kau ketuk tadi...tiba-tiba kau pecahkan pintu tu tadi.."jelasnya sambil pandang ke pintu yang ternganga luas di belakang Ryder. Kesian pintu tak bersalah tu jadi mangsa tendangan Ryder.
Sewaktu Athena sedang bercakap, tanpa sengaja Ryder turunkan matanya ke bawah lalu baru tersedar dengan situasi di depannya. Tak lama pun. Lepas tu dia kembali memandang wajah segar lepas mandi Athena.
Seperti baru dipanah cupid cinta, Ryder tak berkedip dari terus memandang mata Athena. Dia tenung saja mata tu sehingga tidak sedar semakin merapat ke Athena. Dan bila hujung hidungnya bertemu dengan hujung hidung Athena baru la dia berhenti.
Athena sandarkan badan di ke dinding kaca tu bila nafas hangat Ryder sudah menyapa dera wajahnya.
Thump!Thump!Thump!
Kuat jantung Athena hentak rib cage masa ni!
"Apa yang kau cuba buat ni?"sentak Athena bila mula rasa sesak dekat dada bila Ryder begitu rapat dengan dia begini sekali.Ryder tekan air liur lalu pejam mata sebelum tundukkan kepala ke bahu Athena dan sandarkan dahinya ke atasnya. Nafasnya naik turun untuk tenangkan diri. Penangan Athena memang tak pernah buat dia tergugat. Dulu atau sekarang, kehadiran Athena sentiasa goyahkan jiwa lelakinya.
Lagi-lagi lepas dapat tahu yang Xion cuba gunakan Athena untuk dapatkan dia. Semakin tercabar jiwa lelakinya ini.
Athena kaku dekat situ bila dahi tu sentuh bahu terdedahnya. Macam aliran eletrik mengalir, bulu romanya terus meremang tegak.
"Ryder.."panggil Athena dengan perlahan lepas perasan yang lelaki ni nampaknya tak berniat nak jauhkan diri dari dia. Dia pandang cuak ke pintu bilik air depannya.
Takut pulak nanti kan orang lain muncul ke ada orang nampak ke..tak ke malu nanti. Kalau Ryder masih boleh terima lagi. Kalau orang lain...ihh...malu ah!
Perlahan-lahan Ryder angkat dahinya dari bahu Athena lalu gerak untuk bersemuka semula. Dan lepas dia bertentang mata, Ryder berbisik dengan suara menggoda dia depan muka Athena.
"Kau percayakan aku?"tanya dia.
Athena tak jawab.
Rambut basah Athena yang jatuh di bahu itu di pegang Ryder sebelum di pintal dengan jarinya sewaktu memandang Athena. "Kalau diberi pilihan...aku atau Xion. Siapa yang kau akan tolong?"
Damn! Athena gigit bawah bibirnya kerana tak terkata.Dari mana Ryder tahu pasal Xion ni? Takkan la lelaki ni dah tahu rancangan mereka. "Kau dah tahu?"soalnya dengan nafas tertahan-tahan.
Ryder tarik sengih jahatnya lalu pegang bawah leher Athena dengan sebelah tangan, sebelah lagi ada dekat pinggang Athena. "Lebih dari tahu sayang...aku tahu semuanya. So...jangan macam-macam dengan aku.." pesan dia semasa dongakkan sedikit kepala Athena ke atas supaya separas dengan bibirnya dekatkan bibirnya.
Hah!Dah tahu?!Cepat betul! Tapi macam mana?! "How?"tanya Athena masa perhatikan Ryder sepertinya mahu mengucup dia memandangkan bibir lelaki ni bila-bila masa saja akan hinggap ke bibirnya.
Mata Ryder yang tadi fokus ke bibir Athena kemudiannya naik ke mata tu. "Kalau dia gunakan kau untuk jadi spy aku, aku gunakan orang dia untuk jadi spy aku...fair and square doesn't we?"sengihnya kemudian.
"Siapa?"tanya Athena yang masih memegang erat tuala di badannya supaya tidak terlucut.
Ryder kembali memandang bibir Athena dan sengetkan kepalanya sedikit ke posisi sedia. "Bermula dari huruf J berakhir dengan E" jawabnya sebelum buka sedikit bibirnya lalu pagut bibir Athena dengan dalam.
Terbutang luas terus mata Athena lepas dengar. Dia pegang lengan Ryder lepas bibirnya dikucup. Tak terganggu sama sekali dengan situasi yang sedang berlaku.
What?!
J?
E?
Nama apa yang bermula dengan huruf J?
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
ActionSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...