Selepas kejadian yang menimpa Kaiser dan teammate lelaki tu dua tahun yang lepas, Athena sudahpun tidak lagi bekerja di situ sebaik misinya selesai.
Selesai saja Aria berkahwin,Athena terus hilangkan diri dari radar.
Sejak itu dia tak lagi dengar khabar mengenai Blue House mahupun seisi tempat itu.
Bukannya Athena tak nak bertanya Debris sendiri memandangkan lelaki tu yang berkuasa dekat situ, dia cuma tak nak penuhkan kepala dia dengan perkara yang boleh ganggu konsentrasinya sendiri.
Lagi-lagi, lepas dia dengar berita tu. Athena keluar dari Blue House tanpa pamit selamat tinggal pun. Dia pergi macam tu je, tak ucap terima kasih tak cakap selamat tinggal, terus lenyapkan diri dari di jejak sesiapa.
Sekalipun dia buat begitu, Kaiser dan orang dalam tempat itu pasti tidak kisah sekiranya dia ada di situ ataupun tidak. Entah-entah dia orang lagi suka agaknya dia tak ada.
Dan buat kali pertama selepas dua tahun ini, akhirnya dia jejak jugak kaki dekat tempat ni.
Sekali lagi...Kalau boleh dia tak nak berjumpa dengan lelaki tu.
Ding!
Pintu lif akhirnya terbuka. Membuatkan Athena yang berada di dalam berjalan keluar dari situ dengan langkah sassy dan penuh keyakinannya.
Sambil berjalan, Athena pandang kanan dan kiri dengan minat.
Tak banyak yang berubah, semuanya nampak sama seperti kali terakhir dia tiba di sini. Ruang koridor yang kosong, bilik berdinding kaca yang dipenuhi dengan staf yang bekerja, pokok hijau tinggi di tepi slidding door automatik dan juga.. Plak nama bilik ini...
Unit Elit
Pssaaa!
Pintu slidding itu terbuka sebaik saja Athena berdiri di depannya.
Here we go!
"Ketua..please la.."
"Yalah..kali ni je.."
"Tanya Lucy.."
"Eh...kenapa saya pulak.."
"Tak pun tanya Collin.."
"Jangan libatkan aku dengan hal kau orang."
Borak mereka di dalam tu dengan sibuk.
Athena yang berdiri di situ perhatikan setiap seorang di situ dengan senyap. Tak nak ganggu mereka.
Namun tak lama kemudian, dua orang lelaki keluar dari bilik sidang di sebelah kiri Athena. Serta merta mereka berdua yang ternampak Athena terlebih dahulu.
Prang!
Sebuah mug terlepas dari tangan seorang dari mereka kerana terlalu terkejut dengan apa yang di lihat.
"Oh my god...Athena?Awak ke tu?"sebut Tyler dengan nada terkejutnya. Orang yang jatuhkan mug tadi.
Sementara Xavier dekat sebelah Tyler hanya diam membatu.
Dengan serentak kepala Athena berpaling memandang ke kiri sementara mereka yang lain gerak memandang ke arah Tyler lalu ke Athena.
"KYAAAA!"teriak Lucy tak semena kerana terkejut lalu menekup mulut lepas sedar dia beri reaksi terlalu over.
Lalu Athena pun menanggalkan cermin mata hitam dari mukanya lalu memandang setiap seorang di situ. Sambil dia pandang, Athena berharap dia dapat lihat wajah tu, tapi tak. Wajah tu tiada lagi di dalam ruangan ni.
"Hai."sapa Athena pada Collin yang berdiri di sisi Lucy.
"What the hell?Serius la.."gumam mereka di situ.
Tyler, Collin, Xavier dan Kaiser hanya memandang bungkam ke Athena seakan baru melihat orang mati hidup semula.
"Lama tak jumpa."kata Athena lagi sambil berjalan masuk lebih dalam ke ruangan itu sebelum ternampak meja yang sepatutnya di duduki oleh Tom, kini sudahpun kosong tiada penghuninya.
Tak semena dadanya di asak pilu.
"Apa kau nak?"soal Kaiser dengan kening mencerlung.
Athena tersengih meleret lepas dengar soalan tu. "Serius?Macam ni kau sambut kepulangan aku?"tanya dia.
Tyler hanya memandang Athena dengan kening berkerut seakan kecewa lantas bergerak keluar dari ruangan tu.
"Sambut kepulangan kau?Please la..siapa nak sambut orang yang pergi tak beritahu?Memang betul la kata orang, kau tu hanya orang yang pentingkan diri. Bila perlu kau guna bila tak perlu kau buang macam tu je." dengus Kaiser.
Terus mengerenyet mata kiri Athena sebaik mendengar tuduhan itu. Apa Kaiser cakap! Lelaki ni memang nak kena! Tahu tak betapa susahnya dia nak gagahkan diri semata hendak ke sini?
Boleh pula Kaiser berkata begitu terhadapnya!?
"Oh really?Tinggi jugak expectation kau dekat aku ya Kaiser?"ujarnya. Bersama senyuman mengejek, Athena kemudiannya melepaskan hela nafas panjang."Kau rasa apa yang jadi punca kenapa aku pergi dari sini tanpa beritahu?" soal Athena dengan senyuman sinis di bibir.
Kaiser bergerak hendak dekati Athena tapi Collin menghalang dia dari berbuat begitu.
"Salah siapa Tom tinggalkan kita semua dekat sini?"tanya Athena lagi dengan senyuman jahat di bibir. "Salah siapa yang letakkan aku dalam situasi serba salah sampai sekarang hanya kerana ego seseorang yang tak reti nak mengalah semasa membuat keputusan?"
Terus tegang suasana dalam bilik tersebut bila Athena persoalkan isu tersebut.
Athena kerling setiap wajah di situ lalu berhenti di Kaiser. Dan sekarang lelaki ni nak salahkan dia untuk perkara yang dia tak buat! "Jangan risau...aku datang sini bukan nak tinggal. Tapi nak ucapkan selamat tinggal pada Tom...memandangkan kubur dia jauh dari sini, aku hanya boleh ucapkan pada tempat terakhir dia berada."Athena kenakan cermin mata hitam semula ke mukanya.
Collin dan Xavier pandang ke Athena dengan renungan merayu. Tapi tak berani nak bersuara.
"Selamat siang semua."pamit dia sebelum pandang meja kosong Tom buat beberapa saat lantas pergi dari situ dengan langkah yang lekas.
Xavier pandang ke Kaiser dengan muka kecewa dia. "Tak boleh sekali kau cuba bertolak ansur sikit?" soalnya sebelum berpatah balik ke bilik dia keluar tadi.
Collin pandang Kaiser, Lucy pandang Collin. Sementara yang lain dalam bilik itu, antaranya Rudy, tundukkan kepala pandang ke lantai kerana tak terkata.

ANDA SEDANG MEMBACA
17. Shadow Thieves
ActionSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...