Part 60

938 73 1
                                        

Setahun selepas perkahwinan Aria....

Pintu pejabat ayahnya di ketuk beberapa kali meminta kebenaran. Namun setelah di ketuk buat kali ke berapa, masih juga tiada yang menyahut. Jadi dia pun tolak la pintu pejabat tu sebab tak nak tunggu lama-lama. Sekali bila dia masuk, bilik tu kosong, tak ada orang. Bayang ayahnya juga tidak kelihatan di mana-mana dalam bilik tu.

Bersama keluhan mengalahnya, dia pun gerak hendak berpaling dari situ, tapi tak jadi lepas mata dia ternampak gambar melekat dekat papan carta sebelah dinding kanan bilik. Hairan dia kenapa gambar seorang lelaki berada di situ.

Perlahan-lahan kakinya di atur ke arah papan carta tersebut. Dan sebaik saja dia berdiri di situ, tangannya naik menekup mulutnya serta mereka kerana terkejut.

Ianya adalah Ryder.

Dan di sekeliling gambar itu tercatitnya beberapa tulisan dan juga rencana ayahnya mahu lakukan terhadap lelaki ini. Dan semua itu hanya semata kerana mahu memperluaskan kuasa dan menakluk.

Ayahnya mahu hapuskan Ryder kerana lelaki ini adalah sebahagian dari senarai musuh ayahnya sendiri!

Itu bermakna.

"Athena...?"

Melompat terkejut dia lepas dengar suara ayahnya di belakang tiba-tiba. Terus dia turunkan tangan ke sisi dan berpaling. "Hai...Athena cari ayah tadi.."senyum dia dengan terpaksa.

"Oh...ayah teman Darius keluar tadi...ada apa kamu nak jumpa ayah?"

"Tak ada...cuma nak beritahu, lepas ni Athena akan pergi merantau tak berjejak. Jadi ayah jangan susah-susah untuk cari atau hubungi Athena nanti.." katanya sambil jauhkan diri dari papan carta tu. Tak mungkin la Ryder adalah musuh ayahnya?

"Yalah...ayah faham. Bila kamu akan bertolak?"

Knock!Knock!

Bunyi ketukan itu buatkan dia tersentak. Lantas matanya di angkat memandang ke depannya dimana si penculik sedang tunduk memandang dia.

"Menungkan apa sejak tadi tu..."tanya Ryder pada Athena.

Athena tidak menjawab. Dia hanya jeling penuh amaran ke Ryder tak puas hati.

"Relaks la...aku takkan sakiti kau..kau tahu tu kan?"ujar Ryder sebelum duduk di sebelahnya sambil meletakkan tangan di atas headrest sofa dia duduk.

Bersama renungan dingin Athena pandang ke sisinya. Dia tatap wajah Ryder dengan gigi terketap kuat. Ya...dia tahu Ryder takkan sakiti dia, tapi dia takut kalau dia yang akan sakiti Ryder nanti. Selama ni dia berusaha untuk jauhkan diri, tapi Ryder berusaha dekati dia. Tahu tak betapa susahnya hati ni!

Dan sekarang dia kembali semula di kubu rahsia lelaki ni! Macam mana dia nak larikan diri!?

Ryder tersengih sendiri masa balas tatapan Athena itu. "Kenapa?"

"Kau nak apa dari aku?Rasanya aku tak ada hutang dengan kau apa-apa pun."kata Athena dengan nada dingin mendatarnya. Kalau ayah dia tahu di sini masalah hanya akan bertambah serius! "Jadi lepaskan aku sementara aku mintak elok-elok dekat kau ni." terus dia palingkan kepala ke kiri dan silangkan tangan ke dada dan kaki kiri ke atas lutut kanan.

Ryder lepaskan hela nafas Panjang mengalahnya. Dia alihkan tangan dari head rest sofa lalu ngesot ke sisi Athena lebih rapat lagi. Dia sebenarnya bukan nak marah atau sakitkan hati Athena kerana tindakan Athena mempergunakan dia dan perdayakan dia. Dia cuma nak jumpa Athena saja. Sudahla terpisah macam tu saja, tak ada kata putus tak ada pamitan, dan bila dah berjumpa berpisah semula. Untuk itu dia nak jelaskan situasi mereka sekarang ni.

"Look at me please.."minta Ryder sambil pegang peha Athena dan jengahkan kepala ke depan untuk pandang muka tu.

Athena ketap gigi sambil kerutkan kening. Dia tak tahu nak cakap macam mana kalau dia pandang Ryder. Semua ni buat dia nak menangis dan marah je. "No..." balasnya tak lama kemudian.

Ryder pun angkat tangan sebelum tekup pipi Athena dan palingkan muka tu menghadapnya dengan lembut. Dan bila Athena memandangnya, senyuman terus terukir di bibirnya. "Aku tak marah okay. Aku cuma nak jumpa kau je, jadi berhenti la larikan diri dari aku. Seksa tau nak cari kau..."

Sambil berkerut-kerut kening dan mata kepanasan seperti mahu menangis, Athena pandang muka Ryder dalam-dalam. Dia tak habis fikir! Kenapa la Ryder pilih untuk jadi macam ni?Kalau la Ryder pilih untuk bersama dengan dia sejak awal, tak ada la hal jadi rumit macam ni sekali.

"Sekarang kau dah jumpa aku kan...so bebaskan aku."minta Athena dengan kening mencerlung.

Ryder tarik muka Athena mendekat padanya lantas berkata. "I will but not now."katanya sebelum mengucup dahi itu dengan mata terpejam rapat. Setelah itu dia bawa Athena ke dalam pelukan kerana mahu melampiaskan rasa rindu, lega dan berterima kasih pada insan ini. Dari dulu sehingga sekarang, sikap Athena yang suka lindungi orang lain tak pernah berubah. Dan untuk itu dia mahu balas semula semua kebaikan tu.

Dipeluk saja dia, Athena pejam mata dengan muka sedih dia. Tangannya berada di sisi,  tidak membalas pelukan itu.

Apa dia perlu buat sekarang!?

17. Shadow ThievesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang