Beberapa hari setelah itu, Athena terperap menyembunyikan diri di beberapa tempat persembunyian barunya. Tidak lagi di apartment lama memandangkan identiti dan lokasi keberadaan dia telah didedahkan.
Susah jugak dia nak hadap semua sendirian. Kalau biasanya dia ada pasukan tambahan dan orang-orang suruhan keluarganya.
Kini dia sendirian.
Di negara orang lagi tu!
Nak gerak keluar cari makan pun terpaksa berjaga-jaga. Sentiasa kerling kanan kiri depan belakang atas bawah. Semua ni gara-gara pembunuh upahan yang sedang jadikan dia sebagai target utama mereka.
Tertanya-tanya Athena mengenai bayaran untuk nyawa yang bakal pembunuh upahan ni terima nanti!
Menggunakan telefon satelit anti jejak ya, Athena bercakap melaluinya sambil berdiri menghadap papan kaca yang tertampal dengab peta, cevisan gambar, plot blueprint dan catatannya.
Di situ terdapat lima wajah.
Beberapa nama lokasi dan masa
Begitu juga blueprint beberapa bangunan
Dan cetakan peta yang sudah bertanda dengan bulatan dan pangkah berwarna merah.
"Bila majlis penyerahan dana tu?"tanya Athena semasa gigit bawah pen sewaktu lentokkan kepala memandang dua wajah yang kini jadi target dia.
"Tiga hari dari sekarang...presiden Moscow dan Denmark akan turut terlibat. Selain itu para pelabur yang turut ikut sama menyumbang."
"Iya ke?"tak sangka pulak presiden dua orang ni berkawan baik sehingga sekarang lepas kes penyeludupan barangan artifak yang dia handle empat tahun lepas.
"Menurut maklumat, di majlis itu pasukan Organisasi Robin Hood turut akan berada di situ. Cik nak saya hantarkan pasukan bantuan ke?"
Athena tarik sengih meleretnya. Dia pandang jahat ke gambar dimana lelaki sekitar 30-an berada. "Tak payah. Aku okay sendiri. Jangan risau. Apa yang kau perlu buat sekarang adalah aturkan semuanya untuk aku termasuk peralatan dan pengakutan aku."ujarnya.
"Baik..saya akan uruskan semua itu nanti."
Rasanya kalau nak handle lelaki ni senang je. "Berikan aku maklumat penuh dua lelaki yang aku sebutkan jugak. Dan pastikan tak ada siapa tahu tentang perbualan kita ni."
"Baik."
Bersama kening berkerut,Athena diam memikirkan sesuatu. "Hei....kau tahu tak dekat sini tempat yang bekalkan pasukan pemberi maklumat atau hacker or something like that?"tanya dia setelah seketika lalu palingkan kepala ke arah laptopnya yang tergeletak di atas katil.
"Saya akan carikannya untuk cik kalau cik perlukannya sekarang."
Athena naik atas katil lalu bersila di atasnya. Lantas laptop itu di dekatkan kepadanya. "Tak payah...aku boleh carikannya sendiri....tanya je."beberapa keyboard di taipnya dengan sebelah tangan.
"Cik tak perlukan bantuan dari kami lagi ke?"
Athena pandang skrin laptop dengan kening mencerlung bila nampak nama sebuah agensi yang tertera di situ. Iainya milik persendirian tapi boleh tahan jugak popularitinya.
"Perlu je...tapi nak mudahkan kerja aku, better aku guna sumber yang ada dekat sini." dia tekan beberapa kali touchpad pada laptop itu sebelum bangun dari situ untuk ke papan berkaca tadi.
"Kalau begitu saya prepare semua yang cik perlukan secepat mungkin."
Athena angguk kepala sambil capai marker pen lalu digigit penutup itu sebelum di tarik. Setelah marker pen itu di buka lantas beberpaa catatan di tulis padanya.
Sambil tulis tu, Athena lentokkan sedikit kepalanya."And I need you look up somethibg for me." mintanya.
Setelah beri kata sepatah dua, Athena putuskan panggilannya. Dia silangkan tangan ke dada sewaktu meneliti papan pelannya dengan mata di kecilkan.
Kali ni dia nekad, dia akan kesan dimana keberadaan kumpulan Robin Hood yang telah serabutkan kepalanya sejak beberapa bulan.
No matter what!
Dia akan settlekan kes ini secepat mungkin dan pulang ke tangan ahli keluarganya.
Kerana selepas misi ini, dia akan berhenti. Dia mahukan kehidupan normal tanpa melibatkan diri dengan senjata dan misi berbahaya seperti ini lagi.
Titik!
Apa yang penting sekali, adakah dia akan kembali dalam keadaan hidup atau mati setelah selesaikan misi terakhirnya ini?

ANDA SEDANG MEMBACA
17. Shadow Thieves
ActionSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...