Gnome Hack and Programme.
Itu lah nama yang tertera pada plak nama di dinding bangunan tersebut.
Ianya terdapat empat tingkat. Dua tingkat atas, dua tingkat di bawah tanah.
Tingkat atas merupakan tempat pejabat biasa dan operation.
Manakala tingkat di bawah tanah tempat penyimpanan data dan wall fire terletak.
Menjadi salah satu dari tempat yang membekalkan maklumat dan penyimpanan data sulit, sistem tempat ini adalah antara yang terbaik di kalangan yang terbaik.
Bukan saja di berpengaruh malah ia juga di lindungi oleh pihak kerajaan sendiri.
Pintu pejabat itu terbuka ke dalam sebelum seorang wanita bercermin mata bulat berambut sanggul tinggi ke atas bergerak masuk sambil memegang ipad di tangan. Bila wanita itu angkat kepala memandang ke meja kerjanya, wanita itu pandang terkejut. Namun tidak la terperanjat mana. Hanya tersentak sedikit.
"Siapa cik ni?"
Bersama renungan dingin, Athena angkat mata dia dari fail yang sedang di pegang lalu sandar ke kerusi yang dia sedang duduk untuk tilik tuan punya tempat ni.
"Violet Elliana a.k.a Mary Jane?I'am right?"soal Athena dengan perlahan.
Perlahan-lahan Violet jalan menghampiri depan mejanya lalu buat muka semasa menilik wanita berpakaian serba hitam dan berambut perang putih krim di depannya itu. "May I know you?"Siapa pulak kakak ni?Macam mana boleh masuk ke pejabatnya.
"Athena Louisa..."
Terus terangkat kening Athena lepas sedar siapakah wanita di depannya. Baru la dia betul-betul buat muka terkejut. "Apa yang cik buat dekat sini?You know...If I were you I would not roaming around like this..."selorohnya semasa gerak menarik kerusi di situ lalu duduk menghadap Athena dengan bersahaja.
Mata Athena melirik pada wanita muda di depannya dengan renungan judging. dia diam sekejap untuk berkira-kira sama ada dia patut percayakan wanita di depannya ini atau tidak. Memandangkan sekarang dia tak boleh nak percayakan sesiapa!
"Nampaknya cerita mengenai saya telah tersebar dengan meluas"sengih Athena dengan sinis.
"Cik tahu berapa harga untuk kepala cik?"soal Violet sambil topang kedua-dua tangan di bawah dagu. Cantik rupanya orang paling dikehendaki depannya ini. Tak Sangka dia akan dapat bertemu sendiri secara langsung orang lagenda yang terkenal dalam dunia risikan dan jenayah ni.
Athena pandang bosan ke kukunya lalu duduk tegak menyilang tangan di atas meja itu. dia pandang tidak berminat ke Violet lalu berkata. "Listen here kid....I don't care about the sh*t that roaming around about me now. What I need is you cooperation. Yes or No. That's it."ujarnya terus terang. Malas nak berbasa basi. Dia tak ada masa untuk semua drama ni.
Tidak semena, Violet ketawa. Dia buat muka kagum lalu turunkan tangan dari dagunya lalu sandar ke belakang sambil menyilang kaki dengan yakin. Dia tak takut kalau wanita di depannya ini mahu apa-apakan dia. Sebab dia tahu, orang depannya tidak akan berani melakukan hal itu.
"Kenapa saya kena setuju?Apa saya dapat sekiranya saya beri kerjasama pada cik Athena?"soal Violet.
Athena ketap gigi, dia pandang Violet dengan mata di kecilkan. "So no la ni?"
Sambil ketuk bawah dagu dan buat muka berfikir, Violet berjeda Panjang. "Hmm...setuju ke tak?"soalnya sendiri. Dia tak kisah sebenarnya, tapi masalahnya sekarang dia bakal berurusan dengan orang paling dikehendaki sekarang ni. Kalau dia libatkan diri, bukan setakat pusat program dia dalam bahaya, dengan semua orang dalam ni jugak akan turut terlibat.
"Dengar...aku tak mintak banyak. Apa aku cuma nak dari kau adalah intercept pengaliran maklumat aku dalam web yang ada.."aju Athena dengan nada seriusnya. Sumpah. Dia kena hentikan semua pengumuman untuk bunuh dia dengan ganjaran. Kalau tak semakin susah dia nak teruskan misinya.
Violet tersenyum. "Betul ke apa yang dikatakan oleh mereka tu?Cik telah bunuh presiden itali dan sedang merancang propaganda untuk musnahkan presiden negara ni pulak?"soal dia sambil tenung mata tu.
Athena pandang ke skrin computer di depannya. Bunuh tu bukan dia, tapi Aria. Kalau proganda nak musnahkan presiden ni bukan dia tapi Organisasi Robin Hood. Dan tak pasal-pasal nama dia ikut tercela gara-gara mereka semua! Sebab itu dia kena cari mereka sehingga dapat secepat mungkin atau dia yang mati dulu.
"Kau boleh lakukannya ke tak?"tanya Athena setelah itu.
Violet lepaskan keluhan panjang sambil pandang mengalah ke Athena. Fine. Intercept dan salahkan informasi je kan. Hal kecik je. "Boleh...tapi ada syaratnya. Sebagai bayarannya saya mahu cik lakukan sesuatu untuk saya."Lama dah dia simpan niat ni, tapi tak tahu bila boleh lakukannya. Dah alang-alang senjata bergerak ni muncul depan mata, eloknya dia nyatakannya sekarang.
Kening Athena berkerut. dia pandang tak faham ke Violet. Haih budak ni! Berani-berani nak ajukan syarat dekat dia ya! "Apa syaratnya?"
Lepas dengar jawapan tu, renungan Violet menjadi gelap, air muka ceria dan comel dia berubah menjadi serius. "Tolong saya hapuskan Organisasi Robin Hood atau terkenal dengan nama Shadow Thieves." Disebabkan kumpulan ini la kerja dia semakin sukar untuk dilakukan. Ada saja maklumat yang di godam dengan pihak mereka dari sistem dia. Sampaikan dia terpaksa update dan update dan update tanpa henti sistem keselamatan yang mana menyusahkan semua pekerjanya di sini!
Athena tersentak sedikit, namun dia tidak beri sebarang reaksi di wajah. Apa? Budak ni pun ada masalah dengan organisasi ni?
"Saya akan bekalkan semua maklumat kepada cik dan macam mana cik dan jumpa dengan mereka. Jadi tolong...hapuskan kutu-kutu tak guna yang dah buat hidup saya dan semua orang di pusat program ni susah selama ni."ujar Violet dengan renungan geram dia.
Athena berdengus seakan mahu ketawa lalu tersengih sinis. Well...well...nampaknya bukan dia seorang saja yang ada masalah dengan kumpulan ni. "Sure...it a deal then."angguk Athena.
Violet angguk kepala. "Jika perlu kami boleh jadi telinga dan mata cik sepanjang misi ni."ajunya sambil tu.
Berasa puas hati, Athena Tarik senyuman senangnya di bibir. Langkah kanan betul dia hari ni. Lain yang di inginkan, lain pula yang dia perolehi. "Okay."jawabnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/231039158-288-k10852.jpg)
YOU ARE READING
17. Shadow Thieves
ActionSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...