Part 44

938 84 1
                                        

Dengan sabar, dia berdiri di tepi pagar itu. Kejap-kejap dia kerling ke jam tangan di pergelangan tangan kiri untuk periksa masa. Dan seperti tahu-tahu yang dia tak suka tunggu lama, masa ni jugakla suara makluman kedengaran.

"Penerbangan Denmark ke Berlin telah tiba di balai ketibaan. Para pelawat boleh menyambut penumpang di pintu gerbang ketibaan A. Harap maklum!"suara makluman seorang wanita bergema jelas dalam lapangan terbang tersebut.

Dia yang dengar tarik sengih nipis di bibir kerana lega.

Syukur la semuanya baik-baik saja dan ikut dalam perancangan. Sejak kali terakhir dia dengar khabar dari Athena, hatinya sentiasa tidak tenteram kerana risau sebab tiga bulan tak berkhabar.

Sehingga la dua hari lepas, dia terima panggilan yang memaklumkan Athena akan pulang ke sini.

Dan masa itu la dia nampak kelibat wanita bercermin mata hitam, berambut ikal dan mengenakan dress cekak leher lengan pendek paras lutut dari celah orang ramai yang keluar dari pintu gerbang tersebut.

Dan bila mereka berdua saling perasan antara satu sama lain. Wanita itu terlebih dahulu dekati dia lantas mengangkat tangan menanggalkan cermin hitam dari wajah cantiknya. "What's up brother in law..."sapanya dengan bersahaja.

Blake senyum nipis lalu tunduk mencapai bagasi dari tangan tu. "Kamu seorang je Athena ke ada mata-mata sekali ikut kamu ke sini?" soalnya.

Lantas Athena rangkul lengan Blake dan jalan seiring dengan lelaki tu. "Tak ada la...anak buah Ryder ada sekali untuk tengok-tengokkan aku."jawabnya sambil pandang ke depan.

Blake pandang ke sisinya sewaktu heret bagasi tu bersama mereka ke arah pintu keluar lapangan terbang. "Kamu tak dapatkan kepercayaan dia lagi ke?"

Athena dongak memandang Blake sebelum ketawa. "Lebih dari tu...aku bukan je dapatkan kepercayaan dia...malah kita orang berdua dah get back semula."ujarnya.

Mata Blake terbutang luas keningnya terangkat tinggi. Lantas dia palingkan kepala ke sisi dan tunduk memandang adik iparnya.

"Woah...get back together? Serius la?Kamu dengan Ryder?Dulu bukan main lagi kamu nak larikan diri dari dia?"tanya Blake dengan sengih hendak ketawa.

Sambil buat muka tak kisah Athena menjungkit bahu."What to do...life is challenging okay...I need to be extreme too." dia kena buat apa sekalipun cara untuk jayakan misinya. Termasuk la bercinta dengan targetnya sendiri. Lagipun Ryder kelihatan lebih hot dan smart dari sebelum ni. Even dia sendiri sebagai seorang wanita tak boleh nak resist. Lagipun mereka tak pernah putus couple pun. Mereka hanya terputus contact.

Lalu hujung hidung Athena dicubit Blake dengan manja. "Hish...ada-ada je la kamu ni." katanya sambil tu.

Athena kembali pandang ke depan. Dan masa itu la dia ternampak kelibat anak buah Ryder dekat sebelah kanan di tepi kumpulan family bertroli. Seorang lelaki, berbaju casual dan bertopi.

"Aria tahu tak aku balik hari ni?" tanya Athena semasa mereka tiba di luar bangunan lapangan terbang tersebut. Cahaya matahari terang benderang menyilaukan pandangannya.

Lain sungguh cuaca sini dengan Denmark. Dekat sana sejuk dan mendung je...sini fuhh! Berlecak ketiak!

Blake kemudiannya berhentikan mereka berdua betul-betul di tepi sebuah kereta hitam yang berkilat yang ada di tepi jalan sebaik tiba."Tahu...tapi dia ada meeting dengan kumpulan Gang dari Utara...jadi saya je la yang jemput kamu balik hari ni." masa itu anak buahnya turut keluar dari kereta lepas nampak mereka.

"Selamat pulang cik Athena."sambut driver tu semasa capai beg bagasi dari Blake.

"Hmm...happy to see you."balas Athena acuh tak acuh semasa dia kerling ke sekelilingnya sambil tu. Mana la tahu orang dari Blue House atau goverment ada sekali nak jemput dia balik ke sini.

Patutnya dia ke Blue House. Tapi memandangkan dia tahu apa yang akan berlaku lepas ke sana, Athena ambil keputusan untuk melawat keluarganya terlebih dahulu.

Takut apa-apa berlaku pada diri dia nanti tak siapa tahu. Athena mahu lihat ahli keluarganya buat kali terakhir.

Sambil tarik muncung kecewa, Athena angguk kepala. Kemudiannya dia selak rambutnya ke belakang bahu.

"Iya ke.. Kalau macam tu tak apa la. Aku jumpa dia sebelum balik ke Blue House. Sebab aku pun ada something nak bincang dengan kau."

Masa tu Blake yang gerak nak bukak pintu kereta terhenti. Dia pandang ke Athena dengan kening berkerut. "Hah?Pergi mana tadi? Saya ingatkan kamu dah selesai?"soalnya dengan nada tak percaya.

"Ahahaha..."tak pasal-pasal Athena ketawa. "Mana ada...kau ingat senang-senang macam tu je ke...jauh lagi perjalanannya abang oi..kerja aku ni hah...berlambak lagi tak siap.."geleng dia semasa buka pintu kereta tu sendiri memandangkan Blake terlalu terkejut dengan apa yang dikatakan tadi.

17. Shadow ThievesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang