Part 55

856 78 2
                                    

Biasanya anak kalau ada parents yang kerja sama tempat dan bidang dengan mereka pasti akan rasa bangga dan gembira lagi-lagi kalau ada ayah berpangkat tinggi.

Tapi tak anak lelakinya.

Walaupun boleh beritahu pada semua orang yang dia adalah anak kepada gabenor di sini, anak lelakinya memilih untuk merendah diri dan low profile.

Bukannya dia tak suka, cuma dia lebih gemar kalau semua orang tahu anak yang dia banggakan ini adalah pejuang dan pahlawan bertauliah serta hebat di sini.

"Oi...menung jauh nampak...tengok tu hah...tergolek dah brokoli tu.."

Tersentak dia dari lamunan. "Mana?"tunduknya cuba mencari brokoli tersebut. Sekali terdengar suara ketawa.

"Ahahaha...gurau je la ayah...apa la. Itu la menung lagi. Apa yang ayah sibuk fikirkan tu sampai makan pun tak lalu?"soal anaknya dengan ceria.

Sampaikan hatinya yang sedang gundah gulana ini menghilang taktala dengar suara ceria anaknya. Siapa la tak sayang anak. Tipu la kalau cakap tak sayang anak sendiri walaupun itu anak lelaki.

"Ayah cuma risau...perlu ke kamu ikuti misi tu?Ayah rasa tak sedap hati la dengan semua ni, tambah-tambah ketiadaan Athena di sini." ujarnya.

"Jangan risau la...ini anak ayah la..lagipun bukannya Tom pergi sendiri, Kaiser ada..Xavier ada.."

Dia yang dengar hanya mampu pandang risau. Nak di tegah nanti anaknya berkecil hati pulak. Tak di tegah hatinya pula yang gulana.

"Yalah...kalau itu kata kamu. Ayah hanya risau saja."katanya.

Debris pandang gambar Tom yang ada dekat dinding bilik penghargaan itu dengan renungan kosong sejak setengah jam lepas. Matanya sikit pun tak berkedip.

Kalau la dia boleh patah balik masa tu. Kan bagus. Dapat la dia elakkan semua kejadian tu dari berlaku.

Mengenangkan semua yang berlaku sejak beberapa tahun ini cukup buatkan hatinya lirih. Dan letih.

Sedaya upaya dia cuba lakukan sesuatu untuk tanah airnya ini namun usahanya ini masih jugak tak cukup.

Dulu dia bersemangat. Dan sekarang tidak lagi. Hatinya sudah tawar. Minatnya sudah tiada.

Segalanya telah berubah.

Sejak kematian satu-satunya anak lelaki dia, dunia ni terasa kelam dan suram. Ibarat seperti tiada gunanya dia lakukan semua ni.

Yalah sebab kenapa dia teruskan untuk bekerja dalam bidang adalah kerana anak lelakinya bangga kerana ada seorang ayah yang menjadi pewira buat negara.

Dan kerana minat anaknya jugak la, dia kini kehilangan punca kenapa dia teruskan hidup dia.

Terlalu sedih, Debris perlahan-lahan melutut dekat depan papan peringatan Tom lantas teresak-esak menangis dengan sedih.

Kalau la dia hentikan Tom masa tu jugak. Pasti anak lelakinya masih hidup lagi.

"Maafkan ayah nak...ayah gagal lindungi kamu." rintihnya dengan syahdu. Sesaknya dada dia ni. "Ayah tak kuat Tom...macam mana ayah nak teruskan hidup lagi...ibu kamu bertarung nyawa demi melahirkan kamu kemudian meninggal dunia..dan sekarang kamu bertarung nyawa hendak pertahankan dunia jugak tinggalkan ayah...pada siapa lagi ayah perlu bergantung."rintihnya tersedu sedan.

Dan masa itu la muncul seseorang dari belakang Debris semasa lelaki tu menangis. Dan orang itu tunduk lantas bercakung di sebelah Debris sambil pegang belakang badannya.

"It done. Like you ask me too."suara lembut itu kemudian menyapa.

Tidak peduli dengan dirinya yang sedang menangis, Debris angkat kepala lalu paling ke kiri sebelum bertemu muka dengan orang itu.

"Athena...?"sebutnya dengan hairan. "Kamu ada di sini lagi?"soal Debris.

Athena mengangguk kepala. Dia beri senyuman nipis pada Debris."Takkan la saya nak pergi macam tu je. Kena la pamitan dulu pada tuan."

Melihat wajah Athena, Debris diterpa rasa serba salah. Dia serba salah sebab Athena sanggup susahkan diri untuk selesaikan misi ni sendiri dan terima pelbagai cemuhan dan tuduhan kerananya. "Terima kasih....dan saya minta maaf sebab letakkan kamu dalam situasi ni."

Athena tarik senyuman nipis.

"Tak ada apa-apa la. Dah tugas saya."ucap Athena dengan perlahan. "Seperti yang tuan mahukan, saya sudahpun tangkap lelaki yang bertanggungjawab di atas kematian Tom...dan lepas ni dapat la tuan bersara dengan hati yang tenang."ujarnya.

Ingat lagi peristiwa dimana Kaiser dan kumpulan jalani misi yang Athena kata ianya misi bunuh diri?Sebenarnya misi itu diadakan oleh Xion untuk fitnah nama baik Organisasi Robin Hood. Misi mereka adalah hentikan cubaan mereka melakukan jenayah tu. Tapi itu la sayang...

Kerana itu la Debris arahkan Athena untuk berjumpa dengan beliau dari awal tu. Sebab nak jalankan misi menangkap Xion.

Dan kini segalanya sudahpun selesai.

Dendam dah terbalas selepas Xion di tangkap.

Nama baik Organisasi Robin Hood pun telah dibersihkan.

Pengalihan kuasa dapat di elakkan.

Blue House sudahpun menerima karma di atas ketidak adilan mereka terhadap Athena melalui serangan Xion.

"Bertabah la tuan...segalanya ada hikmahnya." pujuk Athena sambil tepuk bahu tu.

Debris pandang ke gambar Tom yang segak tersenyum dalam uniform lalu menangis semula. "Ayah bangga dengan kamu. Kita jumpa nanti ya nak. Tunggu ayah di sana suatu hari nanti, bila.masanya tiba." doa dia dengan lirih.

Melihat Debris, buatkan Athena teringat akan ayahnya. Entah apa khabar agaknya orang tua tu. Lama dah dia tak jenguk.

17. Shadow ThievesWhere stories live. Discover now