Sebulan kemudian.
Teropong infra merah terarah ke pintu masuk dan balkoni kapal cruise taktala tukang pengintainya duduk di dalam gelap melihat pengawal-pengawal keselamatan yang bertugas mengawal kawasan itu.
POP!
Gula-gula getah yang ditiup menjadi belon meletup sebelum di kunyah semula dengannya. Lantas teropongnya di turunkan semula sebelum tunduk menyorok dalam gelap tu.
"15 orang...tingkap sebelah utara, bawah kabin pertama."beritahunya melalui ear in yang di pakai dalam telinga kanan.
"Athena kamu sure kamu nak lakukan hal ni?Ayah tak paksa kamu?"soal Gilbert dalam alat itu.
Dia yang dengar hanya buat muka tak kisah. "Tak apa...lagipun Athena tengah bercuti lagi. Dia orang takkan tahu pun..."jawabnya sambil pakai sarung tangan hitam ke tangannya.
"Baik la kalau begitu. Ingat target kamu adalah apa yang ada di dalam peti besi itu, iaitu plak pencetakan wang haram. Kamu ambil keempat-empat plak tu. Ayah tak peduli apa yang kamu mahu lakukan kepada mereka. Apa yang penting plak itu asli dan selamat."
Setelah selesai memakai sarung tangan, dia bangun dari situ."Siapa punya?"soal dia semasa tunduk mengetatkan tali strap baju tempurnya.
"Ayah la..mereka rompak ayah hari itu...jadi ayah nak ambil ia semula."jelas Gilbert.
Sambil dengar, Athena keluar dari tempat persembunyiannya iaitu dari atas bumbung sebuah kontena. Tanpa rasa takut dan gentar Athena lompat turun dari situ begitu saja dan mendarat dengan selamat di atas jalan itu.
Oh ya...kenapa Athena ada di sini?
Pertama sekali, sebab ayahnya dalam masalah. Siang malam dia perhatikan ayahnya tidak senang duduk dan kelihatan serabut. Oleh kerana ambil berat, Athena pun bertanya. Sekali tu ayahnya beritahu projek besar lelaki itu telah digagalkan dengan sekumpulan gangster yang menyerang tapak projek dan rampas plak cetakan wang haram tu. Kasih punya pasal, Athena tawarkan diri untuk membantu. Disamping dapat berikan good perspective kepada ayahnya, dia juga dapat panaskan badannya semula setelah beberapa minggu tak beraksi.
Tak nak si Darius je yang selalu dapat side baik dan kelihatan berguna buat Gilbert, Athena sedaya upaya lakukan apa saja yang boleh buatkan ayahnya percayakan dia lebih lagi. Kenapa Athena begini?Sebagai seorang anak, tak ke rasa macam insecure bila orang luar lebih rapat dengan ahli keluarga sendiri?Mesti la rasa insecure kan...sebab itu la..
"Carefull"pesan Gilbert.
Athena yang dengar melalui ear in yang di pakai hanya fokus terhadap langkahnya. Dua buah pistol di keluarkan dari poket belakang seluarnya lalu di pegang kedua-dua tangan. Tanpa memikirkan apa saja kemungkinan. Athena selinap masuk ke dalam kapal itu begitu saja.
Ada juga tu dia tunduk seboleh yang mana kalau perlu setiap kali ada yang lalu Lalang dekat depan dia. Kalau boleh dia tak nak bunuh sesiapa. Tapi kalau keadaan mendesak suka atau tak terpaksa la dia lakukannya juga.
Tiba saja di dok kapal cruise itu, Athena seperti seorang pencuri, berdiri rapat pada dinding kapal tu sambil pegang senjata tidak mahu dikesan. Bila tempat itu secure baru la dia gerak ke dalam lagi tempat itu. Menggunakan contacts lens berteknologi tinggi, Athena boleh Nampak menerusi dinding dan apa saja yang berlaku di bawah dok kapal itu. Mengesan di mana targetnya berada, Athena atur langkahnya ke hujung sebelah kanan di mana tangga yang mengarah ke tingkat bawah kapal tu berada.
Sedang dia berlari merentasi dok untuk ke arah tangga tersebut, masa itu la muncul tiga pengawal dari kiri selekoh dok tersebut sedang berbual. Masa tu mereka tak perasan Athena ada dekat depan mereka sebab sibuk berbual sambil menghadap antara satu sama.
Tanpa membuang masa, Athena seluk semula senjatanya ke poket belakang cepat-cepat sebelum lompat ke tepi dok dan bergayut pada pemegang besi dengan sarung tangan bermagnetnya. Tergantung la Athena di situ seperti spiderman. Dan bila tiga pengawal tu jalan melepasi dok dimana dia sedang bergayut, Athena panjat semula ke dok dan kembali meneruskan perjalanannya.
Walaupun dia selalu jalani misi dan lakukan aksi berbahaya, perasaan dia sentiasa gemuruh dan gementar. Yalah...benda dia tak boleh nak agak. Apa akan jadi nanti, apa yang akan berlaku, macam mana benda tu akan berlaku, bukannya dia boleh kawal sebarang kemungkingan tu. Sebab dia takut. Dia berani tapi takut pada masa yang sama. Takut mati!
Setiba di depan sebuah pintu yang dikatakan bilik dimana peti besi berada, Athena pulas tombol pintu itu dengan mudah. Tidak menyangka ianya tidak terkunci. Dia pun berjalan la masuk ke dalam bilik tu tanpa was-was.
Setelah dia masuk ke dalam bilik itu, Athena terus Nampak peti besi dekat dalam bilik tu. Berasa senang hati kerana kerja dia tak sesusah mana, Athena terus dekati peti besi tu. Sekali bila dia baru nak kocek alat pembuka peti besi tu, tiba-tiba, bunyi berdesing dari ear in memeranjatkan dia.
Menjerit kecil kerana sakit dengan bunyi itu, Athena terus tarik keluar ear in dari telinganya lalu dicampak ke lantai.
"F*ck!"carut Athena sambil berkerut menahan sakit di telinga kerana bunyi berdesing tadi. Dah kenapa? Telinganya di gosok dengan tapak tangan. Sakit telinga dia!
Belum sempat Athena hendak sober dari terkejutnya, pada masa yang sama itu juga la pintu bilik itu terbuka semula.
"Long enough to make you came here.."tegur suara tu dari belakang.
Menahan nafas terkejut, Athena berpaling ke arah pintu dengan laju sebelum belakang badan dia terlanggar almari di situ kerana hilang keseimbangan.
Ryder berdiri di situ dengan senyuman sinis di bibir, pandang Athena. Tengok siapa makan umpan dia.
Mata Athena terbeliak luas. Mulutnya terbuka sedikit kerana tergamam dengan apa yang di lihat. Macam mana Ryder boleh ada dekat sini? "Ini kerja kau?"tanya dia dengan perlahan.
Tanpa tunjukkan rasa takut atau gentar, Ryder atur langkah ke Athena. "It took me a lot of time to plan this honey. And you now don't you ever think to run away from me. Again."katanya sambil tu.
Dengan lutut menggigil macam nak melutut dekat situ, Athena hanya berdiri kaku di situ memerhati Ryder mendekati dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
17. Shadow Thieves
ActionSequel dari cerita Miss Komander Athena Louisa Turut di featuring watak dari cerita Violet Elliana Iaitu Violet a.k.a MJ Nama yang terkenal di kalangan penjenayah Andai saja dengar nama itu, mereka tahu nasib mereka tak pernah berakhir dengan baik B...