Season 2 PART 1

1.2K 83 0
                                    

vote dulu nyah

"Khadeejah.....", Farhan tersengih-sengih sendirian sambil mencium pipi anak nya.

"Haish abang ni , tukar lah baju dulu kot ye pun nak main dengan Deejah tu", kata Humaira.

"HAHAHHA yelah kejap", kata Farhan sambil mengucup pipi anak perempuan nya itu.

"Ouh ya , sayang malam ni Abah ajak kita makan malam dekat rumah dia", ujar Farhan sebelum membuka butang kemeja nya.

"Eh jap , maksud abang dia ajak abang sorang saja", sambung Farhan lagi.

"Eh sumpah laa , abah ajak abang je?", soal Humaira.

"Iyaaa , ni hal orang lelaki tau", jawab Farhan sambil mengambil tuala dari tangan Humaira.

"Kenapa dia ajak abang je?", soal Humaira dengan bibir yang muncung.

"HEHEHEHEH, ADALAAH", gelak Farhan sambil mencubit pipi Humaira dan berlari masuk ke bathroom.

"EYYYY , abangggggg!!!!!",

Malam...

Malam pun sudah berlalu, seperti yang dirancang.

Farhan dan Tan Sri Kamal pun makan malam bersama di sebuah restoran, di bilik khas.

Mula mula masuk ke dalam private room itu pun Farhan sudah mengesyaki sesuatu.

Dari pintu depan restoran hinggalah depan private room ada sahaja orang berjaga.

Macam mafia.

"Abah ada something nak bincang dengan Farhan ke ni? Lain macam saja", ujar Farhan pada lelaki di hadapan dia ini.

"Memang ada pun Farhan. Sebab tu abah tak jemput sekali Maira dan Deejah", jawab Tan Sri Kamal.

"Penting sangat ke abah? sampai tak mahu Maira tahu",

"Baiklah , sebenarnya abah nak kamu start balik kerja kerja Mafia", terang Tan Sri Kamal.

Setelah lebih 2 tahun dia berhenti dengan kerja kerja mafia , now bapak mertua sendiri suruh buat kerja macam tu balik.

"Wait what? are you serious?", soal Farhan macam tak percaya.

"Yup Farhan, i'm serious. No kidding", ujar Tan Sri Kamal.

"Tapi Humaira mesti tak setuju punya kalau Farhan nak start balik buat kerja kerja macam ni",

"Dia tak perlu tahu",

"How",

"Farhan pikirkan dulu sama ada Farhan nak sambung kerja kerja ni balik atau tak dan baru lah abah bagitahu next plan abah okay ?",

"Yang penting Maira tak perlu tahu",

Farhan mengeluh.

'Masalah baru mesti akan datang ni' kata Farhan dalam hati.

Setelah makan malam bersama , Farhan terus pulang ke rumah.

Nampak? Husband yang baik kan , dah makan luar terus balik.. PERGH suami idaman siak.

btw.

Farhan tak berhenti memikirkan tentang apa yang dicadangkan oleh bapa mertua nya itu.

Dia pun pernah berfikir yang dia mahu meneruskan kerjaya 'mafia' nya itu.

Tapi keadaan nya sekarang amat lain.

Dahulu dia seorang yang suka dan selalu menghadapi situasi bahaya.

Now ada seorang anak perempuan dan seorang isteri , mesti lah lagi berisiko.

Dia tidak mahu kejadian yang menimpa Humaira berlaku lagi.

Dengan kata lain Farhan tak mahu kehilangan Humaira dan Deejah disebabkan kerja nya itu.

Tapi bagi dirinya , dunia Mafia itu sudah sebati dengan diri nya.

Bagi dia , kerja kerja pejabat dia company Datin Rosmah bosan.

Tak menarik atau mencabar.

Yelah , kalau kerja lama nya lebih aksi kan.

Lama punya mengelamun , sampai rumah.

"Deejah dah tidur?", soal Farhan setelah masuk ke bilik mereka.

"Dah , dia tidur dekat bilik dia tuh", jawab Humaira.

"Macam mana jumpa abah tadi? okay?", soal Humaira.

"Alhamdulillah okay, ada benda kami bincang tadi", jawab Farhan.

"Bincang? bincang apa?", soal Humaira.

Farhan terkedu , hampir saja pecah rahsia.

"Alah bincang pasal kerja je sayang ", jawab Farhan sambil tersenyum.

"Hmmm", jawab Humaira sambil baring di atas katil.

Farhan hanya tersenyum lagi.

dalam kepala otak rasa bercelaru gilaaaa.

Patut ke Farhan sambung kerjaya lama nya ?

korang rasa macam mana ???

evil-doerWhere stories live. Discover now