Malam sudah menjelma , mereka semua berkumpul di rumah Cik Nah. Di sebabkan Humaira kelihatan tak bermaya , dia dinasihati oleh Zetty supaya berehat dulu sebelum teruskan rancangan nya untuk pulang ke Korea.
( kalau korang masih ingat Cik Nah adalah mak kandung Zetty , yang ada mse dekat season 1 dulu )
"Maira rehat dulu ya , kejap lagi Qaseh datang untuk tengok kan You dia ada bawak ubat sekali. Tunggu kejap okay?", pesan Zetty kepada Humaira.
Humaira hanya mengangguk.
Qaseh baru dapat tahu semua yang terjadi setelah Zack jelaskan padanya. Jadi sebagai kawan Humaira yang paling rapat , dia risau jadi dia terus bergerak datang ke rumah Cik Nah. Mujur dia tidak jauh memandang kan dia ada kerja di kawasan terdekat rumah Cik Nah.
( qaseh tuu kawan humaira , tunang kepada Zack. Author baru perasan yang dia tunang Zack dekat last part season 1 , sooo sambung la baca HAHHAHAH)
Setelah lihat Humaira sudah terlelap , Zetty terus keluar dari bilik dan ke ruang tamu.
Rupa nya Qaseh sudah sampai dan sedang berbual dengan Namjoo , Zack dan Cik Nah.
Kesian si Namjoo , dah lah tak fasih bahasa melayu. Berborak pun terkial kial nak faham apa yang berlaku. Orang gelak dia gelak je , even tak faham apa apa.
"Zetty , Humaira macam mana? Dia okay tak?", soal Qaseh yang asik risau dari tadi.
"Alhamdulillah dia tak teruk pening kepala macam tadi. Tu Zetty biarkan dia rehat.. tidur dulu", jawab Zetty sambil bersalaman dengan Qaseh.
"Kesian dia , muda muda lagi dah kena hadap semua benda ni", keluh Cik Nah yang turut bersimpati.
"Tapi tak sangka la , sampai dia minta laki tu lepaskan dia", ujar Qaseh. Dia sendiri tak mahu sebut nama jantan tu.
"Me too , tapi at the same time kita tak nak dia kena tipu hidup-hidup dengan Farhan", ujar Zetty pula.
"Takpelah , kita hanya kena doakan dia , bagi dia semangat untuk dia okay??",
"Agree , bukan senang dia nak hadap semua benda ni. Lagi lagi lepas ni dia kena sambung belajar and nak besarkan anak dia seorang diri", ujar Zetty lagi.
"Seorang diri?? Ni tak nampak ada jejaka ni yang boleh jadi teman hidup dia?", Zack menunjuk ke arah Namjoo yang totally blur.
"What?", soal nya. Yelah tiba tiba tunding jari kearah nya. Dah la dia tak faham sepatah apa pun.
"Eyyy , abang jangan nak merepek eh", Qaseh menjeling.
Zack ni kena makan penampar baru tahu. Orang sedih sedih baru lepas kena cerai , dia boleh pulak nak memandai jodoh kan orang.
YOU ARE READING
evil-doer
Romance[ complete story ] mafia warning : author punya first story , ditulis masa author tk matang lagi , jadi mana mana yang tak logik tu harap faham ye ¯\_(ツ)_/¯ tw‼️: ada beberapa chapter 16+ start : september 2020 end: november 2021 Mafia? Ganas ? Mem...