Humaira's POV
"Haa , ada apa nak jumpa? Macam tak menyempat. Macam ada penting sangat", ujar aku sambil menghirup air yang aku pesan.
Tercungap-cungap nafas sebab berlari nak cepat ke cafe. Mana tak nya , Zack call kata nak beritahu sesuatu. Jadi aku bertambah risau ingat kan benda kecemasan.
"Semalam , Qaseh ada terjumpa dengan Tabby", ujar Zack membuka cerita.
"Tabby? Kenapa Qaseh jumpa Tabby?", soal Zetty yang turut serta dalam perbualan.
"Tabby ada beritahu yang Farhan kena kahwin dengan Tabby sebagai cara untuk bertanggungjawab atas Tabby", jawab Zack dengan rasa bersalah. Hati aku seakan akan mahu berhenti ketika mendengar nya.
Aku mengeluh. Tetapi tetap menunjukkan wajah yang tenang.
"Kenapa pula dia kena kahwin? Dia percaya ke yang budak tu anak dia?", soal Zetty bertubi tubi. Geram bila dia dengar Farhan perlu berkahwin dengan Tabby.
"Entah lah", jawab Zack lagi. Dia turut buntu.
"Takpelah , biar mereka kahwin", jawab aku.
"Apa Maira cakap ni?", soal Zetty seakan akan tidak menerima kenyataan aku.
"Biarkan mereka kahwin. Lagi pun Tabby kan tengah pregnant. Tabby lagi memerlukan Farhan. Humaira sekarang dah tak ada apa apa dengan Farhan. Jadi biarlah mereka bahagia", aku tersenyum. Sementara mereka menunjukkan wajah yang hairan. Hairan kenapa aku boleh setenang ini.
"Maira , Maira betul betul dah tak sayang Farhan? Maira tak kisah kalau lepas ni dia bina keluarga lain dengan Tabby pula?", soal Zetty dengan serius.
Aku menjawab ,
"Disebabkan Maira sayang Farhan , Maira redha dilepaskan",
"Maira redha , kalau jodoh kami hanya setakat ini. Maira bukan nya nak penting kan diri sendiri nak buat keputusan sesuka hati tapi Maira cuma taknak orang yang Maira cintai , ada hubungan sulit dengan orang lain. Siapa je yang suka berkongsi?",
"Maira rasa terlampau marah dan sedih. Farhan dah buat maksiat. Farhan dah buat perkara yang tak senonoh dekat belakang Maira. Dia hantar Maira sambung belajar kemudian buat perangai. Dia sambung kegiatan Mafia , sedangkan dia dah janji takkan buat kerja tu lagi",
"Maira rasa macam dah dikecewakan berkali kali. Mungkin Farhan tak suka hidup dengan Maira. Maira tak seksi macam Tabby , Maira halang dia kerja as Mafia. Maira kongkong kehidupan dia. Mungkin dia nak bebas , dia tak suka macam tu",
"Jadi lebih baik dia teruskan kehidupan dia. Biar kami hidup dengan cara masing masing",
Zack dan Zetty hanya memandang aku dengan sayu. Air mata aku kembali berlinangan.
"Mungkin kalau abang Maira tak jual Maira dekat club tu , Maira tak akan hadap semua ni dan masalah ni tak akan jadi. Farhan tak akan di kongkong dan dia tak dibebankan oleh Maira",
"Tapi , jika kami tak pernah berjumpa. Mungkin hidup Maira kan tetap kosong. Maira mungkin akan selalu kena hadap abang Maira yang kaki mabuk. Maira takkan jumpa Farhan yang akan protect Maira kalau ada yang culik atau cuba sakitkan Maira. Maira takkan jumpa balik dengan ayah kandung Maira , dan Maira takkan ada Khadeejah",
"Biarlah, perkara yang dah berlalu tu teruskan berlalu. Perkara tu akan jadi sebuah kenangan yang paling indah dalam hidup Maira. 2 tahun kenangan perkahwinan pun dah cukup bagi Maira untuk Maira ambil pengajaran",
"Kita hanya mampu sayangi dan cintai orang itu , tetapi kita tak semestinya boleh memiliki",
aku tersenyum sambil berlinang air mata.
YOU ARE READING
evil-doer
Romance[ complete story ] mafia warning : author punya first story , ditulis masa author tk matang lagi , jadi mana mana yang tak logik tu harap faham ye ¯\_(ツ)_/¯ tw‼️: ada beberapa chapter 16+ start : september 2020 end: november 2021 Mafia? Ganas ? Mem...