DI JOHOR.
"Assalamualaikum", aku memberi salam sambil menekan loceng rumah.
Tiada jawapan.
"Mana mummy ni?", soal aku. Tiada satu pun kereta di hadapan rumah tersebut. Pembantu rumah pun tiada satu yang menyambut kehadiran aku seperti dulu.
Dengan kata lain , rumah ni macam tiada orang langsung. Takkan mummy dah pindah? Farhan tak ada beritahu apa apa pula.
Aku berasa cemas. Dah lah jauh jauh aku datang , tetapi tak ada orang pula. Mana aku nak tidur malam ni. Kawasan ni pun aku tidak tahu jalan.
"Assalamualaikum mummy , Maira niii", aku cuba memberi salam lagi.
Aku mengeluh berat kerana sama seperti tadi , salam aku tidak di sahut.
Tiba tiba aku teringat akan perbualan aku dengan Zack semalam. Kata Zack , mungkin Farhan ada pelan untuk menjemput Mummy.
Farhan pun ada kata , dia pulang ke Johor untuk berjumpa dengan Mummy.
Maksudnya mereka semua sudah ke Johor??
Sedang aku mengelamun , tiba-tiba berpuluh kereta masuk ke kawasan rumah mummy.
Aku terkejut dan berdiri kaku. Tiada tempat untuk aku lari mahupun bersembunyi.
Seorang lelaki berumur keluar dari kereta paling hadapan.
"Daddy?", soal aku.
"Kau buat apa dekat sini!?", soal Dato Ss dengan kasar. Tak hairan lah kenapa dia macam tu. Dari awal perkahwinan aku dengan Farhan lagi dia memang tak suka kan aku.
Sebab dia lagi sayang Zetty ? Mungkin.
"Urmm , Maira nak jumpa dengan Mummy. Tapi macam tak ada siapa siapa dekat rumah", jawab aku dengan penuh ketakutan.
Semua anak buah nya sudah keluar dari kereta. Sumpah aku kecut melihat mereka semua.
Ahli mafia , siapa je yang tak kecut.
"Mana Datin!?", soal dia tiba tiba.
"Dato , kami dapat tahu Farhan baru larikan datin", ujar salah seorang lelaki di sebelah nya.
"Maksudnya betul lah mereka ada rancangkan sesuatu kan?", soal Dato Ss lagi.
"Ya Dato , kemungkinan juga Datin dah dilarikan ke KL agar orang orang Tansri Kamal boleh ambil balik hak dia orang yang kita simpan dalam rumah ni", terang pembantu nya lagi.
"Wait !? Tansri Kamal?? Apa kena mengena dengan my dad?", soal aku dengan keliru.
"Dia orang main kotor dengan kita right? Then kita pun main kotor lah Dato",
"How?",
"Tu , tebusan", bibir pembantu itu dimuncungkan ke arah aku.
"What!?", tengking aku.
"BAWAK DIA !", jerit Dato Ss.
"Lepasss lahhh jangan sentuh !!!!", jerit aku sambil meronta dilepaskan.
Cukup dua orang sahaja yang pegang aku , terus aku lemah tak mampu nak berlawan.
Tak sempat nak lari atau bersembunyi. Tak sempat juga aku nak meminta tolong.
Kenapa bapa mertua aku sendiri yang culik aku? Apa kaitan abah dengan mereka. Kenapa mereka bawa lari Mummy dulu?
Aku tak berdaya , daya penglihatan aku semakin kabur.
Aku terus tak sedarkan diri.
haaa gaiss , maaf kalau part ni macam tergesa gesa.. sebab author pun tak sabar nak buat part gempak gempak HAHHAHAHHA..
WAIT FOR THE NEXT PART hokeyy
jgn lupa untuk vote comment dan share ..
<3
YOU ARE READING
evil-doer
Romance[ complete story ] mafia warning : author punya first story , ditulis masa author tk matang lagi , jadi mana mana yang tak logik tu harap faham ye ¯\_(ツ)_/¯ tw‼️: ada beberapa chapter 16+ start : september 2020 end: november 2021 Mafia? Ganas ? Mem...