"Doktor kata You dah boleh discharge esok", ujar aku sambil tersenyum ke arah Tabby.
"Alhamdulillah", dia senyum kembali.
"Lepas awak dah discharge ni , kita ke Thailand okay?", kata aku. Tabby memandang aku dengan penuh hairan.
"Thailand? Nak buat apa?", soal Tabby.
"Kita kahwin dekat sana", jawab aku.
"Wait, seriously?!", soal nya dengan terkejut. Mungkin dia tak menyangka yang aku akan bertindak begini.
"Ya , kita nikah dekat sana. Tapi tiada siapa lah yang akan tahu kita dah nikah nanti",
"You dah fikir masak-masak ke Farhan? I tak nak bila kita dah kahwin You akan menyesal. I tak nak semua tu jadi", kata Tabby dengan penuh rasa bersalah.
"I dah fikir masak-masak yang I tetap nak kahwin dengan You. Jaga You dengan baby ni", jawab aku lagi.
"Tapi You jangan fikir yang I nak kahwin dengan You sebab nak lupakan Humaira. I dah betul betul nak terima You", ujar aku.
Tabby mengangguk kepala.
Di Korea
"Humaira?", soal seorang lelaki. Aku terkejut , siapa pula yang kenal aku dekat sini? Aku segera menoleh ke lelaki yang menegur aku tadi.
"Namjoo?", dia tersengih.
"Tak sangka Humaira pun study dekat sini jugak", kata nya.
"Hm itulah", jawab aku pendek.
"Urm , kalau macam ni boleh lah kita lunch sama sama nanti. Boleh?", ajak Namjoo.
Aku tak sampai hati nak menolak. Jadi aku ikut kan sahaja.
"Boleh juga", jawab aku.
"Okey , nanti apa apa saya call okay. Pergi dulu", dia pun terus berlalu pergi.
Waktu pun terus berlalu sehingga waktu makan tengahari tiba. Seperti yang di rancang , aku dan Namjoo singgah di sebuah restaurant untuk makan tengahari.
Sebelum makanan yang di pesan tiba , kami berbual bersama.
"Maira saya nak tanya",
"Tanya lah",
"Berapa lama awak and ex husband awak tu dah berkahwin?", soal nya.
"2 tahun lebih kalau tak silap", jawab aku.
"So korang kenal macam mana?", soal nya lagi.
Aku tersenyum sebelum menyambung cerita. "Time tu abang saya jual saya dekat salah satu kelab malam kepunyaan Dato Ss. Jadi saya jumpa dia dekat situ. Farhan berminat dengan saya , jadi dia bawa saya keluar dari situ. Tapi lain yang jadi sebab kami kena tangkap basah",
"Really? Lepas tu?", soal Namjoo.
"Lepas tu kami kena kahwin", kata aku lagi.
"Ouh , so macam tu lah korang berkahwin?",
"Yup", jawab aku.
"Kita orang tak macam pasangan yang lain. Kahwin pun nikah dekat pejabat agama", ujar aku.
"It's okay , now awak dah boleh kahwin lagi. Boleh buat majlis",
Aku terdiam. Kahwin lagi?
"Entah lah , saya tak fikir nak kahwin lagi buat masa sekarang. Saya cuma nak fokus dengan Khadeeja and pelajaran saya sahaja",
"Kalau saya cakap yang saya minat awak macam mana?", soal Namjoo.
What? Dia minat aku?
"Ish awak ni , jangan bergurau lah", gelak aku.
"No , saya serious. Dari first time saya tengok awak saya dah suka awak , tapi time tu saya tak tahu yang awak dah ada husband", jelas Namjoo. Jelas kelihatan yang dia serius.
Aku mengeluh. Menyesal aku ikut dia makan tengah hari bersama. Bukan tak suka , tapi sekarang bukan masa yang sesuai. Aku pun tak pernah berfikir nak cari pengganti Farhan.
Kalau boleh selamanya aku nak berdua sahaja dengan anak perempuan aku. Tak ada sesiapa yang boleh gantikan Farhan walaupun dia dah sakitkan hati aku berkali kali.
"Sorry , tapi saya tak berminat nak cakap tentang cinta ni semua. Bagi saya , saya hanya ada Farhan dan Khadeeja. Tiada siapa boleh gantikan tempat Farhan even dia dah buatkan saya hilang kepercayaan terhadap dia", kata aku pada Namjoo dengan harapan dia faham tentang keadaan aku yang sekarang.
"Look Humaira , awak masih sayangkan dia kan?", soal Namjoo.
Aku terdiam. Tipulah kalau aku tak sayang dia , tapi bagi aku semuanya dah terlambat. Dia dah ceraikan aku, dan aku dah larikan diri daripada dia.
Bagi aku semuanya dah terlambat.
YOU ARE READING
evil-doer
Romance[ complete story ] mafia warning : author punya first story , ditulis masa author tk matang lagi , jadi mana mana yang tak logik tu harap faham ye ¯\_(ツ)_/¯ tw‼️: ada beberapa chapter 16+ start : september 2020 end: november 2021 Mafia? Ganas ? Mem...