SEASON 2 PART 11

522 39 0
                                    

"Saya Zetty , adik Zack ",

"Saya tak pasti lah kalau awak ingat saya lagi ke tak", ujar nya sambil tersenyum.

Zetty? perempuan yang buat rumah tangga aku huru hara tu?

Bukan kah Farhan dan 'uruskan' dia?

"Maira?", soal nya memanggil aku lagi kerana aku tidak memberikan sebarang respon.

"Ouh ya , ingat", jawab aku.

Lainnya Zetty yang sekarang. Bertudung manis , makin cantik. Kalau aku ada adik beradik lelaki dah lama aku kenalkan.

PUIHHH AKU BARU INGAT AKU MEMANG ADA ABANG LELAKI.

"what happen to you, mana awak menghilang Zetty?", soal aku.

Zetty tersenyum sambil menjawab.

"Panjang ceritanya", jawab dia. Dari riak wajahnya dah boleh nampak wajah penyesalannya tu.

"btw, Maira nak kemana? Ni anak korang?" soal nya.

"Khadeeja anak kita orang, and saya nak ke Korea, sambung belajar", jawab aku sambil tersenyum.

"ouhh really , sama lah ke Korea. I actually dah lama duduk Korea but bulan lepas balik sini visit my mom kat kampung then ni nak balik ke Korea semula", jawab nya

"okey that's great , at least lepas ni adalah geng. saya takdelah keseorangan",

"keseorangan? mana husband you?", soal nya.

Aku tersengih.

"Panjang cerita nya ," jawab aku pula.

"Takpelah , dah sampai Korea nanti kita sambung berbual ya. Nanti kita jumpa lagi", ujar Zetty sambil tersenyum.

"I pergi dulu ya , in sya allah nanti kita jumpa lagi. Assalamualaikum",

"Waalaikumussalam",

Zetty berlalu ke bahagian menunggu yang lain.

Zetty yang aku pernah nampak dan sekarang ni lain.

Even dulu jarang jumpa , tapi dengan apa yang jadi dulu pun aku dah faham dia dulu orang nya bagaimana.

Aku memeriksa telefon. Risau kalau kalau ada text mesej dari sesiapa tapi aku tak perasan , sebab phone di silent kan.

Tapi telefon aku sunyi. Sunyi mengalahkan perpustakaan. Kosong tiada mesej , kosong mengalahkan peti ais aku dekat kampung dulu.

Tiada satu pun mesej , bahkan dari Abah atau Farhan.

Sedih rasanya hati.

Macam tiada siapa yang nak menghalang aku pergi atau pun sedih sebab aku nak pergi.

Mereka seolah-olah 'nak kan aku pergi' , takkan lah abah juga mahu aku pergi.

Apa yang berlaku ? Ada apa-apa yang disembunyikan dari aku ke ?

Aku mengeluh berat sambil melihat Khadeeja yang memandang aku dari tadi.

Mungkin semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.

evil-doerWhere stories live. Discover now