Hari ini Tabby cuba mengembalikan kembali semangat. Dia bersiap-siap dan keluar untuk membeli-belah. Itu sahaja cara untuk melupakan masalah sebentar.
"Macam mana lah dengan eomma nanti , mesti dia kecewa dengan aku", ujar Tabby pada diri sendiri.
Ro Na menganggap Tabby ke Malaysia untuk membantu Tan Sri Kamal. Tapi lain jadinya. Jika Ro Na tau yang dia punca Farhan dan Humaira bercerai , mesti eomma nya itu kecewa.
"You Tabby ke?", seorang perempuan muda menegur nya.
"Ya I Tabby. Kita kenal ke?", tanya Tabby kembali.
"I Qaseh kawan baik Humaira", jawab Qaseh.
"Ouh", Tabby berasa janggal dengan Qaseh. Kenapa pula Qaseh nak menyapa dia? Nak serang dia ke?
"Urm , You ada masa tak? I nak berbual dengan You", soal Qaseh.
Tabby semakin gelisah.
"You don't have to be worry , I just nak ajak berbual. Sekejap pun takpe dekat cafe sebelah tu. Boleh?", ajak Qaseh.
Tabby serba salah untuk menolak ajakan Qaseh.
"Boleh", jawab Tabby.
mereka pun bergerak menuju ke cafe tersebut.
"Sebenarnya I nak tanya khabar You. You sihat?", tanya Qaseh sambil menghirup kopi yang di pesan.
"I okay je , cuma macam letih sikit sebab dah mula rasa mual dan selalu muntah muntah setiap malam", jawab Tabby.
"Sebenarnya apa yang You and Farhan dah buat? Betulkah anak yang You pregnant ni anak dia?", soal Qaseh terus terang. Memang ini tujuan dia untuk berjumpa dengan Tabby. Dia mahu tahu sejauh mana kebenaran tentang Farhan dan Tabby.
"Sebenarnya I yang goda dia dahulu. Kemudian kami terlanjur", Tabby mengeluh sebelum menyambung. "Sebelum bergerak ke Johor untuk ambil Datin , I dah rasa lain macam. Selalu mual dan loya. Jadi I buat keputusan untuk check dekat klinik. Doktor memang sah kan yang I pregnant".
Qaseh mengetap bibir nya. Geram. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia memaki hamun perempuan yang menghancurkan rumah tangga orang ini. Sudah lah dahulu Humaira makan hati dengan Zetty kali ni Tabby pula.
"You tak rasa bersalah ke buat benda tak senonoh dengan suami orang?", soal Qaseh. Marah nya di tahan. Ada mati jugak anak orang ni nanti.
"I bodoh , sebab tu I tak rasa bersalah. I ingat bila I serahkan tubuh I dekat Farhan , Farhan akan jatuh cinta dengan I. Tapi I silap , Farhan hanya nak I sebab nafsu. Bukan sebab sayang atau cinta", jelas Tabby dengan penuh rasa bersalah.
"Bawa bawalah bertaubat", ujar Qaseh.
"So apa plan You lepas ni?",
"I ada dengar yang Datin suruh Farhan bertanggungjawab atas apa yang kami buat",
"How?",
"Farhan kena kawin dengan I", jawab Tabby.
Reaksi Tabby sudah dapat diagak. Semestinya dia tidak bersetuju juga dengan rancangan Datin Rosmah.
Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Patut kah dia turutkan arahan Datin Rosmah? Atau dia perlu pergi membawa diri bersama anak dalam kandungan nya itu?
YOU ARE READING
evil-doer
Romance[ complete story ] mafia warning : author punya first story , ditulis masa author tk matang lagi , jadi mana mana yang tak logik tu harap faham ye ¯\_(ツ)_/¯ tw‼️: ada beberapa chapter 16+ start : september 2020 end: november 2021 Mafia? Ganas ? Mem...