"Kau tidur dulu , aku nak amik angin dekat luar kejap. Pape terus bagi tahu aku", pesan aku pada Tabby sebelum keluar dari wad tersebut.
Aku mengeluh sambil duduk bersandar di kerusi tak jauh dari wad. Fikiran aku beralih kepada Humaira dan Khadeeja lagi. Apa lah agak nya yang mereka tengah buat sekarang? Rindunya aku dekat anak bini aku.
Telefon segera di capai , aku terus mendail number Humaira dengan harapan aku dapat menghubungi nya.
Tiada respon , nombor telefon nya tidak boleh dihubungi. Sama ada dia sudah menukar nombor telefon nya atau dia menyekat panggilan aku.
"Jawab lah sayang!", aku mengetap bibir dengan geram.
Aku cuba pula untuk menghubungi Zack , itu sahaja harapan terakhir.
"Hello Zack?", aku menyapa nya sebaik sahaja panggilan di sambung kan.
"Yow bruh", jawab nya.
"Zack , kenapa aku tak boleh nak call Maira ni? Dia block aku atau dia dah tukar nombor?", soal aku dengan risau.
"Kau still cari dia lagi Farhan?",
"Please Zack , jawab soalan aku. Aku nak cakap dengan dia!", jawab aku. Geram dengan Zack yang tak reti nak berterus terang , kalau dia ada dekat depan aku dah lama aku tumbuk kan sahaja.
"Aku rasa dia dah tukar nombor , dia tak nak siapa siapa pun kacau dia", jawapan Zack buat kan aku mengeluh lagi.
"Dia ada dengan kau kan? Bagi dia phone ni kejap aku nak cakap dengan dia sangat sangat please", pinta aku.
"No Farhan , Maira tak ada dengan aku",
"Dia ada dekat mana? Dekat apartmen dia ke?",
"Tak , dia tengah dating dengan kawan study dia", jawab Zack.
Aku menyirap , jawapan dia memang nak buat orang bertukar jadi singa.
"Dating? Are you sure? Dengan siapa? Dekat mana?", soal aku.
"Excuse me Farhan , dia nak dating dengan sesiapa dan dekat mana pun ikut suka hati dia lah",
"Eh Zack , kau bodoh ke? Dia tu...",
Aku terdiam. Dia bukan isteri aku lagi , aku dah tak boleh nak menghalang.
"Dia ex wife kau je",
"Dah lah Farhan , move on je",
"Aku ada banyak kerja lain nak buat , kau pergi lah layan mak buyung kau tu", Zack terus mematikan panggilan.
Biadap punya member. Kalau dia ada dekat sebelah aku , dah lama aku luku kepala kau sampai cacat.
YOU ARE READING
evil-doer
Romance[ complete story ] mafia warning : author punya first story , ditulis masa author tk matang lagi , jadi mana mana yang tak logik tu harap faham ye ¯\_(ツ)_/¯ tw‼️: ada beberapa chapter 16+ start : september 2020 end: november 2021 Mafia? Ganas ? Mem...