"Ha , are you ready?", Zack terkinja kinja melompat di hadapan Farhan. Orang yang lain nak jumpa family , dia yang pula beria teruja.
"Aku risau lah. Rasa nervous sangat", ujar Farhan. "Haih , sejak bila Farhan Rayyan ni reti nak rasa nervous? Selama ni jumpa orang rilek je bertumbuk main bunuh bunuh", perli Zack.
"Jangan sampai kau yang aku bunuh kejap lagi. Aku dah lama tak bunuh orang ni", marah Farhan. Zack tergelak besar. "Dah tak yah nak nervous sangat. Jumpa family je pun",
"Nanti kalau Zetty ada cakap apa apa kau abaikan je. Dia pun geram dengan kau lepas apa yang kau dah buat dengan Maira", pesan Zack.
"Ha cakap tentang Zetty kan , macam mana adik pungut kau tu boleh hidup lagi? Aku seksa dia bagai nak mati tapi still hidup lagi kenapa?", soal Farhan. Langsung tak bertapis mulut tu.
"Aku sempat bawa dia ke hospital time dah nak nazak tu", jawab Zack. "Kau memang babi time tu tau , dah lah Zetty tu satu satunya anak Cik Nah. Kau boleh pula nak seksa dia bagai", bebel Zack lagi.
"Kalau korang tak plan bukan bukan aku tak akan seksa dia. Siapa suruh kau plan sampai Zetty masuk bilik aku?", marah Farhan pula.
"Hehehehe", Zack gelak macam tak ada rasa bersalah.
"Dah , jum kita pi jumpa anak bini kau",
"Eh , ex bini", Farhan menjeling.
skip.
"Seronok lah anak mama arini nak jumpa papa kan?", Maira mencium pipi anak perempuannya tu.
"Maira nak jumpa Farhan sekali ke?", soal Zetty. Maira ragu ragu nak menjawabnya.
"Bukan tak nak jumpa tapi Maira rasa nervous lah kak", jawab Maira. Dia ada rasa nak berjumpa dengan Farhan tapi dia pun rasa nervous. Lagi pun dia tak ada apa apa yang perlu dibincangkan dengan Farhan. Jadi lebih baik jika langsung tak berjumpa. Biarlah dia jumpa dengan Deejah sahaja.
Loceng rumah berbunyi.
"Ha dia orang dah sampai", ujar Zetty lalu pergi untuk membuka pintu.
"Ha , sampai pun", sambut Zetty.
"Ha mana anak nya , papa dia dah rindu sangat ni", ujar Zack sambil masuk ke rumah dengan diikuti Farhan.
"Itu ha dekat ruang tamu dengan Maira", kata Zetty. Farhan terdiam seketika. Maira? Maira pun ada dekat sini? Dia sangka Maira akan mengelak dari jumpa dia.
Maira memandang Farhan. Begitu juga dengan Farhan. Pandangan yang sayu.
"Aaaaa , kenapa tiba tiba senyap ni? Malaikat lalu ke?", soal Zack.
"Ish abang ni. Korang berbual lah dulu. Kita orang tunggu kat luar bye!", Zetty menarik Zack keluar rumah. Sengaja bagi masa untuk keluarga kecil tu meluangkan sedikit masa bersama.
Suasana bertukar sendu. Masing masing terdiam sebab terlalu janggal.
Mereka berjumpa semula. Masing masing masih rindu dan sayang. Namun dalam perasan rindu dan sayang , ada rasa kecewa dan marah dalam hati Maira.
"Urm , so Maira macam mana? Sihat?", soal Farhan memecahkan kesunyian dekat ruang tamu tu. "Alhamdulillah , sihat". Jawab Maira.
"Abang sebenarnya ada benda nak cakap dengan Maira", ujar Farhan. "Apa dia? Cakap lah",
"Sebenarnya Tabby dah mengaku yang anak dalam kandungan dia tu bukan anak abang", jelas Farhan.
"T- tipu",
"Betul Maira. Demi allah anak tu bukan anak abang. Abang tak pregnant kan dia. Sebelum dia datang sini dia dah pregnant. Tapi boyfriend dia lari tak mahu tanggungjawab. Jadi dia sasarkan abang untuk jadi pak sanggup", kata Farhan lagi.
Maira tiba tiba rasa bersalah tapi dalam masa yang sama dia juga tetap berasa kecewa dan marah. Kenyataan yang Farhan curang dan buat perkara tak elok dengan Tabby tetap masih tidak boleh diubah meskipun Tabby mengandung kan anak lelaki lain.
"Tapi awak still curang dengan saya. Meskipun Tabby tak mengandung anak awak. Curang tetap curang", ujar Maira.
"Abang faham itu salah abang tapi abang nak sangat hubungan kita yang dulu. Abang rindukan family abang yang dulu. Tolonglah Maira bagi satu lagi peluang untuk abang baiki dan perbetulkan keadaan", rayu Farhan.
"Farhan Rayyan ni , masih cintakan masih sayangkan Nurhumaira", ujar Farhan sambil air mata perlahan-lahan keluar mengalir.
"Kalau saya tak boleh maafkan awak macamana?",
"Tak apalah kalau Maira tak boleh nak terima abang balik. Bukan salah sesiapa. Cinta tu tak boleh dipaksa. Semua nya datang dengan sendiri kan",
"Abang nak Maira tahu. Kalau Maira tak terima abang lagi takpe. Lepas ni kalau kita tak akan jumpa lagi abang nak Maira tahu yang abang sayangkan Maira lagi. Takkan ada seorang perempuan pun yang boleh gantikan Humaira abang", ucap Farhan lagi.
"Sayang abang ni umpama air , langsung tak pernah berhenti mengalir",
"Maira.. Maira boleh terima abang balik. Tapi Maira masih susah nak maafkan abang", ucap Maira.
Keduanya senyum dalam sendu.
"Maira cakap apa tadi?", soal Farhan seolah-olah tidak percaya.
"Maira terima abang balik", jawab Maira.
"Alhamdulillah", Farhan melepaskan nafas lega.
"Terima kasih , sebab sudi terima abang balik", ujar Farhan. Rasa teruja sangat. Nak saja dia menerkam peluk si Maira.
Maira tersipu-sipu dan tersenyum.
Kedua-dua nya tersenyum lagi. Mereka berharap cinta di antara mereka tetap akan terus mekar dalam hati tanpa perlu mereka ucapkan di bibir mereka.
YOU ARE READING
evil-doer
Romance[ complete story ] mafia warning : author punya first story , ditulis masa author tk matang lagi , jadi mana mana yang tak logik tu harap faham ye ¯\_(ツ)_/¯ tw‼️: ada beberapa chapter 16+ start : september 2020 end: november 2021 Mafia? Ganas ? Mem...