SEASON 2 PART 64

640 50 0
                                    

Segala plan Farhan berjalan lancar. Misi nya untuk 'hilangkan' Tabby berjaya.

Sekarang dia hanya perlu fokus dengan keluarga nya. Dia perlu meluangkan masa dengan Humaira dan Khadeeja seperti dahulu balik. Dia perlu kembalikan keluarga nya seperti dua tahun lalu tanpa ada menyembunyikan apa apa rahsia lagi.

Farhan pilih untuk jauh dari Mafia. Bagi nya waktu untuk dia berhenti dari kegiatan itu sudah sampai. Biarlah dia nikmati kekayaan dengan cara yang lebih betul dan bukan nya dengan dari hasil kegiatan Mafia yang belum tentu halalnya.

Petang itu Farhan pilih untuk berkelah di suatu taman rekreasi di sekitar kawasan perumahan Humaira.

Farhan sedang berbaring di atas tikar yang mereka bentangkan. Mana kala Humaira menemani Deeja bermain.

Melihatkan suasana emak dengan anak itu membuatkan Farhan rasa terharu dan bersalah atas apa yang dia lakukan dengan Humaira.

Humaira tu hanya lah seorang perempuan yang baru nak mengenal dunia dewasa. Tapi lain dengan orang lain.

Orang lain sambung belajar, tapi Humaira ditangkap basah bersama Farhan.

Apa jadi kalau Farhan tak bawa keluar Humaira dari club malam daddy nya waktu itu? Mesti Farhan takkan rasa sebahagia begini.

Humaira perhatikan Farhan yang juga memerhatikan nya dari jauh.

"Abang ! Jauh nya termenung !", tegur Humaira langsung memotong lamunan si Farhan.

"Hahahah tak adalah", Farhan ketawa.

Deeja dan Maira kembali semula ke Farhan.

"Sayang tengok ni lawa tak?", Farhan menghulurkan satu surat dari poket kemeja nya.

"Surat apa ni?", soal Humaira sambil membelek-belek surat itu lalu membuka sampul nya.

"What!? Surat jemputan kahwin! Abang biar betul. Abang nak kahwin lagi sekali! Sampai hati abang!", Humaira mencebik bibir.

Farhan menepuk dahi. "Deeja tengok ibu Deeja ni, dia bukan nak tengok betul betul kad jemputan tu",

"Cuba sayang baca betul betul nama siapa dekat situ?", arah Farhan.

Terkumat-kamit Humaira membaca nama pasangan yang tertera di situ.

"Nurhumaira? dan pasangannya Farhan Ray--",

"Kad kahwin kita sayang", ujar Farhan. Humaira hairan lagi. Blur tiba tiba tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Farhan.

"Abang rancang untuk buat majlis kahwin kita", terang Farhan.

Humaira seakan akan terkejut dan merenung wajah Farhan.

"Kenapa nak buat majlis? Kita dah lebih dua tahun kahwin kot , tak perlu rasanya", Humaira cuba menolak cadangan Farhan.

"Abang nak kita ada majlis macam pasangan lain. Abang nak sayang merasa macam mana jadi raja sehari. Nanti sayang boleh pakai cantik cantik , bersanding berinai semua boleh", terang Farhan lagi.

Humaira tersenyum. Betul lah apa yang dikatakan Farhan tu. Mereka berkahwin pun di pejabat agama sahaja. Tiada majlis lain sungguh membosankan.

"Nanti kita bincang lagi tentang ni okay. Yang penting fokus pada study dulu", pesan Farhan lagi.

"Okay abang", jawab Humaira seperti kanak kanak kecil.

evil-doerWhere stories live. Discover now