PART 24

2.2K 107 6
                                    

Humaira Pov

Bila bila masa Farhan akan datang cari aku, tapi betulkah dia nak cari aku atau dia akan kawin dengan Zetty?

Tapi kenapa dia perlu kawin dengan Zetty?

Sebab dia sendiri dah buat bende yang tak elok dekat Zetty.

Tapi itu hanya gambar , belum tau kepastian.

Tapi boleh jadi juga , kalau dah sebelum ni pun pertama kali jumpa dia mahu buat sesuatu dekat aku .

Tapi dia tak buat.

Kepala aku bertambah pening .

Di sebabkan aku , aku kehilangan anak .

Tapi semua benda jadi sebab aku marah dekat dia , dia curang.

Berjuta juta tapi dah aku fikir .

Aku mesti kena elakkan dari jumpa Farhan , aku benci dia. Dia curang , dia mainkan perasaan aku. Dia juga punca aku marah hingga aku gugur , semua punca dari dia.

"Aku benci kau Farhan ",

4.20 p.m.

" wad dia belah hujung sana , number 23" , jawab Nurse disitu.

Farhan mengangguk dan berlalu pergi sambil ditemani dengan Zetty , dan Zack.

Ye guys , si badut Zetty dan pengkhianat Zack ada disitu.

Seolah olah tiada apa yang berlaku.

"Humaira?", pintu wad ditolak.

" Humaira?", Farhan memanggil lagi , namun panggilan nya tidak disambut.

"Kau tunggu dulu dengan Zetty dalam ni , biar aku cari ", Zack berlalu pergi untuk mencari Humaira.

Farhan hanya menangguk.

Zetty pula tersenyum bahagia , dasar ermm.

Humaira Pov

Nafas aku rasa tersekat sekat , aku mula berpeluh peluh  namun aku tetap bertahan.

Demi elakkan diri dari dia.

Tapi tulah , tak mampu.

Tiba tiba aku rasakan sesuatu menarik tangan aku , lekas aku berpaling kearah nya.

" Awak ?", soal aku.

Wajahnya seakan aku pernah lihat sebelum ni , tapi sumpah tak ingat di mana.

"Maira , kenapa lari ?", soal dia.

Aku bertambah pusing kepala .

Badan aku terasa ringan macam hilang kawalan.

Tiba tiba rasa macam nakk pitam.

" Eh okay tak ni ?", soal dia lagi.

haish , nampak kan dengan aku nya bertambah pucat

"Saya tak boleh nak jalan lah ! ", marah aku .

Tanpa aku sedar , mata aku pun seolah olah berpusing.

Dah terus gelap.

evil-doerWhere stories live. Discover now