Sampai sahaja di Korea , aku terus ke rumah Ro Na.
"Kenapa Maira macam tergesa gesa ni ? Maira dah tak nak duduk dengan eomma ke?", soal Ro Na.
Aku berasa geram. Dia tidak tahu ke apa yang anak dia dah buat? Jijik aku bila di gelarkan dirinya 'eomma' di hadapan aku. Dia langsung tak layak untuk jadi ibu aku atau pun menggantikan ibu aku.
"Rasa nya eomma boleh tanya sendiri dekat anak perempuan eomma tu kot. Tanya dia apa yang dia dah buat dekat rumah tangga saya", jawab aku.
Ro Na hairan dengan sikap aku. Dia langsung tidak mengerti apa yang aku cuba sampaikan kerana mungkin dia bleum tahu apa telah terjadi di antara aku dan Tabby.
Tapi maaf , jika anak nya dah aku benci , dengan satu keluarga juga aku benci.
"Terima kasih dah layan Maira dengan baik , tapi Maira kena pergi. Maira tak nak duduk dengan eomma", ujar aku tanpa rasa bersalah.
"Maira boleh jelaskan tak dekat eomma , apa yang terjadi sebenarnya ni? Tabby buat apa ?", soal nya.
Aku terdiam. Terlalu sakit nak explain kat dia.
"Eomma tanya anak eomma tu sendiri. Maira pergi dulu", aku mengambil bagasi dan mendukung Khadeejah keluar dari rumah itu.
"Dah ambil semua barang?", soal Zack yang menunggu aku di kereta.
"Dah , jum kita gerak", jawab ku pendek.
"Okay", jawab Zack.
Kami pun terus bergerak menuju ke apartmen baharu aku. Semasa aku di culik oleh Dato Ss , dia telah memberi wang yang banyak kepada aku. Jadi dengan duit itulah aku membeli sebuah apartmen di seoul. Khadeejah pula akan aku hantar kepada Mak Namjoo yang telah bersetuju untuk tolong aku jaga Khadeejah. Mujur ada sudi untuk menolong.
Telefon aku berdering. Ternyata abah yang menelefon aku.
Aku mengeluh berat. Patut kah aku jawab panggilan itu ?Kalau tak jawab rasa berdosa pula , sebab apa sekali pun yang terjadi dia tetap abah aku. Tapi hati terlalu berat untuk menjawab panggilan tu kerana aku turut sakit hati dengan abah kerana dia punca semua ni jadi.
Mungkin semua yang jadi ni ada hikmah nya.
"Siapa yang call tu ? Kenapa tak jawab?", soal Zack yang sedang memandu.
"Abah yang call. Malas nak jawab", jawab aku tetapi tak memandang ke arah nya.
"HM ,jangan gitu",
Aku menjeling nya sambil mengangkat panggilan telefon abah.
"Humaira? Humaira dekat mana sayang?", soal abah dengan risau.
"Saya dekat mana sekalipun , itu bukan urusan Tan sri", jawab aku.
"Humaira masih marah lagi pada abah?", soal nya dengan tenang. Marah?? Lebih kepada kecewa.
"Saya ada banyak benda nak selesaikan dan tak ada masa nak berbual dengan Tan Sri , jadi saya pergi dulu",
"Ehh kejap , kenapa Maira ni? Benci sangat kah pada abah?", soal nya lagi. Buatkan aku bertambah benci pada mereka semua.
"Abah? Saya rasa saya dah pernah cakap dekat Tan Sri kot. Anggap sahaja yang anak perempuan Tan Sri ni , dah meninggal. Jadi jangan pernah tanya khabar saya lagi. Harap Tan Sri faham!" aku terus mematikan panggilan.
Puas hati.
"Humaira , lepas ni better Humaira tukar number phone? Jadi Humaira takdelah terganggu dapat panggilan phone dari mereka lagi", cadang Zack.
Aku hanya mengangguk kepala tanda setuju.
Aku mengeluh. Apalah yang akan jadi dengan hidup aku selepas ni. Dapatkah aku menjaga anak perempuan aku dengan baik? Mampukah aku buat semua tu?
YOU ARE READING
evil-doer
Romance[ complete story ] mafia warning : author punya first story , ditulis masa author tk matang lagi , jadi mana mana yang tak logik tu harap faham ye ¯\_(ツ)_/¯ tw‼️: ada beberapa chapter 16+ start : september 2020 end: november 2021 Mafia? Ganas ? Mem...