PART 17

2.8K 152 0
                                    

Sewaktu perjalanan ke rumah Datin Rosmah di Johor.

Farhan pov

"Abang rasa berat lah nak tinggalkan sayang dekat rumah mummy tu", ujar Aku.

" Kenapa? Saya okay aje lah", terang Humaira.

Okay? Itu dia yang cakap. Aku ni? Rasa bersalah dan risau takut perkara lama berulang kembali.

Ketika dia diculik dahulu, aku ingatkan aku dah hampir kehilangan dia. Namun, takdir dan nasib, serta mungkin jodoh menemukan aku dan dia kembali.

Jadi aku anggap dia memang anugerah tuhan yang patut aku jaga.

Bukan sahaja jaga, malah aku kena sayang dan cintai.

Dengan ikhlas.

"Abang ?",

Dia menegur aku.

" ha yeye", aku fokus pada pemanduan setelah berkhayal dan termenung seketika.

"Urm, abang ada masalah ke?", soal Humaira.

Aku hanya tersenyum sambil menjawab,

" I'm okay," jawab aku pendek.

Tapi Humaira semakin tidak senang duduk,

"Abang macam tak okay je?", soal Humaira.

Aku tersenyum, tak tau apa yang nak dikatakan. Lalu aku mengubah topik.

" urmm, sayang selesa ke dengan kerja abang sekarang ni?", soal aku.

Riak wajahnya aku nampak sudah berubah.

"S-selesa",

" Tapi,,"

"Tapi apa?", aku cuba dapatkan kepastian.

" saya truma dengan kejadian dulu", jawab Humaira.

Aku memegang tangan nya, dengan sebelau tangan aku lg satu.

"Selagi saya hidup, saya akan jaga awak okay?",

" Tapi kerja awak ni high risk awak tau tak", terang Humaira.

Aku bertambah serba salah.

"Awak nak ke anak anak kita dalam bahaya je setiap masa nanti??", ujar Humaira.

Aku pun dapat idea untuk tukar topik lagi.

" Anak? Awak da ready ke? Anak anak? Macam nak anak ramai je?",

Humaira mula malu. Pipi nya mula kemerahan.

Aku hanya tergelak, aku tau dia malu bila diusik sebegitu.

"Ha? Diam?", usik aku lagi.

" Ish, awak ni,"

"HAHAHAHAH",

evil-doerWhere stories live. Discover now