SEASON 2 PART 38

565 58 4
                                    

don't forget to vote 🌹❤️

"Mummy kenapa ya suka paksa paksa Farhan kawin dengan Tabby tu?", soal Farhan setelah sampai di meja makan.

Tabby yang baru sahaja hendak menyuap makanan ke dalam mulutnya , terhenti. Terasa dengan soalan Farhan.

"Kita bincang benda ni lain kali boleh tak? Breakfast dulu", Marah Datin Rosmah.

"Farhan tak ada selera lah nak makan dengan perempuan ni", ujar Farhan.

Bodoh. Dah tahu tak ada selera , kenapa nak turun makan?

Tabby terdiam , dia hanya menggaul gaul makanan di dalam pinggan nya. Tiada selera juga hendak makan. Kepala nya kerap sakit dan dia selalu berasa mual. Ditambah pula dengan mulut mulut yang sering berkata kata tentang nya buatkan dia rasa lagi tertekan.

Kini hidupnya tak ubah macam menumpang. Tan Sri Kamal yang mengajak nya ke Malaysia , tetapi bila sudah jadi begini Tan Sri Kamal menyerahkan nya pada Datin Rosmah.

Mujur Datin Rosmah masih berperikemanusiaan terhadapnya.

"Saya dah fikir masak-masak", ujar Tabby sambil meletakkan sudu. Berhenti menggaul gaul makanan nya.

"Tabby fikir apa?", soal Datin Rosmah sambil duduk di hadapan Tabby.

"Tabby dah tak kisah kalau Farhan tak nak bertanggungjawab",

"Tabby dah buat keputusan yang Tabby akan besarkan anak ni sendiri", jawab Tabby dengan tenang.

"Tabby yakin?", soal Datin Rosmah.

"Biarlah dia mummy. Mummy dengar kan apa yang dia cakap tadi? Dia nak besarkan anak dia sendiri so biarlah dia", Farhan menjeling Tabby dengan penuh rasa benci.

"Kau ni kenapa Paan. Cuba rasa bersimpati dekat anak tu sikit!",

"Apa mummy? Anak apa?! Paan just ada Khadeejah faham?",

"Dah Tabby , mulai sekarang aunty yang akan jaga Tabby sampai Tabby bersalin", jawab Datin Rosmah dengan yakin.

Farhan dan Tabby terkejut dengan kata kata Datin Rosmah.

"Mummy dah gila ke? Kenapa mummy kesian kan sangat dekat perempuan ni?!",

"Aku masih berperikemanusiaan , budak dalam kandungan tu takde salah apa apa. Jadi biar aku jaga mereka berdua. Tak kisah lah anak dalam kandungan tu cucu aku atau tak!", marah Datin Rosmah.

Datin Rosmah sebenarnya agak kecewa dan sedih dengan sikap anaknya. Tetapi dia juga kesian dengan anak dalam kandungan Tabby itu. Meskipun Tabby juga salah , tak bermaksud anak itu perlu terlibat sekali.

Bagi Datin Rosmah , biarlah dia menjaga Tabby sehingga dia bersalin. Selagi Tabby dia jaga , dia tidak perlu risau akan keselamatan anak dalam kandungan itu. Dia risau jika Tabby pergi membawa diri , dia akan apa apakan anak dalam kandungan itu.

"Esok , mummy akan balik ke Johor. Bawa sekali Tabby. Satu sahaja mummy minta. Bawa balik menantu kesayangan mummy yang Farhan dah sakitkan hati tu! Bawa balik Humaira dan cucu mummy", arah Datin Rosmah.

"Mummy dah gila ke? Farhan dah lafazkan talak cerai dekat dia. Jadi perlu ke lagi Farhan nak terhegeh-hegeh menagih cinta atau rasa simpati pada dia!?", Farhan tercungap-cungap menjerit. Bergema suara nya di seluruh ruang makan itu.

"Farhan berhak di beri peluang kedua. Mummy tahu Humaira sayang kan Farhan lagi , dia mesti boleh bagi Farhan peluang kedua",

Farhan terdiam. Peluang kedua? Berhak ke dia dapat peluang kedua. Layakkah dia terima cinta dari Humaira.

Hidup gadis itu selamba di hancurkan oleh nya. Jika gadis gadis pada umurnya di kala ini sedang berseronok menikmati masa muda , Humaira pula terpaksa menghadapi semua masalah ini.

Jika dia tidak mengawini gadis itu , mesti gadis itu tidak terseksa sebegitu.

Tetapi jika mereka tidak berjumpa atau berkahwin , dia tidak akan pernah kenal apa itu erti cinta , rindu atau sayang.

Maybe lepas ni author akan update lambat sikit sbb minggu ni minggu exam 😭😭

tp don't worry , lambat or cpt , author tetap akan update okay!!

don't forget to vote , sayang korang hekhek❤️🌹

evil-doerWhere stories live. Discover now