"Mummy berkemas nak pergi mana ni?", soal Farhan dengan hairan melihat Datin Rosmah mengemas pakaian nya dan dimasukkan ke dalam bagasi.
"Farhan lupa ke? Mummy kata mummy nak balik ke Johor bawa Tabby dengan mummy", jawab Datin Rosmah dengan tidak melihat Farhan yang berdiri di muka pintu.
Farhan mengeluh sambil mendekati Datin Rosmah. Dia menepis tangan Datin Rosmah dari terus mengemas.
"Mummy dengar sini. Farhan tak akan benarkan Mummy tinggal dekat Johor. Farhan tak nak mummy duduk dengan daddy! Faham?",
Datin Rosmah menepis tangan Farhan kembali.
"Kalau Farhan rasa nak mummy stay dengan Farhan , Farhan kena kahwin dengan Tabby",
"Mummy please! Kita dah bincang pasal ni dan Farhan cakap Farhan tak nak! Kenapa mummy paksa paksa Farhan??",
"Kalau macam tu biar lah Mummy balik Johor bawa Tabby dengan Mummy!", marah Datin Rosmah.
Dia nekad untuk pulang ke Johor dengan membawa Tabby bersamanya. Jika dia pulang bersama Tabby , sekurang-kurangnya Farhan ada masa untuk memujuk Humaira kembali.
"Fine! Mummy nak keluar sangat dari rumah ni dengan Tabby kesayangan mummy tu kan!? Dipersilakan!", Farhan pasrah. Dia sudah tidak memikirkan nya lagi.
Datin Rosmah menjeling ke arah Farhan yang berjalan keluar dari bilik.
"Aunty , aunty tak payah lah susah susah nak bawa Tabby sekali. Menyusahkan aunty saja", ujar Tabby yang baru masuk ke bilik nya setelah dengar kecoh-kecoh sebentar tadi.
Datin Rosmah mengeluh.
"Memang korang menyusahkan aku , tapi aku tetap nak jaga kau. Kau tu pregnant , cucu aku. Nak tak nak kau kena ikut aku ke Johor. Ke kau sanggup balik Korea jumpa dengan mak kau? Kau rela tengok mak kau terkejut kau balik bawa perut bunting?", perli Datin Rosmah.
Tabby terdiam. Rasa bersalah.
"Dari kau sibuk tunjuk rasa bersalah , baik kau pergi berkemas. Siap kemas kita gerak balik",
Tabby menangguk. Terpaksa akur dengan keputusan Datin Rosmah. Dia tidak mahu pulang ke Korea dengan keadaan nya sekarang ni.
Pasti eomma nya kecewa dengan dia dan masalah akan bertambah.
YOU ARE READING
evil-doer
Romance[ complete story ] mafia warning : author punya first story , ditulis masa author tk matang lagi , jadi mana mana yang tak logik tu harap faham ye ¯\_(ツ)_/¯ tw‼️: ada beberapa chapter 16+ start : september 2020 end: november 2021 Mafia? Ganas ? Mem...