SEASON 2 PART 65

763 55 0
                                    

7 bulan seterusnya.

Setelah lama merancang. Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Saudara-saudara mara semua berkumpul di rumah mummy Farhan sempena hari berbahagia buat pengantin "lama" ini.

Humaira tersenyum lebar ketika dipakaikan perhiasan dan juga solekan. Rasa gembira yang tak terhingga. Dalam masa yang sama dia juga berasa gugup.

"Kita bersanding , ambil gambar sama sama, makan sama sama itu sahaja. Sayang tak perlu gugup okay?", itu yang dipesan oleh Farhan.

Farhan pun tidak ada dengan nya sekarang memandangkan dia sedang bersiap di kamar lain.

"Humaira , kau okay tak? Nampak tenang tapi nampak macam takut juga kau ni", tegur Qaseh , sahabat setia nya itu.

"Aku nervous sikit je weyh. Tak ada pape yang perlu dirisaukan", jawab Humaira.

"Anak aku mana? Dia okay tak?",

"Deejah ada dengan Tok Mummy dia dekat pelamin. Kejap lagi dah boleh turun bersanding", jawab Qaseh.

Humaira mengangguk. Apa yang buatkan dia gugup adalah pertama kerana ini merupakan pertama kali dia bersanding. Kedua , disebabkan keluarga Farhan yang bukan biasa-biasa.

Keluarga nya betul betul keluarga Mafia. Kaum lelaki kelihatan ganas dan garang. Mana kala kaum perempuan kelihatan lebih lembut. Adik beradik mummy nya sahaja sudah 10 orang. Sepupu Farhan ramai. Mana lah dia tidak gugup.

Semua berpakaian serba hitam mengikut tema. Hampir kelihatan macam majlis kematian. Astaga.

Sungguh macam vibes Mafia yang di pernah tengok di filem sebelum ni.

Kaum lelaki memakai baju melayu hitam berserta samping. Kaum perempuan pula memakai kebaya hitam.

Mana kala pengantin memakai songket hitam. Semuanya atas permintaan Farhan memandang kan hitam merupakan warna kegemaran nya dan warna hitam merupakan warna yang simple tetapi elegant.

Gitu.

"Pengantin perempuan dah siap belum? Kalau sudah boleh turun sekarang. Pengantin lelaki sudah tunggu", muncul Datin Rosmah di muka pintu dengan kebaya hitam nya.

"Dah siap datin", jawab si wedding planner.

"Okay jum , semua", arah Datin.

Humaira mengambil nafas panjang sambil mengikuti Datin Rosmah.

Farhan's pov

Harap Humaira tidak gugup sangat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harap Humaira tidak gugup sangat. Sudah lah saudara mara aku langsung dia tidak biasa jumpa.

Aku memandang ke arah kiri dan kanan. Saudara mara semua kebanyakan nya sudah turun di dewan dimana tempat kami akan makan dan bersanding.

"Bro , congrat. Aku rasa macam tengok kau kahwin balik pula", Zack menepuk bahu aku dari belakang.

"Thanks bro", balas aku sambil tersenyum.

"Abang tu , dah bertahun terikat. Bila pula nak makan nasi minyak abang?", perli Zetty.

Mana taknya. Sudah tiga tahun dia bertunang dengan Qaseh tapi masih tidak naik pelamin lagi.

"Ish kau ni sibuk eh", jeling Zack.

"Kau tak boleh lambat lambat sangat Zack , takut orang lain borong dlu", usik aku lagi.

"Ah tak de nya , dia aku punya", bebel Zack.

Sedang kami sibuk berbual tiba tiba pengacara majlis berucap.

"Hadirin sekalian. Sudah tiba majlis persandingan di antara pasangan kita Farhan Rayyan dan Humaira. Diminta hadirin semua berdiri", ucap nya.

Aku terus membetulkan posisi aku dengan berdiri tegap di hadapan pelamin. Menunggu kemunculan Humaira dari mana mana celah di antara orang ramai itu.

Seakan akan filem Hollywood , cahaya lampu menyuluh ke arah suatu susuk di pintu masuk dewan.

Pandangan semua hadirin yang hadir pada majlis itu termasuk lah aku , tertumpu ke arah susuk itu.

It's Humaira bersama Qaseh , Datin Rosmah dan dua orang sepupu perempuan aku.

Perlahan lahan mereka berjalan di karpet merah menuju ke arah pelamin.

Mata aku tidak beralih , memandang wajah Humaira.

Cantik sangat bidadari abang.

Jalan punya jalan , akhirnya Humaira di hadapan aku sekarang. Cantik sangat.

"Nah Farhan", mummy menghulurkan sebuah kotak.

Humaira nampak hairan begitu juga dengan Qaseh.

Sudah menjadi tradisi keluarga kami. Setiap kali ada yang berkahwin kami perlu pakaikan pengantin perempuan rantai.

Kotak dibuka dan aku mengeluarkan seutas rantai.

"Pusing", arah aku. Humaira mengangguk.

"Sudah jadi tradisi keluarga kami , pengantin lelaki pakaikan rantai dekat isteri atau tunang mereka", sempat aku berbisik.

Humaira mengerti akhirnya.

"Cantik bidadari abang , rasa macam nak terkam je", bisik aku lagi. Sengaja mengusik nya.

"Abang ni ! Orang pandang lah", bisik Humaira pula.

Aku ketawa kecil.

skip

Majlis terus berlangsung dengan gilang gemilang.

Kami duduk di pelamin untuk bergambar sementara tetamu menjamu selera.

Aku menoleh ke arah Humaira. Nampak dia mengigil. Mungkin kerana dia terlampau nervous atau tidak biasa dengan suasana bersama keluarga aku.

"Sayang okay tak ni? Kalau awak tak okay kita masuk sekarang okay?", soal aku sambil erat meraih tangan nya.

"Maira okay je , abang jangan risau okay", ucap Maira sambil tersengih lebar.

Bahagia rasa nya melihat dia gembira.

"Bang , terima kasih tahu",

"Terima kasih untuk apa?", soal aku.

"Terima kasih sebab dah sediakan majlis ni untuk kita. Mesti banyak belanja abang dah keluarkan kan?", dia mencebik.

"It's okay sayang. Yang penting sayang happy okay? Happy tak?", aku mengusap wajahnya

"Happy sangat", dia ketawa.

"Bagus lah kalau macam tu. Lega abang dengar", Aku mencium dahinya.

"Abang! Orang tengok lah", wajah Humaira merah. Terkaku sebentar kerana aku mencium dahi tanpa bertanyakan pada dia dahulu.

"Biar lah orang nak tengok. Kita halal apa de hal", Farhan menjeling.

"Eyy tak malu , Deejah pun tengok tau", Humaira menunjuk ke arah anak perempuan kami.

"Biar dia tengok. Nanti malam dia kena tidur dengan Tok Mummy dia",

"Kenapa pula , biar lah dia tidur sama kita. Anak kita", gumamnya sendiri.

"Sebab , kita nak bagi dia adik. Dia kena lah tidur dengan mummy. Bagi lah peluang dekat abang pula", bisik aku di telinga nya sambil tersenyum nakal.

Humaira terdiam. Tahu takut.

evil-doerWhere stories live. Discover now