SEASON 2 PART 27

515 26 0
                                    

"Apa benda yang merepek ni?", aku terkejut. Rasa nya aku tak salah dengar tadi.

"You pura pura pekak ke apa ni sial", Tabby marah aku balik sambil mendekati aku. Dia lalu mengeluarkan sesuatu dari poket nya.

"Ini buktinya , I ada pergi klinik untuk check", Tabby menghulurkan gambar scan baby pada aku.

"You ingat I mudah tertipu ke , entah entah you dapat gambar ni daripada google or Pinterest ", ujar aku.

"You boleh serius sikit tak Farhan", Marah Tabby.

"I rasa tak sedap badan so I pergi ke klinik , then doktor suruh buat test pregnant. Then test tu tunjuk yang I memang pregnant! Dah dekat seminggu kandungan I", terang Tabby.

"You sure ke yang You pregnant kan anak I. Kalau dengan I pun You sanggup serahkan badan You , tak mustahil dengan orang lain pun You main juga", perli aku padanya.

Dia nampak marah. Aku lagi marah , betul kah anak tu anak aku.

"Selama ni I dengan You saja Farhan , ada ke I pergi keluar atau tidur dengan lelaki lain?",

"Mana tahu You main dengan budak-budak kita ke?",

"Farhan stop!!!! Aku mengandung anak KAUUU!", jerit Tabby.

Aku terkejut , tak sangka yang dia nak jerit sampai macam tu sekali. "You gila ke ? You nak semua orang tahu yang You pregnant!?", aku memarahi nya.

Aku bertambah serabut , sudah lah Humaira hilang tanpa khabar. Sekarang Tabby pula nak serabut kan aku dengan beritahu aku dia pregnant. Anak aku ?

"Aku tak kira , sekarang ni kau yang kena bertanggungjawab", Tabby mahu aku bertanggungjawab.

"What!? kau ingat aku nak percaya ke , budak ni anak aku?!",

Tiba tiba pintu bilik terbuka.

Rupa rupanya , Mummy dan Abah curi curi mendengar perbualan kami.

I'm dead.

"Farhan , apa Farhan dah buat??? Betulkah Farhan bapa kepada budak ni?", soal Mummy.

"Apa mummy!? Farhan tak buat lah!", tengking aku pada mummy.

"Astaghfirullah, apa kau ni Farhan!", abah pula mencelah.

"Kami memang pernah tidur bersama abah , datin", Tabby membuat pengakuan bahawa kami pernah bersama dan tidur bersama. Aku hanya mampu menjeling Tabby. Kenapa dia bodoh sangat .

Tak , kenapa aku yang bodoh sangat terlampau ikutkan nafsu sampai lupa anak bini dan lupa perkara ni haram.

"Dah , sekarang ni kita fokus untuk cari Maira dahulu , Datin akan jaga Tabby",  ucap mummy.

Aku mengeluh , dasar beban.

evil-doerWhere stories live. Discover now