SEASON 2 PART 24

502 36 0
                                    

HUMAIRA POV

Aku tersedar kan diri. Tapi aku tak tahu dekat mana aku sekarang. Tangan aku di gari. Mujur kaki aku tak di apa apakan dan aku boleh bergerak ke sana sini di dalam bilik sempit dan gelap ini.

Tiada satu pun tingkap membuat kan aku bertambah rimas dalam bilik ni

"lepaskannn aku lahh!", aku menjerit sekuat hati. Meskipun aku tahu mereka tak akan lepaskan aku semudah itu.

Aku diculik oleh bapa mertua sendiri? Mungkin lah.

"KAU NI MEMANG TAK BOLEH NAK SENYAP SEKEJAP KE!?", Dato Ss masuk ke bilik aku .

Senyap sekejap? Aku pengsan lama dah kot. Lama dah aku senyap. Naseb baik tak mati terus.

"Apa yang dah jadi ni , kenapa dato nak ambil saya pulak!?", soal aku dengan hairan. Harapkan penjelasan.

"Sebab , abah kau dan Farhan nak balik harta dia orang hang aku simpan dekat rumah aku. Dia orang nak ambil harta tu jadi dia orang jemput mummy kesayangan kau dulu. Tapi dia dapat tahu aku tiba tiba nak balik sini jadi mereka terpaksa batalkan plan dia orang", terang Dato Ss.

Aku terdiam. Aku lah yang bodoh pergi balik sini dah kenapa. Sepatutnya aku ikut sahaja Zack ke Kuala Lumpur.

"Kau bodoh pergi balik sini , makin mudah lah kerja aku. HAHHAHHAHAHHA", kata Dato Ss lagi sambil tergelak jahat.

Buruk naww rupa nya.

"Macam orang bodoh nak culik orang buat tebusan", ujar aku dengan perlahan.

"Apa kau kata!?",

"Ouh , dah tua tua ni pekak dah ya?", soal aku dengan berani. Entah sejak bila aku berani nak menjawab.

"KAU DENGAR SINI, sekarang ni kau kena culik pun tiada siapa yang tahu. So jangan cari pasl dengan aku. Kena bunuh karang sia sia je hidup kau!", ujar Dato Ss dengan marah. Aku terasa nak menjawab lagi meskipun aku tahu kalau aku menjawab berkemungkinan aku akan mati.

"Kalau dato bunuh saya sekalipun hidup saya tak akan jadi sia sia. Kenapa? Sebab selama hidup saya , saya tak buat kerja kerja entah apa apa macam Dato !", aku tengking bapa mertua aku sendiri.

"Menjawab eh kau!", Dato Ss melempang aku dengan kuat.

Pipi aku terasa panas dan kebas. Auto terdiam aku dibuatnya. Kurang ajar orang tua ni.

"Baru tahu nak senyap?",perli Dato SS. Kenapa? nak aku menjawab lagi? Kalau aku menjawab lagi mahu insaf orang tua ni.

"Biar aku terangkan something dekat kau! Sepanjang kau dekat sana , kau ingat suami kau tu baik sangat ke dekat sini?", ujar nya. Seakann akan dia tahu rahsia yang aku cari selama ni.

"Suami kau Farhan tu hantar kau sambung belajar dekat Korea sebab dia join kerja Mafia balik dengan abah kau tu", terang Dato Ss.

"What?", aku terkejut. Patutlah mereka sering berjumpa. Abah pun lain macam sebelum ni.

"Dan lebih mengejutkan abah kau bawa balik anak tiri dia untuk kerja dengan dia. Farhan pun dah macam jatuh cinta dekat dia", kata nya lagi.

"Apa kau merepek ni ha?!", soal aku dengan marah.

"Tabby",

"Tabby? Siapa Tabby?", soal aku.

"Tabby adalah anak kepada Bae Ro Na , maksudnya kakak tiri kau lah. Kau tahu apa yang aku dapat tahu dari pengintip aku tentang Farhan dengan perempuan bernama Tabby tu?", soal nya.

"Mereka dah terlanjur, tapi atas kehendak mereka sendiri. Nak dipendekkan cerita kiranya Farhan sudah curang dengan kau. Bayang kan kalau Tabby tu tiba tiba pregnant. Mana Farhan nak campak kau ?", Dato Ss tersenyum jahat sambil melihat aku terdiam kaku mendengar penjelasan nya.

"Tak mungkin", ujar aku sambil air mata mengalir keluar.

"Kau duduk sini sampai ada yang datang nak tolong kau FAHAM?", Dato Ss keluar dari bilik ini.

Aku terdiam. Apa yang disampaikan oleh Dato Ss tu betulkah? Aku bertambah serabut.

Siapa je yang tahu aku dekat mana sekarang? Farhan ? Mungkin dia langsung tak ambil tahu tentang aku memandang ka aku beritahu dia yang aku akan ke Jeju Island. Zack? Ya dia , harap harap dia perasan yang aku tiba tiba hilang.

Termasuk kali ini sudah 2 kali aku diculik atas sebab sebab bodoh.

Aku mengeluh berat dan tersandar di dinding.

evil-doerWhere stories live. Discover now