SESASON 2 PART 37

596 56 1
                                    

"Hai cik tunang sayang", Zack menyapa Qaseh di talian phone. Itulah rutin mereka. Jika ada masa sebelum tidur pasti mereka berbual dalam dalam panggilan telefon. Biasalah pasangan long distance relationship.

"Hai abang", jawab Qaseh dengan teruja. Baru sahaja berjumpa kemarin , tetapi tetap sahaja rasa rindu tu ada. Kemarin pun jumpa sekejap tidak sempat berdating di sebabkan situasi sekarang.

"Haa abang , Qaseh ada jumpa Tabby siang tadi", ujar Qaseh.

"Buat apa sayang jumpa dia? Sayang serang dia ke?", soal Zack. Bukan dia tak tahu si Qaseh ni pantang dengan orang yang sakitkan hati kawan dia , jumpa pun boleh gaduh.

"Ish , bukan lah. Qaseh pergi shopping , kemudian terserempak dengan Tabby. Jadi Qaseh ajak lah dia berbual nak tahu apa yang jadi sebenarnya",

"So , korang berbual apa?",

"Dia ada cakap yang dia goda Farhan dulu. Dari cara dia cakap pun nampak yang dia tu macam jatuh cinta dengan Farhan. But at the same time , dia nampak menyesal", terang Qaseh.

Zack mengeluh.

"Sayang rasa dia betul betul menyesal ke? Entah entah dia berpura-pura sebab hendakkan simpati",

"Tak baik abang cakap macam tu. Memang lah dia dah buat salah , tapi dia berhak dapat peluang kedua, lagi pun manusia tak kan pernah lari dari buat kesilapan", bebel Qaseh.

"Tapi perempuan macam tu tak layak dapat peluang kedua",

Qaseh rolled eyes, meluat mendengar ayat Zack.

"Tak layak dapat peluang kedua? Abang tak ingat ke abang and Zetty bersubahat nak kacau hubungan Farhan and Humaira tapi dia orang tetap maafkan abang and akak Zetty? Cakap orang dia pun sama", bebel Qaseh lagi.

Zack mengeluh. Panas hati nya di perli oleh tunang nya sendiri.

Baru dia teringat tentang rancangan jahat nya dengan Zetty dahulu untuk hancurkan rumah tangga Farhan dan Humaira. Tetapi dia serta merta sedar akan kesilapan nya setelah dia hampir kehilangan adik angkat nya yang dia sayangi itu.

Farhan hampir sahaja meragut nyawa Zetty ketika itu.

"Yelah abang faham", jawab Zack.

"Abang kena ingat kita tak boleh nak salahkan Tabby seorang sahaja. Farhan dan Tabby dua-dua bersalah. Disebabkan dia orang dah buat maksiat , dan Farhan tu dah curang dengan Humaira. Dengar dia lafazkan talak pada Maira pun buatkan saya bertambah geram dan marah dekat Tabby and Farhan", bebel Qaseh lagi.

Zack tergelak kecil, comel sahaja ketika Qaseh membebel. Terbayang Qaseh membebel dengan mulut dimuncungkan. Muncung tu panjang dah boleh sangkut hanger !

"Sayang sudah sudah lah tu membebel. Ni, abang janji. Abang janji yang abang takkan buat perangai entah apa-apa macam Farhan tu", ujar Zack yang cuba mengubah topik.

"HEHE , betul ke ni abang?", usik Qaseh.

"Iyaa betul. Abang hanya sayang kan Qaseh seorang sahaja. Sayang lah baby busyuk manja abang HAHAHAHA", Zack tergelak terbahak-bahak sendirian.

"Eyuu , poyo lah abang ni. Dah lah saya dah nak masuk tidur. Goodnight abang",

"Goodnight sayang, sweet dream. I love you",

"I love you too",

HAHAHAH author cringe dengan ayat sweet zack yang nth pape huwarghhhh

evil-doerWhere stories live. Discover now