SEASON 2 PART 43

641 54 4
                                    

TABBY'S POV

Aku mati akal. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan sekarang. Perut dari tadi berbunyi meminta makan. Kepala pening dan dari tadi muntah muntah akibat alahan pregnant.

Sedang aku sibuk mengelamun tiba tiba kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri aku. Semakin lama semakin dekat membuatkan aku bertambah panik. Seluruh tubuhku mengigil mengenangkan apa nasib aku seterusnya,

Bunyi pintu di buka membuat kan jantung aku hampir berhenti.

"Farhan?", aku menyapa Farhan yang muncul di muka pintu.

"Hye bitch", jawab nya dengan tersenyum sinis sambil memandang aku. Dia seolah olah menyembunyikan sesuatu di dalam poketnya.

"So , macam mana stay sini? Mesti seronok kan?", usik Farhan sambil menghampiri aku.

"Tula , kalau kau tak goda aku dulu takda lah jadi macam ni. Tapi tulah kita berdua ni hanya ikut nafsu je kan? Tak pakai otak", ujar nya lagi.

Ya Farhan , kita sama sama bodoh. Aku bodoh kerana terlalu sayangkan kau sampai sanggup buat perkara yang tak senonoh. Kau pula bodoh kerana termakan godaan aku tapi akhirnya tak nak bertanggungjawab.

"Aku sebenarnya nak mudahkan urusan kau, kalau aku tolong kau sekarang nanti kau juga yang dapat untung. Tak perlu bersusah payah", Aku mengerut kening. Tidak faham dengan apa yang dia katakan. Apa maksud Farhan untuk mudahkan urusan aku?

"Apa You merepek ni? I tak faham". Soal aku , akhirnya berani bersuara.

"Ni", Farhan mengeluarkan benda yang disorok di dalam poket seluarnya.

"Apa ni?", soal aku.

"Pil untuk gugurkan kandungan , aku beli khas untuk kau", jawapan Farhan membuatkan aku terdiam. Dia nak aku gugurkan kandungan ni? Dia ingat aku terlalu jahil ke sampai nak buat perkara yang jahat lagi?

"Farhan You bodoh ke apa!?", soal aku dengan marah. "You ingat I bodoh sangat sampai nak buat perkara bodoh lagi?",

"Ye kau memang bodoh , kita berdua bodoh. So kau tak perlu nak acah acah suci. Kau buat apa yang aku suruh. Aku nak kau gugurkan kandungan ni faham?",

"Farhan , please stop it. Kalau You tak nak bertanggungjawab it's okay tak perlu buat macam ni. Lepaskan I and I akan jaga anak ni seorang diri", ujar aku sambil tersedu sedu menangis. Aku tak nak gugurkan kandungan ni. Aku sayang kan kandungan ni.

"Eh betina ni memang buat aku menyirap betul lah. Oi betina tak guna , kau sedar tak yang kau dah hancurkan kepercayaan Maira dekat aku? So kau ingat senang senang aku nak lepaska kau macam tu je?",

"So apa yang You nak buat kalau I tak nak gugurkan kandungan ni?", soal aku dengan berani.

"Aku akan tunggu sampai kau lahirkan anak tu , tapi selama sembilan bulan tu pandai pandailah kau sesuaikan diri dengan keadaan dekat bilik ni",

"Kau ada dua pilihan , sama ada nak gugurkan kandungan tu atau nak terkurung dekat bawah ni sampai anak haram tu lahir",

"Good bye betina murahan", ujar Farhan lalu mengurung aku kembali.

Aku terdiam. Sakit hati dan makan hati dengan setiap perkataan yang keluar dari mulut Farhan. Sekarang baru lah aku sedar diri Farhan yang sebenar. Farhan yang mula mula aku kenal sangat berbeza dengan sekarang. Mula mula aku kenal dengan dia , dia seorang yang baik dan peramah. Senyuman nya manis buatkan aku betul betul jatuh cinta dengan nya meskipun baru berjumpa.

Bila dia termakan godaan aku , dia memenuhi segala keiinginan aku ketika kami bersama. Aku tertipu dengan semua itu. Sekarang dia hanya lah seorang lelaki yang tak berhati perut. Dia berubah sekelip mata meskipun kesalahan itu punca dari kami berdua dan bukannya aku seorang.

Farhan menghukum aku seolah olah aku sahaja yang bersalah.

Aku mengetap bibir aku dengan geram. Sehingga tidak sedar aku mencederakan bibir aku sendiri. Darah mengalir dari luka di bibir.

Aku menarik nafas sebelum sambung termenung fikirkan apa yang perlu aku pilih untuk diberitahu Farhan esok.

Apakah keputusan aku? Perlukah aku mengikuti arahan nya agar menggugurkan kandungan yang tak berdosa ini? Atau pun aku ingin terkurung selama aku mengandung di dalam bilik yang suram ini?

evil-doerWhere stories live. Discover now