"Eh kenapa singgah dekat markas dato ni? kita sepatutnya terus ke johor tau? Saya tak ada cakap nak jumpa dengan dato", Datin Rosmah hairan. Driver memasuki kawasan markas Dato Ss. Tabby pula sudah mula bertambah risau akan nasib nya selepas ini.
"Maaf Datin , kami hanya ikut arahan Tuan Farhan", jawab seorang lelaki yang duduk bersebelahan dengan driver.
Datin Rosmah memandang ke arah Tabby. Kalau ini arahan daripada Farhan , mestilah ada sesuatu yang akan jadi dengan Tabby sebentar lagi.
Kereta di hentikan di hadapan markas yang besar itu.
Pintu kereta dibuka , dengan pasrah Tabby melangkah keluar diikuti dengan Datin Rosmah.
"Maaf Datin , kami kena hantar Datin ke johor terus. Hanya Tabby yang dihantar kesini", ujar driver tersebut lalu menutup kembali pintu kereta.
Tabby tercengang. Apa nasib nya selepas ini? Adakah dia akan menemu ajal kerana diseksa seperti Zetty dahulu?
"Jalan", driver tersebut terus meninggalkan kawasan markas dengan segera. Manakala Tabby dibawa masuk ke dalam markas.
"Tabby?", soal Dato Ss.
"Tuan Farhan minta kami hantar dia ke ruang bawah markas", kata ahli mafia itu.
"Kau dah buat masalah lah ni ya? Jangan harap lah kalau masuk ruang bawah tu kau boleh keluar hidup hidup", perli Dato Ss sambil tersenyum sinis.
Bukan nya dia tidak tahu , sepanjang karier Mafia Farhan ramai yang telah diseksa hidup hidup di ruang bawah markas itu. Termasuk lah dengan anak saudara nya sendiri , Zetty.
"Dato , please bantu saya", rayu Tabby.
Dato SS tersenyum sinis lagi. Dia tidak mempedulikan rayuan Tabby, dia terus berlalu keluar markas.
Tabby terus ditarik menuju ke ruang bawah. Sampai di ruang bawah , Tabby terdiam ketakutan. Ruang bawah itu terlalu sunyi dan gelap. Hanya bunyi kipas dan bunyi tapak kaki mereka sahaja yang kedengaran.
Bagaimana Zetty boleh tahan dah keluar hidup hidup dari tempat ini? Tabby mengeluh.
Lelaki yang membawa Tabby itu segera membuka pintu sebuah bilik dan mengheret Tabby masuk.
Bilik itu hanya diterangi oleh lampu meja kecil. Ada rak baju yang dipenuhi t shirt , seluar dan tuala. Katil bujang dan toilet. Cukup untuk dia tinggal di situ.
"Tuan Farhan minta aku bawa kau ke sini. Dia akan datang bila bila masa sahaja. Ubat ubatan kami akan bagi kalau perlu. Makanan akan kami sediakan", ujar lelaki itu dan terus berlalu mengunci pintu tersebut kembali.
Tabby terus teduduk melutut di muka pintu. Telefon nya ada di bagasi. Dia dibawa ke sini sehelai sepinggang.
Air mata nya mengalir , dapat kah dia keluar hidup hidup dari tempat ni?
YOU ARE READING
evil-doer
Romance[ complete story ] mafia warning : author punya first story , ditulis masa author tk matang lagi , jadi mana mana yang tak logik tu harap faham ye ¯\_(ツ)_/¯ tw‼️: ada beberapa chapter 16+ start : september 2020 end: november 2021 Mafia? Ganas ? Mem...