Telefon aku berdering semasa mengemas barang. Aku terus mengambil telefon. Ternyata Farhan yang call. Aku terdiam sebentar. Dia tahu ke aku ada tempah tiket penerbangan balik ke Malaysia? Apa aku nak jawab kalau kantoi yang aku nak balik ke Malaysia.
"Hello sayang",
"Hai abang", jawab aku.
"Maira abang nak tanya something ni", aku menelan air liur , cemas di buat nya.
"Tanya apa tu abang?",
"Maira ada tempah tiket flight ke? Sebab pembantu abang ada perasan Maira tempah tiket flight , tpi tak tau kemana", soal Farhan.
"Maira memang ada tempah tiket flight , kawan Maira ajak Maira bercuti dekat Jeju Island. Kuliah kan lambat lagi , so nak release stress dulu", jawab aku memberikan alasan palsu.
"ouh okay lah kalau macam tu abang ada kerja sikit , nanti abang call lgi okay?", ujar Farhan.
"Baik abang", jawab aku lalu mematikan panggilan.
FARHAN POV
Aku tak syak apa apa. Mungkin Maira tak bohong , mungkin tiket flight tu memang ke Jeju Island.
TUK TUKKK , pintu bilik diketuk. Aku mengeluh , siapa pulak yang sibuk nak kacau aku.
Aku berlari untuk membuka pintu.
"Abah ? ",
"Farhan , kita kena gerak balik ke KL sekarang jugak", ujar abah.
Dah kenapa pula orang tua ni. Baru saja ambil Mummy , dah nak kena balik KL. Tak reti penat ke.
"Kenapa tergesa-gesa nak balik ni abah?", soal aku.
"Nampak nya , ada yang dah tau rancangan kita nak ambil mummy. Jadi kita kena balik ke KL semula", ujar abah.
"Kalau macam tu baiklah. Farhan kemas kemas kejap", jawab aku.
Plan berubah lagi. Sepatutnya kami perlu stay di sini untuk mengambil duit yang di sorokkan dekat rumah mummy.
Tapi kami hanya sempat bawa lari mummy sahaja.
Setelah mengemas barang , kami bergerak balik ke KL meskipun waktu sudah malam.
Kali ini aku yang memandu , Tabby bersama abah di kereta lain mana kala aku bersama mummy.
Mujur lah Tabby dengan abah. Kalau dengan aku , bertambah penat lah jadi nya.
Sedang memandu tiba tiba aku terfikir apa yang aku buat selama dengan Tabby.
Tugas aku hanya lah untuk ikut abah setelkan konflik dia dengan daddy.
Tapi apa yang aku buat adalah bertentangan dengan misi aku.
Macam mana kalau Tabby pregnant lepas ni? Aku lah yang kena bertanggungjawab.
Dah lah Tabby tu kakak tiri Humaira sendiri.
Takkan mereka nak ber madu pula.
Kalau mereka ber madu sekali pun , ada ke rasa cinta aku pada Tabby?
Tak. Aku yakin dengan diri aku sendiri yang aku takde langsung rasa sayang atau cinta pada Tabby.
"Dah tu kenapa aku buat macam ni?", soal aku pada diri sendiri.
"Farhan? Apa Farhan cakap? Are you okay?", soal mummy.
Aku menggeleng kepala. Terlepas cakap pula. Mujur tak tersalah cakap apa apa.
Siapa yang perlu aku luahkan masalah aku ni.
Zack? Ye lah , Zack jelah satu satunya sepupu dan sahabat aku yang paling aku rapat.
Perangai aku pun sudah dia kenal.
Tapi dia pun sudah menghilang kan diri.
Aku mengeluh berat.
YOU ARE READING
evil-doer
Romance[ complete story ] mafia warning : author punya first story , ditulis masa author tk matang lagi , jadi mana mana yang tak logik tu harap faham ye ¯\_(ツ)_/¯ tw‼️: ada beberapa chapter 16+ start : september 2020 end: november 2021 Mafia? Ganas ? Mem...