Di KLIA
Humaira Pov
"Kenapa kita ada dekat sini lagi? Nanti kesian yang lain tunggu kita dekat depan tu", bebel aku pada Zack. Dia ajak aku untuk membeli snack , tapi apa bila selesai membeli dia ajak aku untuk tunggu seseorang pula.
"Haa tu pun dia", jari nya di tunjuk ke arah seorang lelaki yang semakin menghampiri kami.
Mood aku berubah terus.
"Assalamualaikum",
"Waalaikumussalam , awak nak apa?", soal ku pada nya.
"Saya cuma nak tengok awak pergi ," jawab Farhan.
"Tak payah nak tunjuk muka kasihan , saya meluat awak tahu tak!?", aku menipu. Sesungguhnya aku turut nak melihat wajah nya buat kali terakhir sebelum aku ke Korea semula. Wajah orang yang menemani aku selama 2 tahun lebih perkahwinan.
"Benci betul Maira pada abang ya?", soal nya lagi sambil mengalirkan air mata.
"Ya , aku benci. Muka kasihan ni lah yang merayu pada aku dahulu , tapi sekarang dia buat masalah lagi. Sampaikan aku dah tak boleh nak percaya kau lagi", jawab aku.
Air mata aku mengalir juga. Kejam kah aku kerana tak maafkan dia?
Perlukah aku maafkan dia? Dia yang curang belakang aku? Dia yang sorokkan segala galanya dari aku. Kerja sebagai mafia kembali? Aku boleh maafkan. Tapi curang? Tidur dengan perempuan lain? Mengandung kan perempuan lain ? Akak tiri aku sendiri pulak tu. Takkan aku nak maafkan juga.
Hati ni dah berkali-kali di pijak di lanyak bagai tiada perasaan.
Puas diri ni dipujuk agar bersangka baik.
Tapi tiada guna setelah aku tahu kebenaran yang sebenar.
Kepercayaan tu hilang sekelip mata. Rasa sayang semakin pudar. Apatah lagi rasa cinta tu.
"Teruskan dengan hidup kau. Buat apa kau nak , aku dah tak akan halang lagi. I'm not yours", ucap aku dan berlalu pergi.
Sedikit pun aku tidak toleh kebelakang. Walaupun ada keinginan untuk memeluk atau memandang nya. Tapi ego tinggi menghalang
Biar Farhan begitu. Biar ini dijadikan sebagai pelajaran untuk nya.
Pelajaran untuk kami berdua.
Pelajaran pada Farhan agar tidak sesuka hati datang dan pergi dalam hidup seseorang. Agar tidak memain kan perasan seseorang. Agar dia lebih tahu bagaimana nak mempamerkan rasa sayang dan cinta dia pada wanita yang dia cintai. Dan agar dia tahu yang setiap wanita mempunyai perasaan dan tahap kesabaran. Agar dia tahu seorang wanita itu hanya mahu dicintai , disayangi dan dilindungi.
okey author start merepek.
btw jgn lupa vote , next part coming soon
YOU ARE READING
evil-doer
Romance[ complete story ] mafia warning : author punya first story , ditulis masa author tk matang lagi , jadi mana mana yang tak logik tu harap faham ye ¯\_(ツ)_/¯ tw‼️: ada beberapa chapter 16+ start : september 2020 end: november 2021 Mafia? Ganas ? Mem...