SEASON 2 PART 34

585 47 4
                                    

Di rumah Farhan.

"Sekarang ni apa yang kau nak dari aku? Duit?", soal Farhan kepada Tabby yang teresak-esak menangis.

"I just nak you bertanggungjawab atas anak dalam kandungan I. I tak nak lah duit you even satu sen pun!", jawab Tabby dengan kecewa.

Tanggapan nya salah. Dia menyangka jika dia memberikan tubuh nya pada lelaki itu , lelaki itu akan mencintainya. Tapi lain pula jadi , semua yang hancur. Sedangkan ketika dia memberikan tubuh nya pada Farhan , sedikit pun tiada rasa sayang atau cinta Farhan kepadanya.

Kini dia telah merosakkan rumah tangga Farhan dan Humaira. Semata mata kerana dia jatuh cinta pada Farhan. Dia yang nampak jijik sekarang ni.

"Eh perempuan , aku ni sedikit pun tak percaya yang budak dalam perut kau ni anak aku tahu?",

"Kenapa You susah sangat nak percaya !?", tengkin Tabby lalu bangun dari sofa dan bersemuka dengan Farhan.

"Sebab perempuan macam kau ni sanggup palsukan apa apa je semata mata nak aku ! Betul kan?!", ucap Farhan.

Air mata Tabby berlinangan.

"I cinta you Farhan , sebab tu I bagi tubuh I pada You. Sebab tu I goda You! Tapi I silap , sia sia saja I bagi pada orang yang tak reti nak menghargai macam you ni!", Marah Tabby lagi.

"Cakap banyak tak guna lah perempuan sial. Sekarang ni aku nak kau gugurkan kandungan ni!", kata Farhan tanpa berfikir panjang.

"Apa you ni ! budak ni tak berdosa apa apa tau tak !", jerkah Tabby.

Sejahil-jahil nya dia tetap tidak sampai hati nak menggugurkan kandungan nya yang tidak sampai sebulan itu.

"Kalau kau tak nak gugurkan kandungan tu , kau besarkan lah dia seorang diri. Aku boleh bagi duit untuk kau besarkan dia tapi aku takkan jaga dia macam mana aku jaga Deejah. Deejah seorang sahaja anak yang aku ada. Faham!?", tengking Farhan. Bergema suaranya di seluruh kawasan ruang tamu itu.

"Sekarang tak ada apa apa lagi kan? Kau naik atas bilik sekarang. Aku tak nak tengok muka kau !?", arah Farhan.

Maka dengan hati yang pasrah , dia terus berlari ke dalam bilik nya dan mengurung diri.

____________skip

Tidak lama kemudian , Datin Rosmah datang ke bilik Tabby sambil membawa makanan kepadanya.

"Tabby , meh makan. Aunty tahu Tabby tak makan dari pagi kan?", Datin Rosmah duduk dan menghulurkan makanan pada Tabby yang sedang berselubung di dalam selimut. Sesekali terdengar tangisan Tabby.

Tabby bangun perlahan lahan dan menolak selimut dari tubuh nya.

"Thank you , tapi Tabby tak ada selera nak makan lah Aunty", ujar Tabby sambil mengesat air mata nya.

Datin Rosmah mengeluh melihat keadaan Tabby. Wajah nya pucat dan dia kelihatan penat. Mungkin kerana mabuk mengandung.

"Tabby tak boleh macam tu , Tabby kena makan. Kesian anak tu nanti , ibu dia lapar baby dia pun lapar. Makan lah , sikit pun jadi lah", pujuk Datin Rosmah sambil mengusap wajah perempuan itu.

Tabby kembali menangis , "Kenapa ni Tabby?", soal Datin Rosmah dengan risau.

"Tabby dah buat jahat dengan anak dan menantu Aunty , tapi aunty still buat baik dengan Tabby. Kenapa ya?", soal Tabby.

"Sebab , Tabby and Farhan buat jahat dekat menantu aunty. Bukan dekat Aunty. Jadi kenapa Aunty nak kena berdendam atau layan Tabby teruk teruk pula?",

"Tabby rasa bersalah sangat sangat aunty. Tabby nak Farhan and Humaira berbaik balik", ujar Tabby.

Datin mengeluh , "Me too , tapi Farhan dah lafazkan talak pada Humaira atas permintaan Humaira sendiri. Tengok pada keadaan sekarang memang nampak sangat yang mereka tak akan berbaik semula", kata Datin Rosmah dengan sedih.

Melihat situasi anak nya dan menantu kesayangan nya itu membuat kan dia sedih. Humaira satu satunya menantu yang dia ada dan dia paling sayangi seperti anak perempuan nya sendiri. Tetapi apakan daya , takdir telah tertulis bahawa jodoh mereka berakhir di sini.

Berakhir angkara anak lelaki nya sendiri dan angkara perempuan dihadapan nya sekarang ini. Perempuan yang konon nya sedang mengandungkan cucu nya.

Seperti Farhan , Datin Rosmah juga menganggap dia tidak ada cucu lain selain daripada Khadeejah.

Tetapi dia tidak lah terlalu kejam. Dia turut bersimpati terhadap anak dalam kandungan itu. Anak dalam kandungan nya itu langsung tidak berdosa dan berhak di jaga seperti anak anak yang lain.

Datin Rosmah turut buntu.

Pada pandangan nya , Farhan perlu menikahi Tabby kerana ini sahaja cara untuk menembus kembali  kesilapan mereka berdua.

evil-doerWhere stories live. Discover now