"Kau dah bagi perempuan dekat bawah tu makan?", soal Farhan sambil menghampiri pembantu rumah yang sedang sibuk menyiapkan hidangan makan malam.
"Belum , bentar nanti saya beri dia makan", jawab pembantu rumah itu sambil tertunduk tunduk.
"Sediakan makanan dia sekarang , bagi aku. Aku sendiri nak hantarkan ke bawah",
"Saya dah siapkan dekat dapur , tinggal nak hantar",
"Okay , biar aku ambil. Terima kasih", Farhan berjalan ke dapur dan mengambil dulang makanan.
Dalam hati nya terdetik niat untuk berbuat jahat. Dalam poket seluar nya masih tersimpan pil untuk menggugurkan kandungan. Jika dia sempat meletakkan pil itu ke dalam makanan Tabby , dia berhasil menewaskan perempuan itu.
Farhan tersenyum sinis. "I'm sorry Tabby",
Pil itu dihancurkan sehingga lumat dan dimasukkan ke dalam jus anggur. Dia kemudiannya mengacau jus itu sehingga serbuk pil itu larut.
Dia memandang sekitar nya , line clear.
Dengan muka yang tenang dia membawa dulang berisi makanan dan jus anggur itu ke Tabby.
"Tabby , makan", ujar Farhan setelah pintu dibuka.
Kelihatan Tabby sedang nyenyak tidur di atas lantai tanpa bantal.
"Tabby , bangun", Farhan menggoncang kan tubuh Tabby.
Terkebil-kebil mata Tabby melihat Farhan. Dia bangun dan segera panik. Risau jika di apa apakan oleh Farhan.
"Yang kau panik kenapa , aku nak bagi kau makan. Petang tadi kau langsung tak makan kan", ujar Farhan.
"I tak ada selera", jawab nya pendek.
"Kenapa tak de selera? Takut dengan aku?",
"Aku still tak buat keputusan. Sama ada nak gugurkan kandungan ni atau stay kena kurung", jawab nya lagi.
Farhan ketawa kecil.
"Yang penting kau kena makan. Aku bagi masa sampai esok pagi , so banyak lagi time yang kau ada", Farhan menghulurkan pinggan berisi spageti kepada Tabby.
Tabby ragu ragu.
"Makan , tak elok kau lambat makan. Nak mati ke?", usik Farhan.
Tabby mengeluh dan terus mengambil pinggan tersebut dari Farhan. Dia kemudiannya terus makan dengan laju. Kesian , lapar.
"Makan tu perlahan lahan , minum air ni karang tercekik", Farhan menghulurkan air kepadanya.
Sambil tersenyum sinis.
Ketika Tabby baru nak meneguk , tiba tiba Farhan bertukar fikiran.
"Ehh stop!", tengking Farhan. Tabby yang baru sahaja hendak meneguk air itu berhenti.
"Why?", soal Tabby dengan hairan.
Farhan terdiam. Kalau Tabby minum air tu , bila bila sahaja dia boleh keguguran.
"Air tu sebenarnya aku dah bubuh pil gugur", Farhan mengaku niat jahat nya.
Tabby bertambah hairan. Kenapa Farhan menghentikan nya? Bukan Farhan betul betul nak aku gugurkan kandungan ni ke?
"Sorry , biar aku buat air baru", Farhan merampas cawan dari Tabby dan keluar dari bilik itu tanpa mengunci nya.
Tabby mengeluh, apa lagi si Farhan ni?
Pintu tak dikunci? Tabby tiba tiba mendapat idea. Ini lah masa yang sesuai untuk melarikan diri. Dia segera meletakkan pinggan di atas katil dan terus berlalu keluar.
Dia terus berlari menaiki tangga ke atas mencari pintu keluar.
Tapi Tabby ni betul betul bodoh. Dia takkan boleh lari daripada Farhan.
"Tabby!", jerit Farhan yang nampak akan perbuatan Tabby sedang berlari melepaskan diri.
Tabby panik. Dia terlupa dia takkan boleh lari meskipun mencuba. Farhan terus mengejar nya sehingga di muka pintu rumah.
Tabby tergelincir dan kaki nya tersungkur.
Mata Farhan terbeliak. Tabby baru sahaja pregnant beberapa minggu , usia kandungan itu terlalu awal. Kalau jatuh pun boleh bahaya untuk ibu dan anak.
"Tabby ! Apa kau buat ni!?", Farhan segera mendekati Tabby yang terbaring kesakitan.
Tabby tidak memberikan respons. Dia tidak menyedarkan diri.
"Ya allah , darah !", jerit pembantu rumah nya.
Farhan panik. Tiba tiba dia terus ingat kejadian yang menimpa Humaira sewaktu Maira lari darinya.
Terus dia mendukung Tabby dan terus berlalu ke hospital.
YOU ARE READING
evil-doer
Romance[ complete story ] mafia warning : author punya first story , ditulis masa author tk matang lagi , jadi mana mana yang tak logik tu harap faham ye ¯\_(ツ)_/¯ tw‼️: ada beberapa chapter 16+ start : september 2020 end: november 2021 Mafia? Ganas ? Mem...