SEASON 2 PART 47

653 59 4
                                    

"Zack cakap dengan siapa tadi?", soal aku pada Zack. Aku sudah terdengar perbualan dia dengan Farhan. Tapi sengaja aku bertanya lagi.

"Dengan bekas laki Maira la , siapa lagi", jawab Zack. "Dia nak apa ?", soal aku lagi.

"Dia cakap dia call Maira tak dapat , so dia call Zack , sebab nak cakap dengan Maira", jawab Zack sambil menghulurkan telefon kepada aku.

"Nak buat apa ?", soal aku sambil mengambil phone dari nya.

"Pergi lah call dia , tanya khabar. Rasanya ada benda penting dia nak bincang tu", aku mengeluh. Malas rasa nya nak berhubung dengan Farhan lagi. Bukan setakat rasa malas , tapi sekali dengan muak.

Nak pandang muka dia pun aku rasa geram dan benci apatah lagi nak mendengar suara dia.

"Maira rasa dia tak ada perkara penting nak cakap , so tak payah lah nak call dia. Buat semak je", ucap aku.

"Maira , tak baik tahu. Call saja , cakap pasal anak ke apa", ujar Zack. Aku mengeluh sambil menjeling Zack. Sibuk aja suruh orang call itu ini.

"Haih , yelah yelah", aku terus mendail nombor Farhan. Dengan harapan dia tak jawab panggilan.

"Hello", aku terdiam setelah mendengar suara nya.

"Hello Zack , ada apa?", soal Farhan lagi. Aku masih terdiam kaku tak tahu nak jawab apa. Dengar suara dia buatkan aku bertambah rindu dengan dia , bukan benci.

"Zack , yang kau diam je ni kenapa. Aku nak jaga Tabby kat hospital ni. Kalau tak ada apa apa aku letak call dulu",

Tabby? Kenapa mesti sebut nama perempuan tu?

"Kenapa dengan Tabby?", aku bersuara.

"Maira? Maira ke tu sayang?", soal nya,

"Jawab soalan saya , kenapa dengan Tabby?", soal aku lagi.

"Ada kemalangan sikit yang berlaku siang tadi , tapi Tabby dan kandungan dia baik-baik saja", jawab nya.

"Awak cuba buat Tabby gugur ke?", soal aku , sengaja memerli dia.

"Maira please , abang tak nak cakap pasal Tabby. Abang nak cakap pasal kita ni", aku tergelak kecil. "Pasal kita? Awak lupa ke yang kita ni dah tak ada apa apa? Jadi tak ada apa apa yang kita nak bincangkan", jawab aku.

"Maira takkan tak nak bagi abang peluang kedua?",

"Awak tak perlu peluang kedua pun. Awak terus kan kehidupan awak dengan Tabby , dan saya akan teruskan kehidupan saya jaga Khadeejah. Kita berpisah dan teruskan aja hidup dengan haluan masing-masing", jelas aku.

"Masalah nya , abang sendiri tak boleh nak terima orang lain dalam hidup abang. Takkan senang-senang abang nak teruskan hidup dengan keluarga baru dengan Tabby lepas ni?",

"Tak boleh terima orang lain konon , masa yang awak buat maksiat dengan Tabby tu tak fikir pula?!", marah aku. Geram dengan Farhan yang tak habis habis nak meraih simpati dengan aku.

Farhan terdiam.

"Dah lah , saya tak ada benda lagi nak cakap dengan awak. Pasal anak , nanti kalau awak nak jumpa Khadeejah saya boleh bawa kan. Bye Assalamualaikum",

aku terus mematikan panggilan.

evil-doerWhere stories live. Discover now