Di waktu petang
Kepala humaira terasa sakit, berdenyut.
Nafas nya tercungap cungap, dan tangan nya diikat pada besi bahagian atas tilam.
Mulut nya pula disumbat kain.
Yukss *_*
Humaira berasa amat takut.
Dalam fikiran nya sekarang hanya lah Farhan.
Mana Farhan?
Farhan akan cari aku ke?Semuanya menjadi tanda tanya.
Tiba tiba pintu bilik dihempas dengan kuat.
Seorang lelaki pun muncul dengan membawa sebotol air mineral.
"Ha da bangun. Ingat kan da mati terus", kata lelaki itu.
Dah lah botak, kurang ajar dan culik orang pula tu.
" Nah ambil ni, minum", dia mengulurkan air botol itu.
Haih, dah la tak ada rupa. Otak dekat lutut pula tu. Agaknya mata tu tak nampak yang tangan Humaira diikat.
Humaira meronta ronta.
Sebab mulut nya, tangan nya semua tak boleh nak berfungsi kan.
Lelaki itu pun menepuk kepala. Baru perasan yang tangan Humaira diikat.
"Lah",
Haih, sepatutnya ketuk kepala kau dengan mangkuk!
Dia pun menghulurkan botol mineral itu kepada Humaira.
" Nah ambil ni",
Humaira takut takut nak ambil.
Buat nya ada dia letak sebarang racun ke apa, haish.
Melepas Farhan.
"Kenapa? Takut aku letak apa apa?", soal lelaki itu.
Lah, ingat kan bengap. Boleh baca fikiran orang ya?
" Aku tak letak apa apa lah, tengok aku minum", lelaki itu pun membuka penutup air itu dan meneguk air itu.
Sampai habis!
"Ha tengok! Tak ada apa apa",
Tiba tiba muncul seorang lelaki .
" Ha Rosdin, kau da bagi dia minum belum? Kang mati kehausan",
Hmm, celupar!
"Dia tak ambil bos, dia takut saya ada letak racun", jawab Rosdin.
"Eh, aku tengok habis je air mineral tu", soal lelaki itu.
" Sebab saya minum",
"Lah! Kenapa kau pula yang minum!!?",
" Sebab, saya nak buktikan dekat dia yang air tu suci murni bersih",
Humaira mengeluh.
Bodoh nya penculik ni.
"Aduh kenapa kau bodoh sangat!", marah lelaki itu.
" Sebab bos, bos saya", jawab Rosdin.
"Kau keluar sekarang! Ambil makanan dan air untuk perempuan ni!",
" Aa..aa.. Okay", Rosdin berlalu dengan botol mineral yang kosong itu.
Selepas Rosdin keluar. Lelaki itu terus menutup pintu.
Humaira kembali takut.
"So, kau lah Humaira", ujar lelaki itu.
Humaira hanya diam.
Dia merenung lantai simen itu.
" Hey! Aku cakap dengan kau kan! Pandang aku!", jerit lelaki itu.
Humaira terkejut lalu terus memandang kearah lelaki itu.
Humaira berasa sangat takut.
Dia hanya mengharapkan agar Farhan dapat menemui nya.
"Kau tau tak, siapa aku?", soal lelaki itu.
Humaira menggelengkan kepala nya.
" Aku Tan Sri Uddin, dan suami kau buat jahat dengan aku!", maki nya lagi.
"So apa kena mengena dengan aku!?", marah Humaira.
Tan Sri Uddin pula yang terkejut.
Jarang orang perempuan menengking nya. Inikan pula Humaira.
Dia pun menarik rambut Humaira dan berbisik.
" Kau sebenarnya tak tau apa kerja suami kau kan?",
Humaira menangguk lagi.
"Kau nak tahu apa kerja dan kegiatan dia selama ni?", soal Tan Sri Uddin.
Seperti biasa Humaira hanya menangguk.
" Mafia...",
Humaira terdiam.
Dia menolak tangan Tan Sri Uddin dari rambut nya.
"Mafia?", soal Humaira penuh hairan.
" Yes! Mafia! Macam macam dia buat. Bunuh orang tu setakat kacang hijau je. Hijacked kapal terbang, rampas itu rampas ini.. Rompak bank negara luar, itu semua dia pernah buat", jelas Tan Sri Uddin.
"And aku ingat kan kau ni cuma anak ayam dia je",
" tapi aku rasa hairan, sebab Farhan bukan nya bapa ayam. Lain lah Dato Ss",
"Dato Ss?",
" Bapak mertua kau", jawab Tan Sri Uddin.
"What!?",
Maka betulah, Dato Ss yang membeli Humaira dari Marzuki. Jadi.. Dia mangsa keadaan ke?
" Jadi kenapa kau culik aku?",
"Sebab aku nak alihkan perhatian mereka. Aku tak nak dia rampas harta mereka balik dari aku. Jadi kau je yang aku ada sebagai mangsa",
Now yes, mangsa keadaan.
" Tapi itu hal kau dengan dia, aku tak ada kena mengena",
"Same je",
Bodo kau Tan Sri.
Di rumah Farhan apabila sampai ke Kuala Lumpur. ( waktu pagi )
" Pintu pagar terbuka", ujar Zack.
Mereka begegas masuk.
"Humaira!"
"Humaira!!",
Tiada yang menjawab.
"Cari kat atas, aku cari kat dapur", ujar Zack.
Farhan berlari ke atas menuju ke bilik Humaira.
Alangkah terkejut nya Farhan.
Bilik nya seperti di selongkar.
Maka memang benar lah sesuatu terjadi.
"Ya Allah, apa dah jadi ni", Zack yang baru sampai di bilik juga terkejut.
" aku nak check cctv",
Selepas meneliti rakaman camera litar tertutup, memang benar.
Dua orang lelaki mengheret Humaira keluar dari rumah.
Nasib baik rakaman itu ada menunjukkan kereta penculik.
Nasib baik juga, nombor plat kenderaan penculik dapat dilihat.
Dengan jelas!
"Nombot plat da jelas, apa lagi. Jom lah report police", cadang Zack.
Farhan merenung Zack dengan tajam.
"Kau pernah dengar ke penjenayah report police?", soal Farhan.
Zack tersengih .
" kumpulakan geng kita dekat KL aku nak cari Humaira sekarang juga!",
YOU ARE READING
evil-doer
Romance[ complete story ] mafia warning : author punya first story , ditulis masa author tk matang lagi , jadi mana mana yang tak logik tu harap faham ye ¯\_(ツ)_/¯ tw‼️: ada beberapa chapter 16+ start : september 2020 end: november 2021 Mafia? Ganas ? Mem...