SEASON 2 PART 29

560 46 4
                                    

Humaira POV

Perkara ni kena di selesaikan dalam masa terdekat.  Hari ini juga , walau dengan cara apa sekali pun.

Setelah setengah jam perjalanan , kami dihalang oleh sekumpulan Mafia lain di hadapan kami.

Aku tersenyum sendiri tetapi dalam hati hanya tuhan sahaja tahu betapa hancur nya hati aku ni.

Farhan kelihatan keluar dari perut kereta dan di iringi dengan anak buah nya yang lain.

Dengan berbekalkan semangat yang entah datang dari mana , aku pun turun dari kereta dan berjalan perlahan menuju ke arah nya.

Aku hanya menunjukkan wajah yang tenang dan serius. Mana kala dia wajah lelaki di depan aku ini menunjukkan perasaan yang seakan-akan bercampur baur. Dia kelihatan risau dan nampak seperti dia marah.

Belum sempat aku berkata apa apa , dia sudah berkata kata dahulu.

"Macam ni ke seorang isteri ? Balik ke sini tanpa minta izin aku ? ", soal Farhan dengan kasar. Hati aku bertambah sakit. Air mata hampir menitis tapi aku tetap harus kuat menahan nya. Kali ini sahaja.

"Saya nak selesaikan masalah ni sekarang jugak", ucap aku padanya. Dia kelihatan bertambah bengang terhadap aku.

"Humaira kau tahu tak kau dah menyusahkan aku , buat aku risau ulang alik dari KL semata-mata untuk selamat kan kau. Ni apa!? Kau okay je kan?! Dah tak reti nak balik? Ni kau dengan geng jantan mana pulak!?", gumam Farhan membuat andaian sendiri.

"Saya balik sini sebab awak Farhan!", tengking aku kembali. Suara aku jelas kedengaran dengan lantang. Sepanjang kami kenal , langsung tak pernah aku tinggikan suara dengan nya sebegini tapi kali ini , aku berani.

"Kenapa kau balik sini!? Aku hantar kau ke sana untuk belajar faham tak!? Untuk kebaikan kau!", tengking Farhan sambil hampir naik tangan hendak melempang pipi aku.

"Farhan!", jerit abah yang tiba tiba muncul.

Tangan Farhan terhenti.

"Awak hantar saya untuk kebaikan saya? Untuk kebaikan awak jugak kan? Untuk awak berkomplot dengan abah , dan curang belakang saya!", jerit aku padanya.

Nafas aku tercungap-cungap dek kerana menjerit sekuat hati padanya.

"Apa kau merepek ni? Apa kau merepek ni Humaira!!?",

"Abang tanya pada diri sendiri , apa yang abang buat belakang saya! Awak curang , awak tidur dengan perempuan lain belakang saya! Ingat saya tak tahu semua tu!", mata aku berkaca , menyebabkan pandangan aku semakin kabur kerana menahan air mata dari mengalir keluar.

Tapi aku gagal , air mata yang dari ditahan mengalir jua. Tanda aku sudah penat.

Farhan sudah pun terdiam. Terdiam mungkin kerana dia terkejut kerana aku tahu semua yang berlaku masa ketiadaan aku di sini.

"Sampai hati awak", ujar aku lagi.

"Kalau awak tak kesian kan saya , cuba fikir pasal anak tu! Tak malu ke dekat anak!?", kata aku lagi sambil tersedu menangis.

Badan aku terasa lemah dan hampir rebah , mujur ada Zack dan Zetty yang menyambut aku dari belakang.

"Zetty? Kau buat apa kat sini ha!? Kau punca!!!", Farhan terkejut kerana Zetty yang disangka sudah mati tiba-tiba ada di hadapannya. Dia cuba mendekati Zetty tetapi di halang oleh Zack dan Namjoo.

"Stop lah Farhan , benda yang lepas jangan di kenang ! Kau sendiri salah sebab seksa Zetty faham tak!", Zack menolak Farhan ke belakang.

"Humaira jom kita balik , aku tengok kau ni lemah semacam dah", Zetty memapah aku yang kaki sudah longlai.

"Abah pun sama", kata aku sambil memandang ke arah satu satunya ahli keluarga yang aku ada sekarang ni.

"Abah kejam", sambung aku lagi sambil memandang kearah nya dengan penuh rasa benci.

"Mulai sekarang , anggap je anak perempuan abah ni dah mati!", air mata aku mengalir deras lagi.

"Maira..", abah kehilangan kata-katanya.

"For u Farhan , lepaskan saya. Ceraikan saya sekarang jugak!",

"Humaira , apa ni !?", Zetty terkejut. Tak dia sangka yang aku akan bertindak begini.

"Dia dah buatkan Tabby mengandung Zetty! Masih perlu kah aku terima lelaki jijik ni lagi !?",

"Humaira please , bagi abang peluang kedua. Abang tahu ini semua salah abang , abang takkan lepaskan awak", Farhan melutut ke arah aku dan meminta maaf.

Dengan penuh rasa benci aku berkata , "Tabby lagi memerlukan abang , dia mengandung kan anak abang. Pergi dekat dia , dan jaga dia. Saya boleh jaga diri sendiri , dan saya boleh besarkan Deejah seorang diri. Now lepaskan saya , saya taknak kita ada apa apa ikatan lagi", aku menendang nya dari melutut di hadapan aku.

"Maira please!", Farhan merayu lagi.

"Lagi pun awak tak pernah ikhlas dengan saya kan? Saya hanya dikutip dari kelab malam. Awak khawini saya setelah kita di tangkap basah. Awak sayang saya selepas saya diculik kerana awak rasa bersalah. Awak pernah ke rasa betul betul sayangkan saya?",

End Maira pov

Farhan terdiam. Dia sayang kan , Humaira. Dia sayangkan hubungan rumah tangga ini.

Namun dia tetap salah akibat curang dan tidur dengan perempuan lain. Akibat dia kerja sebagai mafia kembali dan bersubahat dengan abah mertua nya sendiri.

"Awak pernah janji yang awk takkan buat kerja kerja ni lagi selepas Khadeeja lahir. Tapi apa yang awak buat? Awak mungkir janji Farhan!", Humaira kelihatan begitu kecewa.

Farhan sudah tidak sanggup untuk melihat wanita yang dia cintai menangis dan terseksa lagi. Perlukah dia lepaskan Humaira?

Sambil air mata nya menitik , Farhan bangun dari melutut dan berkata , "Saya minta maaf untuk segalanya , segala yang saya buat selama ni. Tapi saya nak cakap yang selama saya bernafas , selama saya hidup wanita yang betul betul buatkan saya sedar akan indah nya cinta hanya awak. Hanya awak cinta sejati Humaira. Saya tak sanggup untuk kehilangan awak. Takkan pernah ada wanita yang sama dengan awak kalau awak hilang. Tapi saya faham , kali ni saya betul betul dah buatkan awak kecewa dan sakit hati merana. Saya tahu , dengan minta maaf takkan ubah kan balik keadaan. Tapi percaya lah. Saya cintakan awak sangat sangat , dan selama ni saya betul betul bahagia dengan awak", Farhan menangis. Ini lah kali pertama dia menangis dek kerana seorang wanita yang dia cintai.

"Tak guna untuk awak minta maaf Farhan , saya dah benci awk", ucap Humaira dengan penuh jijik.

"Kalau itu yang awak minta , saya kan lepaskan awak", Farhan memandang Humaira dan berjalan perlahan mendekati Humaira.

Dia memandang wajah isterinya yang sebentar lagi akan jadi bekas isterinya.  Semua memori indah mereka akan menjadi kenangan sahaja selepas ini.

Sambil menitiskan air mata , dengan berat hati dan penuh redha , "Nurhumaira binti Mohd Kamal , aku ceraikan kau dengan talak satu.

Farhan melafazkan cerai talak.







Astaghfirullahalazim , it's author guysss

so macam mana part ni? sedih ke? atau korang puas hati sbb farhan dah dpt balasan?

kalau author , author sebenarnya sedih , author yang buat cerita taip pun dah nak menangis tauuuu 😭

apa pendapat korang or perasaan korang untuk part ni????

comment tauuu author nak tauuuu....

jangan lupa vote dan comment , klu tk penat ii je author menangis smbil typing 😭💔

evil-doerWhere stories live. Discover now