SEASON 2 PART 8

574 36 3
                                    

Humaira pov

Mana lah si Farhan ni pergi. Kata nya nak makan sama sama. Tapi sampai sekarang batang hidung tak nampak.

Dah berejam aku tunggu. Di telefon tapi tak di angkat. Dah di mesej tapi tak balas.

TINNNN TINNNN

Bunyi hon kereta kedengaran masuk ke kawasan rumah aku.

Aku pun excited dan berlari untuk pastikan yang itu suami aku , Farhan.

Tapi sangkaan aku meleset.

Itu abah , bukan nya Farhan.

Aku cuba bersangka baik. Mungkin Abah bersama Farhan sebab dia kata dia bermalam di rumah abah.

Aku pun mendukung Khadeeja dan keluar dari bilik.

Dengan berat hati aku menuruni anak tangga dengan harapan yang Farhan ada bersama abah.

Ya , sangkaan aku tak betul lagi.

Abah berseorangan sahaja.

Demi nak sembunyikan perasaan aku , aku cuba tersenyum di depan abah.

"Haiiii cucu wan , rindu nyaaa wan dekat Deeja", ujar abah sambil membelai rambut Khadeeja.

"Hmm rindu cucu je ke , Maira ?", soal aku dengan sengaja.

"Ehh , mestilah abah rindu jugak", abah tersenyum.

"Mana Farhan? Weekend pun kerja ke?", soal Abah .

Aku mengeluh.

"Farhan tak balik lagi, dia kata dia tidur rumah abah. Kenapa abah tak tau ?", soal aku.

Wajah abah yang ceria bertukar kepada wajah yang penuh persoalan.

Dari situ aku dah dapat agak apa yang terjadi.

"Eh haah la , urm abah.. abah lupa", jawab Abah macam ada benda yang tak kena.

"Yelah abah", jawab aku.

Masing masing buat kan aku rada curiga.

Ada benda yang tak kena.

End Maira POV

Di hotel Tabby.

Tabby POV

Perut aku berbunyi.

Mana tak nya , aku dah kebuluran. Sebelum tidur aku tak makan , breakfast pun tak.

Sekarang dah masuk tengahari.

"What should I do?", soal aku pada diri sendiri.

Otak aku yang bernas ni mula terfikir sesuatu.

"Hmm , siapa lagi kalau bukan dia yang boleh teman aku", kata aku pada diri sendiri.

Tangan aku pantas mengambil telefon dan mendail nombor Farhan.

Panggilan tak dijawab.

Aku mencuba sekali lagi.

Masih tidak berjawab.

Aku mengeluh. Nampaknya , terpaksa lah aku lunch seorang diri hari ni.

Dengan malas , aku pun pergi bersiap untuk turun ke tempat makan di hotel tempat aku menginap ini.

Aku mengenakan dress yang biasa sahaja. Yelah kalau nak bersiap lebih ii macam tak sesuai dekat Malaysia ni.

Selepas bersiap , aku terus turun.

Sepatutnya aku nak makan di tempat yang disediakan di hotel ni. Tapi aku baru perasan ada restaurant yang menyajikan makanan dari Korea.

Alang alang dah lama tak makan makanan Korea tu , aku pun rasa nak cuba.

"Tabby!",

Langkahku terhenti apabila seseorang memanggil nama aku dari arah tempat  parking kereta.

Aku menoleh ke arah suara itu.

Alangkah terujanya aku apabila itu adalah Farhan.

Aku pun berlari ke Farhan yang sedang melambaikan tangannya.

"Heyy , buat apa dekat sini?", soal aku.

"Urm , I actually nak ajak You lunch sekali dengan I", jawab Farhan.

"Seriously?", soal aku.

Yelah , takkan laki orang ni nak ajak aku pergi lunch kot. Gile ke.

Tapi apa salahnya kan , kita pun dah jadi rakan sekerja.

"Ya , abah pun join kita nanti. Nak bincang pasal kerja kita", jawab Farhan.

Hm shit.

Ingatkan nak dating berdua rupenya nak bincang pasal kerja.

Ada orang ketiga pulak tu.

Aku pun sambil tersenyum, hanya mengangguk. 

Jauh di sudut hati , rasa geram pun ada jugak.

Potong mood betul bapak tiri aku ni.

Macam mana lah Eomma boleh suka dengan dia ni.

End Tabby POV.

bersambung...

evil-doerWhere stories live. Discover now