"Yang awak dari tadi ikut saya ni kenapa?", marah Maira pada Namjoo yang dari tadi mengikuti nya. Maira baru sahaja balik dari kelas jadi dia terus mahu pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Tapi dia perasan ada yang mengikutinya sejak dia dari universiti tadi.
"Maaf , saya cuma nak pastikan awak sampai ke rumah dengan selamat. Itu saja", jawab Namjoo dengan serba salah. "Saya okay je , tak perlu risau. Awak jangan lah ikut saya , saya tak selesa faham?", ujar Maira lagi lalu teruskan perjalanan.
Namjoo bengang. Mungkin salah dia nak berkawan tapi salah cara.
Maira berhenti berjalan sekejap selepas dapat call dari Zetty. "Hello Zetty , ada apa?", soal Maira.
"Maira dekat mana?", soal Zetty. "Maira dekat depan Lovely Cafe ni , baru nak gerak balik. Kenapa?", soal nya.
"Tunggu dekat situ , Zetty jemput. Kita lunch dekat rumah Zetty sama sama okay?",
"Urm okay", jawab Maira. Dia mematikan panggilan. Boleh juga dia singgah tengok Khadeejah dekat rumah Zetty.
10 minit sebelum.
"Ye Farhan , ada apa?", soal Zetty dalam phone. "Bagi aku alamat Humaira", ujar Farhan tergesa-gesa.
Zetty hairan , kenapa nak alamat Humaira? Farhan akan ke sini ke?
"Kenapa minta alamat dia? Kau kena ingat kau dengan dia dah tak ada apa apa hubungan", marah Zetty. "Zetty please lah bagi je alamat dia. Aku nak jumpa anak aku", ujar Farhan lagi. Sebut pasal Khadeejah buatkan Zetty rasa kasihan.
"Kau nak jumpa anak kau dekat sini?",
"Ya aku rindu anak aku , aku nak jumpa dia", jawab Farhan. "Khadeejah ada dengan aku sekarang. Aku akan bagi alamat aku je. Jangan kacau Humaira",
"Aku akan text alamat aku kat kau. Bye", Zetty mematikan panggilan. Dia bercekak pinggang sambil berfikir. Farhan ni biar betul? Kata nak kahwin dengan Tabby hari tu. Tiba tiba call minta alamat sini sebab nak jumpa anak?
Atau si Farhan cuba nak ambil Khadeejah dari Humaira?
Now
"Khadeejah sayang", Humaira menyapa anak perempuan nya yang baru bangun tidur. Teruja anak kecil itu. Jumpa anak sendiri pun jarang sekali di sebabkan Humaira perlu fokus dengan pelajaran nya di universiti.
"Sian Khadeejah , rindu sangat dia dekat Maira", kata Zetty.
"Btw Maira Farhan ada call akak tadi. Dia kata dia nak jumpa Deejah. Dia minta alamat Maira dekat sini", Zetty membuka cerita.
"Akak bagi ke alamat Maira?", soal Maira. "Tak. Akak cakap Deejah ada dengan akak. So akak bagi alamat akak je", jawab Zetty.
"Maira bagi ke dia jumpa Deejah?", soal Zetty. "Bagi je kak , Deejah pun anak dia. Dia ada hak", jawab Maira.
"Ajak bukan apa Maira. Hari tu Abang Zack ada cakap yang Farhan suruh bagi tahu Maira yang Farhan akan nikah dengan Tabby", jelas Zetty. Maira terdiam.
"Akak takut kalau-kalau dia cuba nak larikan Deejah dari Maira", ujar Zetty lagi.
"Maybe tak kot", jawab Maira pendek. "Maira ada Deejah je kak. Jadi tak mungkin lah Farhan nak ambil dia dari Maira", jawab nya lagi.
"So , Maira dah ready ke nak jumpa Farhan? Atau Maira taknak jumpa dia and nk bagi dia jumpa Deejah je?",
"Entah lah kak. Maira rindu dia cuma Maira susah nak maafkan dia. Jadi macam tak sedia nak jumpa Farhan", kata Maira dengan jujur.
Maira masih ada rasa sayang dan rindu pada Farhan. Cuma dia masih tak dapat nak maafkan atau lupakan apa yang Farhan dah buat. Maira kadang menyesal kerana minta cerai pada Farhan.
"Kalau lah masa tu Maira tak minta dia lepaskan Humaira , mesti masalah ni takkan jadi berat kan?",
"Maira jangan cakap macam tu. Benda dah jadi nak buat macam mana kan?", pujuk Zetty.
Maira mengeluh.
YOU ARE READING
evil-doer
Romance[ complete story ] mafia warning : author punya first story , ditulis masa author tk matang lagi , jadi mana mana yang tak logik tu harap faham ye ¯\_(ツ)_/¯ tw‼️: ada beberapa chapter 16+ start : september 2020 end: november 2021 Mafia? Ganas ? Mem...