"Boss, aku rasa aku dah tau wife bos dekat mana", ujar salah satu anak buah mafia itu.
"Ada location?", soal lelaki tegap itu.
" Ada",
"Okey good , send location dan aku sendiri akan pergi",
" Sebelum tu, kau pasti ni location perempuan tu?", soal Farhan untuk memastikan kali ini dia dapat berjumpa dengan isterinya itu.
"Ye saya pasti , kami dah double check",
Farhan angguk dan teruskan pencarian.
.
.
.
Pintu kereta ditutup , enjin dihidupkan.Phone dihidupkan dan location diperhatikan.
Farhan tercengang.
Kenapa perempuan ni ada dekat sini? Kawasan ni rasa nya pernah dia tahu , dan dia kenal dengan pemilik rumah ni.
Hati Farhan semakin membuak buak hendak tahu bagaimana isterinya boleh berada di situ.
Takkan Zetty? Zetty dah tak pernah berkunjung kesana sejak dia menjadi keluarga angkat Zack. Lagipun dia masih ada di bilik tahanan dekat markas.
Hanya Zack sahaja yang selalu melawat rumah tu. Cik Nah kenal ke Humaira? Atau Zack?
Zack..
Dekat rumah Cik Nah.
" Assalamualaikum ,"
Tiada jawapan.
"Assalamualaikum",
Senyap.
Ini salam terakhir , kalau tak terus balik. Sebab dah tiga kali. Mafia pun ikut cara ni kalau datang rumah orang ya?
Cerdik pula si Farhan ni ehek.
" Assalamualaikum ",
Masih tiada jawapan.
Membuak buak kemarahan di hati , rasa macam nak gegar tak bagi salam terus dekat pintu rumah ni.
Tiba tiba pintu di selak sikit.
Ada seorang perempuan berambut panjang ikal mayang , dengan berkain batik dan t shirt , dengan tangan yang berbalut dan boleh nampak kesan jahitan.
Dan lelaki ..
Zack?
Humaira!?
"Kau duduk serumah dengan jantan ni!?", tengkin Farhan tanpa bertanya.
" Astaghfirullah , Farhan? Kenapa bising bising ni !?", tiba tiba Cik Nah muncul dari sudut lain.
"Bila masa saya duduk serumah? Cik Nah kan ada ni?!", jawab Humaira dengan nada yang tinggi.
" Humaira , masuk dalam bilik. Biar acik yang cakap dengan Farhan. Zack pergi buat minuman , bawak sekali kuih kalau ada dekat dapur tu", arah Cik Nah.
Masing masing terus dengar arahan. Zack ke dapur , dan Humaira terus masuk bilik dan berkurung.
"Cik Nah nak tahu , macam mana kau jumpa Humaira mula mula? Macam mana boleh kawin?", soal Cik Nah.
"Abang dia jual dia dekat club daddy , and masa kita orang jumpa",
" Lepas tu , Farhan nak tolong dia keluar dari situ , jadi alasan Farhan untuk **** dengan dia dekat hotel. Tapi kita orang kena tangkap basah , sebab tu kami kawin",
"Kemudian? Macam mana boleh semua benda ni jadi?", soal Cik Nah dengan dimaksudkan kenapa Humaira lari dari hospital untuk elakkan dari berjumpa Farhan.
"Punca sebenarnya , malam tu Humaira terima gambar Farhan berdua duaan dalam bilik hotel , dengan Zetty", jawab Farhan terus terang.
Zack terdiam manakala Cik Nah terkejut , kenapa Zetty ni , makin teruk.
"Macam mana boleh Farhan dengan Zetty berdua dalam tu?",
" Ni semua sebab Zack..", ujar Zack sambil tunduk. Rasa bersalah menyelubungi diri sendiri.
"Terang kan betul betul , Cik Nah tak faham", berkerut dahi Cik Nah dengar semua ni .
" Zetty nak sangat Farhan , and sakit hati bila tau Farhan dah nikah dengan Humaira. Jadi dia minta tolong Zack rancang sesuatu untuk pecah belahkan Farhan dengan Humaira", jelas Zack.
"Sampai hati kau buat macam tu dekat sepupu kau sendiri? Kau tak fikir ke akibat perbuatan kau ni?", bebel Cik Nah. Kalau ikut kan Cik Nah, nak saja dia tampar , baling selipar atau pepah dengan batang penyapu.
Tapi yang lagi layak kena belasah dengan Cik Nah sekarang ni adalah Zetty.
"Tak apalah Cik Nah , Zetty yang dalang semua ni. Lagi pun Zack dah dapat balasan atas semua benda bodoh yang dia buat ni", perli Farhan sambil smirk.
Teringat balik masa dia kena belasah dengan Farhan , buat kan Zack takut nak bersemuka balik dengan sepupu yang dia pernah rapat macam belangkas sebelum ni.
"Balasan? Tu yang kau haritu balik dengan berlebam lebam , bibir pecah berdarah tu ya?",
Zack tersengih.
" Zack dah minta maaf dengan Farhan",
"Lepas dari tu apa jadi?", soal Cik Nah lagi.
" Humaira kecewa sangat lepas dapat gambar tu , dia cuba lari rumah. Tapi kaki tersadung lepas tu jatuh tangga. Then dia gugur , anak pertama kami",
Cik Nah terdiam , nak nangis pun ada dengar cerita Farhan ni.
Sampai hati Zetty sanggup buat semua ni sebab tergila gila kan Farhan.
"Lepas tu , kami balik dari Penang datang hospital. Lepas tu , pihak hospital bagitahu dia dah takde dekat bilik tu. Cctv nampak dia keluar dengan baju hospital. Lebih tepat , dia lari hospital",
" Sebab tu pekerja Farhan semua diarahkan jejak dekat mana lokasi Humaira. Sampai lah dekat sini", jelas Farhan panjang lebar.
Cik Nah menangguk faham.
"Tapi aku masih tak faham Zack , macam mana boleh Humaira ada dekat sini?", soal Farhan pada Zack.
"Masa kita datang hospital tu , kita berpecah nak cari Humaira kan? Jadi aku pergi dekat kawasan belakang hospital dan nampak dia. Pucat , tak bermaya. Dia tak cam aku , tapi aku cam dia. Tak lama tu dia rebah , tak sedarkan diri. Sebab tu aku bawa dia tinggal dengan Cik Nah", jawab Zack.
" Ouh , dah tu kenapa pula tangan dia berbalut?", soal Farhan lagi.
"Dia dapat tahu , aku bersubahat , dia stres , dia pergi tumbuk cermin meja solek tu", adu Zack.
"What!?",
"Takpe Farhan. Sekarang ni Farhan kena bagi dia masa", nasihat Cik Nah.
" Tapi , Farhan rindu dia sangat. Nak jumpa dia , nak jelaskan semua ni",
"Dia tak sedia dan tak nak jumpa Farhan dulu. Bagi dia masa , bagi dia ruang. Farhan balik lah dulu , jumpa Mummy. Balik rehat , nanti datang lagi", ujar Cik Nah lagi.
Farhan diam dan angguk.
Sekali sekala terbayang wajah Humaira.
Pada usia muda begini sudah banyak dugaan yang dia lalui.
Masa silam nya lagi.
Selepas kawin.
Serupa , tak pernah berubah.
YOU ARE READING
evil-doer
Romance[ complete story ] mafia warning : author punya first story , ditulis masa author tk matang lagi , jadi mana mana yang tak logik tu harap faham ye ¯\_(ツ)_/¯ tw‼️: ada beberapa chapter 16+ start : september 2020 end: november 2021 Mafia? Ganas ? Mem...