SEASON 2 PART 26

497 31 0
                                    

FARHAN POV

Sudah sehari Humaira hilang tanpa khabar. Firasat aku semakin kuat mengatakan yang dia dalam bahaya. Semakin risau di buatnya.

Aku dalam perjalanan nak markas abah. Terpaksa la aku beritahu apa yang berlaku dari awal pada Humaira.

"Abah , apa yang Farhan nak cakap ni sememangnya penting tahu", kata aku pada abah.

"Ada apa ni? Risau abah dibuat nya",

Aku mengeluh. Aku pun risau. Sepuluh kali ganda lagi risau dari dia.

"Humaira sepatutnya ada dekat sini sekarang. Tapi semalam dia balik ke Malaysia, dia terus ke Johor untuk visit mummy", terang aku.

Wajah Tan Sri Kamal berubah. Seakan akan tahu apa yang sedang terjadi.

"So sekarang Humaira dekat Johor? Nak pergi rumah Datin Rosmah? Eh , Farhan kau tahu tak yang tempat tu dah kira bahaya pada Humaira sekarang. Kalau bapak kau buat hal , pergi culik si Maira tu macam mana?", bebel Tan Sri Kamal pada aku.

Lah orang tua ni , kalau dia tak libatkan aku sekali takde nya jadi macam ni. Kau pun menipu anak kau sendiri ada hati pulak nak marah marah orang lain.

"Sorry abah", itu sahaja aku jawab. Nak sahaja aku maki. Tapi tak boleh memandangkan aku sendiri pun berkerja dengan nya sekarang.

"Dah , sekarang ni kita kena pergi cari Humaira. Dia ada call kau tak?", soal Tan Sri Kamal.

"Tak abah, kami semua dah tak dapat contact dengan dia lagi. Rasa nya phone dia dah dimatikan", terang aku.

Tan Sri memandang aku dengan pandangan yang tajam. Kecut rasa nya bila dilihat sebegitu rupa. Rasa macam nak ditelan hidup-hidup oleh nya.

"Kejap lagi kumpulkan semua budak budak kita , petang ni jugak kita pergi ke johor cari Humaira sampai dapat", arah Tan Sri Kamal.

Aku menganggukan kepala. Tan Sri Kamal pun berlalu setelah memberikan arahan padaa aku. Wajah nya tampak tenang sekali. Tak risau kan Humaira ke?

Ehem , Farhan kau pun sama dah jadi macam ni baru nak risaukan Maira. Aku mengeluh.

Telephone aku memberikan notifications text dari Tabby.

"Masuk bilik I , now", kata nya.

Aku mengeluh , nak apa lagi perempuan ni.

Dengan kadar segera aku masuk ke bilik nya dengan memastikan tiada siapa yang melihat.

"You nak apa? I tengah serabut ni tau tak?!", marah aku padanya.

"You ni memang tak reti nak cakap elok elok ke?", Tabby tampak kecewa. Dia yang sedang duduk di atas katil itu kelihatan pucat dan tak bermaya.

"I nak cakap something ni", ujar nya sambil memandang aku dengan riak muka yang risau.

"Ada apa , cakap jela",

"I'm pregnant. Your child", Aku terdiam setelah Tabby menghabiskan ayat nya.

evil-doerWhere stories live. Discover now