Chapter 1

875 30 1
                                    

Kereta Perodua yang dipandu oleh seorang wanita muda lingkungan 20-an pecut ke arah satu tempat. Pemandu wanita itu menangis membuatkan anak kecil lingkungan umur 3 tahun yang berada disebelahnya bingung serta risau akan ibunya

"Mama, kenapa mama menangis?"

Wanita itu mengesat air mata yang membasahi pipinya, serta merta mengukir senyuman agar anaknya tenang dan selamat di sisi

"Tak, mama tak menangis pun~ mata mama yang masuk habuk"

Setelah beberapa minit, kereta itu berhenti di hadapan sebuah rumah. Wanita itu keluar daripada kereta dan memimpin anaknya langsung melihat sekeliling kawasan rumah

Tidak lama kemudian, seorang lagi wanita lingkungan 30-an keluar bersama seorang lagi anak kecil perempuan dari rumah tersebut.

"Aya... mulai hari ni, Aya kena janji dengan mama yang Aya akan sentiasa kuat. Janji dengan mama yang Aya akan jaga diri elok-elok"

Ucap wanita 20-an itu sambil melutut paras anak perempuannya. Wanita itu kemudian mengucup dahi anaknya Aya.

"Mama nak pergi mana? Mama tak tinggal Aya kan?"

Aya mula mengalirkan air mata, Wanita 20-an senyum juga mengalirkan air matanya lalu menggelengkan kepala, usap bahu kecil Aya

"Mama tak tinggal Aya pun~ Mama keluar kejap je, Aya duduk dengan Mak cik Fathin dan anaknya Sheera sekejap ya? Mama janji mama datang balik"

Aya mula meraung, tidak mahu berpisah dengan satu-satunya ahli keluarganya. Wanita itu berasa kesal namun cuba menghasilkan dirinya untuk bangun dan menghadap kakak iparnya, Fathin

"Tolong jaga Aya elok-elok ya akak? Seperti mana akak berjanji dengan arwah suami saya.. Fateh"

"Insyaallah, akak dan Sheera akan buat yang terbaik. Semoga kamu dapat selesai kan semua perkara bodoh ini dengan secepat mungkin. Kamu... Kamu jaga diri ya Alysa"

Alysa angguk dengan tangisan. Alysa senyum lalu melutut paras Aya sekali lagi. Alysa mengusap pipi Aya dengan lembut

"Aya, walau apa pun terjadi kamu jangan tanggalkan anting-anting yang kamu pakai ni kecuali waktu mandi faham? Jangan menangis lagi.. kamu kan anak mama yang kuat?"

Aya angguk dengan tangisan. Sheera, anak kecil Fathin mula memeluk Aya dari belakang. Sheera cuba memujuk Aya. Alysa perlu gerak dengan segera. Hujan makin lebat, kilat juga makin kuat. Alysa kemudian berlari masuk ke kereta meninggalkan Aya. Aya menangis mahu mengejarnya namun dihalang Sheera dan Fathin.

Mama tipu.. Mama cakap mama nak keluar sekejap je tapi mama keluar selamanya dari hidup Aya.

Bisik hati Aya sambil mengusap bingkai gambar miliknya diiringi oleh surat khabar yang memaparkan berita bahawa terdapat sebuah kereta dijumpai terbabas dalam gaung pada 21 tahun yang lepas

"Aya rindu mama ya?"

Tegur mak sedara Aya yang bernama Fathin itu dari belakang. Aya menoleh dengan senyuman ke arahnya dan angguk. Datang pula sepupunya entah dari mana duduk di sebelahnya sambil meletakkan lengan ke atas bahunya

"Kalau macam tu jom kita sedekah kan al-fatihah untuk mak long. Mana tahu dengan sedekah kita ni dapat membantunya duduk di kalangan orang yang beriman kan?"

"Betul kata kau tu Sheera, jom lah sedekah untuk bapak kau dan bapak aku sekali"

Mereka angguk dengan senyuman. Semua terus menadahkan tangan berdoa dengan serta merta, alhamdulillah hati aku makin tenang. Aku makin redha. Mungkin ada hikmah disebalik semua yang terjadi kan?

---

Sedang rancak berbual di ruang tamu, tiba-tiba pintu dibuka lalu muncullah seorang anak kecil berlari ke arah dakapan ibunya.

"Ya Allah Aidil! Aidil balik dengan siapa ni sayang mama dengan papa baru je nak gerak pergi jemput" - Qhalisha

"Uncle Perry ambil saya! Maafkan saya mama sebab tak ikut cakap mama main ikut je orang tak kenal tapi uncle ni cakap dia kawan papa"

Qhalisha kemudian menoleh ke arah Airil dan jejaka berdarah kacukan pakistan yang menumpang selama beberapa hari di rumah mereka itu. Mereka berdua memandang satu sama lain lalu ketawa

"Abang minta tolong Kayr supaya kita ada masa lebih untuk fix balik hubungan kita, Perry tu bodyguard dia betul tak Kayr?"

"Betul, jangan risau lagipun saya dah pesan dengan Perry untuk bawa Aidil ke rumah dengan selamat kalau tak memang nahas la"

Qhalisha dan Airil ketawa. Perry selaku bodyguard kepada Tengku Abu Al Kayr itu tersenyum janggal sambil menggarukan kepala. Kayr bergerak menuju ke arah Aidil lalu melutut parasnya, Kayr memberikan sebuah kotak kecil

"Wah!! Kereta hotweels edisi terbaru la!! Terima kasih uncle sebab dah janji nak kasi yeayyy"

"Sama-sama~ janji dengan uncle Aidil tak malas-malas dah pergi sekolah! Kesian mama dengan papa penat nak pujuk Aidil"

Aidil angguk dengan teruja lalu berlari ke arah bilik tidurnya. Kayr tersenyum lalu menatap Airil dan Qhalisha

"Aku rasa aku dah nak kena gerak la Airil, kesian pula membe aku kat Kelantan tu tunggu lama-lama"

Airil dan Qhalisha angguk dengan faham. Perry mula masuk ke dalam bilik tetamu ambil beg bagasi milik Kayr. Perry bergegas masuk ke dalam kereta. Airil dan Qhalisha kemudian menghantar Kayr sampai ke pintu

"Hati-hati ya~ Kirim salam dekat kawan awak yang mungkin masih tengah bersedih tu. Kirim juga salam takziah kepadanya and sorry sebab saya tampar awak tadi" - Qhalisha

"Hahahaha no hal la asalkan korang dah berbaik semula. Nanti bila-bila saya datang lagi ya? Ril, jaga bini dengan anak elok-elok jangan datang mengadu dekat aku lagi sudah"

"Oooo kau perli aku ya~ Ha ye lah insyaallah kau pun~ cepat-cepat lah cari jodoh biar anak kita berdua boleh jadi bestfriend pula hihi okaylah bye jaga diri~" - Airil

Kayr angguk kepala dengan senyuman. Mereka melambaikan tangan satu sama lain dan akhirnya Kayr beredar

"Abang saya nak tanya sikit boleh?"

"Tanya apa tu Qhalisha sayang"

"Al-Kayr tu sebenarnya.. kerja apa? Apa kaitan dia dengan abang? Polis juga ke? Tak macam polis pun masalahnya"

Oh dia...

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now