Sekarang ni aku berada dalam kereta milik Kayr, aku pun tak tahu dia nak bawa aku pergi mana tapi sebenarnya agak terkejut sebab belum tiba waktunya untuk rehat
"Awak memang suka guna panggilan 'awak saya' eh dengan semua orang?"
"Kenapa tak boleh? dah tu kalau tak guna 'awak saya' nak guna apa?"
Kayr tersengih nakal. Aya yang memandangnya membuat muka menyampah. Dah kenapa mamat ni aduhlah kenapalah hidup tu tersangat random. Nasib ko lah Aya dapat boss gini
"Gunalah 'sayang baby' ke dengan say--"
"HA! Jangan nak mengade-ngade eh Tuan Kayr saya takut ada kita accident kang bawak kereta tu elok-elok sikit!"
Kayr ketawa. Aduh Aya² aku nak bergurau sikit pun tak boleh~ Biasanya kalau aku cakap gitu dekat kawan-kawan perempuan anak kawan ibu diorang cair je oh kau tak ye? Takpe² nanti suatu hari nanti aku akan pastikan kau cair dengan aku, aku kasi chan kau ada boyfriend je sekarang
"Ko tunggu la aku caras awek kau Zarif... "
Kayr mengomel sedemikian namun cukup jelas untuk didengarkan oleh Aya. Aya membuat muka terkejut lalu mencubit lengan Kayr, Kayr menjerit
"Aduhh! Sakit la Bijou kau asal ni? Suka sangat le cubit orang~ Aku tak cakap apa-apa pun"
"Halah halah halah kau ingat aku tak dengar ke Tuan Kayr? Aku ni telinga elok lagi tak pekak pun Tuan Kayr!"
Kayr ketawa dan angguk. Sedap pula dia ber'aku kau' dengan aku nampak attractive hahahahah apo ko ni Kayr
"Mulai hari ni kita panggil each other aku kau je luar dari kerja boleh?"
"Tersangat boleh lagi saya suka itu menandakan bahawa--"
"Bahawa kau sayangkan aku and kalau ada rezeki kau nak kahwin dengan aku? hohoho"
Sekali Kayr dicubit Aya. Kayr minta maaf dan mula senyap. Sakit wooo budak kecik ni cubit walaupun tangannya kecik tapi berbisa. Tobat aku tak nak cari pasal dah..... TAPI BOONG HAHAHA kau tunggu lah Aya
Kayr membawa Aya ke satu perpustakaan khas yang jarang didengarinya. Aya dan Kayr berdiri di hadapan perpustakaan tersebut lalu Aya berkata
"Tak pernah tahu pun ada library dekat dengan office? And tak pernah nampak yang ini hmm design dia pun lain macam"
"Kantoi ah pemalas tak suka membaca library ni dah lama ditubuhkan kot"
Aya menjeling dan mengeluh. Aya menyilangkan tangan dan hanya berdiam diri sambil memuncungkan bibir. Memang betul aku tak minat dalam membaca, aku tak suka! Aku lebih suka menyelesaikan masalah-masalah yang rumit, aku lebih suka kerja yang membuatkan aku berfikir
"Dah la jom masuk ke nak jadi tokong cina kat sini? Boleh je nanti aku inform staff bertugas"
Aya malas nak layan lagi sekali lalu maju dahulu ke hadapan sambil tutup telinga. Kayr suka mengusik Aya lalu dia ketawa sepanjang menuju ke pintu masuk
Masuk je perpustakaan tersebut, Aya terus tergamam dan melihat sekeliling. Memang library lain dari yang lain! Siap ada cafe private noh dalam ni tapi kan... asal tak ada kerusi? Mana kusyen dan lain-lain? ada rak buku, tempat hantar pinjam buku dengan kaunter cafe
"Library ni menggunakan konsep privasi. Kita akan ke kaunter untuk pilih bilik jenis apa yang kita nak. Dah habis bayar boleh la letak barang dulu lepastu pilih buku untuk membaca atau pesan makanan untuk makan"
Aya angguk dengan faham. Ni library orang-orang kaya ni sampai kena bayar bilik em memang tak la aku nak jejak lagi kat sini kalau bukan sebab Tuan Kayr. Lagipun aku tak minat membaca buat apa nak singgah kan?
"Dah jom kita order makanan pula lepastu baru cari buku nak dibaca"
Aya angguk sekali lagi. Mereka pergi ke sudut cafe. Sekali sampai terbeliak mata Aya, mahal nohhhh makanan kat sini! Air milo RM6 kau gila ke apa?! Aya jadi serba salah lalu mengerling ke arah Kayr
"Ha kau nak apa? cepat aku belanja"
"Ta--tak apa la aku tak nak hahaha"
Kayr paksa juga suruh pilih. Aya menelan air liur terus melihat satu menu yang dipamerkan
Aya membelek-belek buku menu sampai la kebelakang. Masalahnya semua nampak sedap macam mana aku nak pilih? Dah la harga pun mahal jadi serba salah la aku!"Tak boleh nak pilih banyak sangat"
"Okay kau pergi cari buku dulu biar aku yang pilih, nah kunci nanti cari bilik ni kalau kau dah settel pilih buku"
Aya angguk dan ambil kunci tersebut. Terus beredar dari section makanan sebab tak sanggup semuanya cekik darah! Tapi harap-harap sedap la nanti kalau ada duit aku boleh pergi lagi semata-mata nak makan HAHAHA
Aya mencari dan mengelilingi satu library yang agak besar itu. Tiada satu yang menarik perhatiannya untuk membaca. Dia mula bosan dan pada akhirnya dia hanya memilih untuk membaca komik 'lawak kampus' kegemaran budak-budak.
"Ni je yang ada gambar yang lain semua tulisan memang tak la aku nak baca"
Aya pergi ke sudut bilik. Aya mencari bilik yang tertera di kunci. Setelah beberapa minit, akhirnya jumpa. Aya buka bilik tersebut terus tergamam betapa mewahnya bilik tersebut. Ini dah macam hotel ni!! Ini bukan library! Aya dengan teruja melulu masuk duduk di atas sofa. Dirinya masih tidak percaya dan hanya melihat sekeliling bilik. Tersengih apabila fikir tak sangka dapat merasa kemewahan ni sekali.
Aya baru nak bangun dan tengok ke arah tingkap tetapi dikejutkan dengan bunyi pintu yang agak struggle nak dibuka Kayr. Aya menolong dan membulatkan mata
"Banyaknya buku kau pilih Kayr! Kau ni biar betul sempat ke nak habiskan semua ni?"
"Aku tau la apa aku buat~ Kau apa tahu? Kau tu dah la malas membaca ish ish ish"
Aya tiba-tiba menjadi geram. Dia melepaskan pintu membuatkan Kayr terhantuk dan tangannya terkepit. Kayr meronta-ronta meminta tolong namun Aya tersenyum sinis
"Okay okay aku minta maaf tolong la aku weh Aya tolong sakitt"
Aya akhirnya tolong dan mengambil separuh buku yang dibawa Kayr. Setelah beberapa minit, bilik itu hanya berbunyi aircond dan burung yang berkicau di luar tingkap.
Aya mula bosan lalu baring. Membaca komik itu berkali-kali sampai boleh kira Kayr dah habis buku ke-10 daripada 20 buku yang dia ambil. Hebat betul mamat ni, dah la buku tebal-tebal.
"Bila makanan nak sampai~ Aku bosan" - Aya
"Kejap lagi diorang hantar la tu"
Kayr menjawab sambil menumpukan perhatian kepada buku yang dibacanya. Aya hanya mengeluh dan melihat ke arah muka depan buku Kayr.
"Qoutes cinta~ Uuuu kau ni orang yang sentimental juga orangnya"
Kayr terhenti dan mengerling ke arah Aya yang baring merenungnya. Kayr tenung kembali membuatkan Aya gugup. Aya menelankan air liur apabila Kayr datang mendekat ke muka
"Eihhh Kayr kau nak buat apa ni?! Tak baik la Allah nampak!!"
Kayr masih mendiamkan diri dan mendekati rapat ke muka Aya. Aya menutup mata redha apa yang akan terjadi.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...