Aya mengikut Kayr yang tinggi itu dari belakang sambil memikir kan another confession. Hebat sungguh kau ni Kayr, kau tak pernah give up ya? Aku tertanya-tanya dekat mana kau dapat skill semua ni
“Tapi dengan cara kau pun dulu aku tengok hmm mesti kau ni playboy"
“Hah? apa kau cakap?"
Jawab Kayr yang menoleh ke belakang keliru. Aya berhenti lalu menyilangkan tangan yang memegang bunga ros itu. Keningnya diangkat
“Muka hensem dah tapi pekak”
“Bukan pekak tapi kau yang pendek sangat. Aku kalau nak dengar suara kau kena tunduk sampai terbongkok-bongkok habis belakang badan aku”
Aya menjeling. Dia kenakan aku balik dasar budak gila. Kayr kemudian tersengih lalu bongkok paras Aya lalu menatap mukanya, Aya mula memerah dan terkejut. Jantungnya kembali berdegup-degup
“Tadi aku dengar budak pendek ni cakap aku hensem betul ke?”
“Eeee perasan aku cakap em... emm"
Kayr ketawa terus beredar menuju ke pondok yang diduduk Fathin. Aya akhirnya mula bernafas dengan normal. Dia memang nak aku mati ke apa? Suka buat benda unexpected!
Aya dan Kayr menikmati permandangan di pantai. Duduk santai pada pondok sambil memerhati Fathin yang ikut Hamzah dan Sheera untuk menunggang kuda. Kayr mengeluh apabila melihat Fathin yang menghulurkan tangan bantu Sheera naik ke atas kuda
“Aya... Kenapa hidup aku tak seindah kau ya?"
Aya menoleh ke arah Kayr dengan bingung dan risau. Aya duduk dengan tegak dan menghadapnya dengan tulus
“Aik? Kenapa kau cakap macam tu.. Kayr, ada apa-apa yang aku tak tahu ke?”
“Entahlah.. semuanya tak kena walau apa pun aku usaha, aku ni tak sempurna... aku cuba bersabar dan menerima semua ujian dan makian yang diturunkan tapi.. semuanya sia-sia"
Kayr menoleh ke arah Aya terus mengalihkan badan menghadap Aya. Kayr menundukkan kepala dengan senyuman yang sayu
“I just think i'm not good enough in everyone eyes, rasa nak give up dengan semua benda yang aku minat.. ye lah aku tak berbakat. Aku tak berbakat dalam business ni and even dalam seni.. apatah lagi dalam agama kan? Sebagai anak... aku gagal mempertahankan keluarga bahagia aku.. aku gagal menjadi hamba yang baik.. aku gagal semuanya Aya”
Aya menghembuskan nafas dengan simpati. Aya senyum lalu menyilangkan tangan
“Kenapa kau perlu kisahkan pasal orang lain? Kenapa perlu puaskan hati orang? Diorang tu Tuhan ke bagi kau?"
Kayr terus mengangkat kepalanya dengan perlahan dan menatap Aya yang sedaya-upaya memujuknya
“Kayr... it's okay to not be perfect sebab apa? Sebab kita manusia bukan malaikat. Allah ciptakan kita manusia yang mempunyai banyak ujian tu bersebab. Sebab apa? Supaya kita takkan lupa akan-Nya. Supaya kita tahu apa erti usaha penat lelah semua tu"
“Kalau kau still suka semua tu menulis atau melukis atau segala jenis seni yang kau ungkapkan.. teruskan. Gagal? cuba lagi. perlukan penyokong? Aku ada Kayr, orang maki kau lagi? kau pekak kan diri kau sampai kau dapat kemenangan tu, kau tunjuk kepada diorang yang kau boleh!"
“It's okay if you want or wish to prioritize your dream first. Put yourself at above because it's your choice. Aku nak tanya kau, diorang ke yang kawal tubuh badan kau? Tak kan? so the behavior is not selfish but necessary"
Kayr mula mengalirkan air mata yang gembira. Kayr senyum dan menarik nafas. Aya kemudian sambung lagi
“Kau gagal tu biasalah... It's part of your journey. Aku ada baca somewhere that fail meaning is first attempt in life so? dalam hidup ni kita boleh cuba sekali je ke untuk melakukan sesuatu? Perempuan boleh mengandung sekali je eh?"
Kayr ketawa lalu mengesat air matanya dengan lengan baju.
“So it's okay faham? Janji kau dah usaha... teruskan usaha sebab Allah nampak segala-galanya. Aku percaya kalau kita ikhlas semuanya akan berakhir dengan Alhamdulillah. Janji kau jangan berhenti bergantung dengan-Nya. Allah tu sebaik-baik perancang Kayr tak mungkin kalau hari ni hujan esok matahari kan? kalau esok pun hujan tak mustahil lusa tiba-tiba jadi musim bunga”
“So are you sure you want to give up? Allah takkan bawa kau sejauh ni hanya untuk gagal Kayr, kau tunggu je~ Aku percaya kau boleh! Ayasya percaya kau bangkit! Trust yourself Kayr, Trust Allah, and trust me. Ingat sentiasa cuba lagi but kali ni with Allah okay?"
Kayr kemudian menepuk tangan sambil angguk dengan perlahan serta menayangkan senyuman yang sangat manis
“Terima kasih Aya, kau dah banyak tolong aku kenal dengan dunia sebenar. Kenal dengan Tuhan, nanti aku bawa kau kenal dengan family aku pula ya?"
“Eh eh! Ke situ pula ya kamu Tengku Abu Al Kayr~ ikut kamu le asalkan kau bahagia"
Sheera dan Hamzah memanggil mereka dengan tangan supaya menyertai bersama-sama menunggang kuda. Kayr dan Aya memandang satu sama lain lalu berlari menuju ke sana
Kayr selamat menghantar Hamzah dan keluarga Aya balik ke rumah. Sebelum Aya masuk ke dalam, Kayr turun dan mengambil sesuatu daripada bornet kereta
“Nah, kau mesti dah lama sangat nak ada kamera sendiri kan? Nah ni aku dah belikan tapi tak mahal la kamera ni but Happy Birthday Aya”
“Wahhh seriouslah? Tak pe tak mahal pun kau dah bagi pun aku dah bersyukur! Thank you Kayr but may I know model apa kamera ni?”
“Ooo Canon EOS 1DX MARK III”
Aya hanya angguk walaupun tidak tahu. Kayr kemudian masuk semula ke dalam kereta dan beredar memberikan ‘double signal’. Aya yang berada di belakang melambaikan dengan senyuman terus masuk ke dalam rumah
---
Aya melihat pada kesemua barang yang diberi Zarif ketika masih bersama. Aya mengeluh dengan kecewa. Aya menyimpan dalam satu kotak dan bawa keluar dari bilik
“Eh tu kotak apa?" - Sheera
“Barang-barang ni mahal, aku nak bagi Zarif semula nak buang pun sayang”
Sheera dan Fathin memandang satu sama lain kemudian angguk. Sheera turut bersiap untuk menghantar Aya pergi ke satu hotel di mana sekolah Aya membuat reunion
“Buang tebiat agaknya budak kecoh sekolah kita tu~ Elok lama tak jumpa tiba-tiba nak buat reunion sumpah la kau masih nak pergi? Aku risau diorang buli kau ye lah Dania tu budak berpengaruh”
“Nak tak nak aku kena hadap juga, aku tak nak lari lagi doakan aku ye Sheera?”
Sheera angguk dengan senyuman lalu mereka berpelukan. Aya dan Sheera kemudian salam Fathin sebelum berangkat. Tidak lama kemudian mereka bertolak
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...