Hamzah masih terkenang akan arwah sahabat-sahabatnya apabila menatap gambar di telefon. Hamzah menghembuskan nafas dengan berat
"Al-fatihah... Semoga kau dengan Fariz tenang kat sana Harith.. Aku sentiasa ada kat sini doakan korang"
Jemah, rakan sekerja Hamzah di cafe itu simpati akannya. Jemah tiap-tiap hari cuba comfort Hamzah dengan baik. Hamzah hanya tersenyum apabila tahu masih ada yang kisah akan perasaannya
Sementara itu di luar cafe,
"Sheera kamu betul nak kerja part time ni? Betul tak nak teman mama dekat rumah ala gaji influencer kamu tu dah cukup untuk sara mama dengan Aya"
"(geleng kepala) Tak mama, Kalau Aya pun bertekad nak selamatkan keluarga kita kenapa Sheera nak biarkan dia susah sorang-sorang kan? Ala part time je Sheera tetap ada teman mama sepanjang masa"
Fathin hanya angguk dengan faham. Sheera kemudian keluar daripada kereta lalu masuk ke dalam cafe. Ragu-ragu melangkahkan diri sambil tengok menu
"Itulah aku pun rasa macam tu"
"Wuit Hamzah (bagi isyarat ada customer)" - Jemah
Hamzah menolehkan badan menghadap Sheera yang masih melihat sekeliling. Hamzah menyambut dengan mesra
"Selamat datang~ Cik nak order apa?"
"Erm.. Bagi saya Ice caramel Latte satu dengan nak bungkus spaghetti carbonara boleh?"
Hamzah angguk sambil menekan mesin automatik cashier itu. Jemah mula beraksi menyiapkan pesanan.
"Semuanya RM30 nak bayar kad ke cash?"
Sheera menghulurkan kad debitnya dengan senyuman. Sheera masih lagi melihat sekeliling dan cara Jemah bekerja. Hamzah memulangkan kad bersama resit
"Erm... Saya nak tanya sikit boleh?"
"Boleh apa tu cik?"
"Sini ada kerja part time tak? Kalau boleh saya nak kerja part time kat sini nak cari duit lebih sikit"
Hamzah dan Jemah terkejut. Akhirnya!! Akhirnya dapat pekerja part time yang dicari-cari! Sejak pekerja lelaki berhenti, Tinggalah Jemah dan Hamzah berdua. Nak cuti payah sebab tak ada backup nak jaga kedai
"Oh ada cik kejap saya pergi ambil buku nanti cik isi maklumat penting seperti nama, no telefon dan umur ya"
Sheera angguk dengan teruja. Hamzah beredar masuk ke bilik belakang manakala makanan Sheera sudah siap. Jemah memberikan dengan senyuman
Tidak lama selepas itu Hamzah kembali dengan buku. Sheera terus menulis maklumat lanjut"Nurul Syaheera Arasyah binti Daud, sedap nama"
Jemah berdahak. Seriousla si Hamzah ni puji perempuan? Tak pernah seumur hidup aku dengar walaupun dia ni friendly dengan customer tapi aku tak pernah nampak lagi sweet-sweet gini. Sheera yang mendengarnya malu
"Dah siap dah? Okay kalau dapat kita akan call awak balik la ya? Terima kasih datang lagi"
Sheera angguk dengan senyuman. Mengambil makanan keluar terus masuk ke dalam kereta. Hamzah tidak memutuskan pandangannya terhadap kelibat Sheera. Jemah berdahak sekali lagi
"Macam pernah nampak muka tu... Tapi dekat mana ya?"
"Eleh padahal nak sangat berjodoh dengan dia dan dan kau cakap pernah jumpa"
"Eh tak tak serious aku rasa aku pernah jumpa dia sekali"
Jemah malas nak layan dan mula mengemas barang yang digunakan tadi. Hamzah tiba-tiba tersenyum apabila memikirnya
----
Aya sedang membawa file yang bertimbun untuk ke library syarikat tersebut. Aya masuk hanya untuk disambut dengan pekerja-pekerja yang angkuh dan dengki. Mereka semua menjeling maut kepada Aya. Aya malas nak layan lalu terus letak file atas kaunter library. Petugas library ambil dengan senyuman lalu memeriksa semua maklumat daripadanya, Aya menunggu borang untuk diserahkan kepada ketua tertinggi
"Eh kau tau tak~ Aku dengar pekerja baru tu bapak gedik siaa ada darah penyondol"
"Ha ah terkinja-kinja nak kan si Tuan Kayr tu"
Aya dengar namun masih memilih untuk diam. 3 diva masih menghasut semua orang untuk dengar fitnah dan gossip bodoh itu
"Pelik betu Tuan Kayr tiba-tiba rapat dengan perempuan sebab sebelum ni nak pandang kita pun tak nak"
"Kann! Kau pun rasa camtu aku rasa ada something kita tak tahu ni (menjeling Aya)"
Semua berbisik-bisik mengumpat Aya secara terang-terangan. Aya melihat sekeliling dan pandang ke arah 3 diva itu semula. Diva itu smirked
"Tak payah layan diorang kalau nak survive dekat company ni.. Diorang ni memang gini"
Kata petugas library tersebut. Aya tersenyum nasiblah akak ni baik. Kalau tak aku tak tahu lah jadi apa. Aya masih menunggu borang
"Haaa aku dah tau kenapa!"
"Kenapa wey kenapa? Don't say apa yang aku tengah fikir sekarang"
"Yes! Tuan Kayr mesti kena paksa makan nasi kangkang dow!! Gerenti!"
Aya terkejut. Aya sangat marah. Fitnah ni dah melampau mana boleh tuduh-tuduh aku macam tu.. Aku tak tahan kau memang nak kena kan perempuan!
"Betul jugak weyyyy sebab apa kitorang nampak dia makan sekali dengan Tuan Kayr kat rooftop haa aku rasa masa tu la dia bagi"
Semua di perpustakaan berbisik-bisik dengan kuat lalu ketawa. Diorang juga menghina dengan padu. Aya mengenggamkan tangan dan tidak boleh tahan lagi, Aya berjalan menuju ke arah diva-diva tersebut
"Itulah aku rasa kau--" - Kayr
"ARRRRHHH! SAKIT LA GILA!"
Kayr, Perry serta pengikut-pengikut yang lain terkejut apabila mendengar jeritan daripada library. Mereka terus bergegas menuju masuk dan melihat apa yang terjadi. Mereka terhenti dan membulatkan mata
"EH KALAU AKU TAK BAGI NASI KANGKANG PUN DIA MEMANG DAH SUKA AKU LA, KENAPA KAU JELES? PANAS SEBAB BERTAHUN-TAHUN NAK AMBIK PERHATIAN TUAN KAYR TAPI TAK MENJADI hahaha lemah!"
Kata Aya sambil menarik rambut ketiga-tiga diva itu. Semua diva sangat bengang dan meronta-ronta untuk melepaskan diri
Perry mahu meleraikan perbalahan tersebut namun dihenti Kayr dan disuruh senyap. Kayr mahu melihat 'show' tersebut dengan lebih lama"SAKIT LA LEPASS LA!"
"KESAH PULAK AKU? CUBA TRY LEPASKAN DIRI KORANG DENGAN MULUT LONGKANG KORANG TU TADI MACAM HEBAT SANGAT JE HA CUBA LAH KENAPA? TAK BERANI ALAH ALAH MANJO"
Petugas library dengan ragu-ragu dan cemas mahu menghentikan Aya. Aya masih panas kerana selagi tak minta maaf dengan dia selagi tu dia takkan lepaskan
"Akulahh baru nak enjoy-enjoy hari pertama ni tapi kena hadap juga musibat bangang"
"Sabar cik sabar.. nah ni borang yang cik nak tu haihh sudah cikkk sabar"
Aya akhirnya menarik nafas dan melepaskan mereka semua. Aya mengambil borang dan menjeling buat kali terakhir. Apabila menoleh terhenti dan terkejut lalu terkentut. Aya ketawa dengan janggal
"Eh hahaha Tuan Kayr... "
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...