Setelah beberapa minit berlari menyelamatkan diri dari letupan bomb, seorang lelaki muda berjaya menjejakkan diri ke dalam rumah miliknya bersama anak lelakinya yang berumur 4 tahun tersebut
Lelaki muda itu terduduk di sofa dengan sangat tertekan manakala anak lelakinya hanya tenung ayahnya dengan senyap
Lelaki muda itu bangun dan bergegas masuk ke dalam satu bilik diikuti anak lelaki di belakang, Lelaki itu kemudian mengeluarkan segala kemarahan dengan menyepahkan serta merosakkan barang-barang milik anak lelakinya itu"Ayah!! Ayah berhenti! jangan rosakkan barang Kayr! Ayah!! tolong"
"MULAI HARI NI KAU KUBURKAN SAHAJA CITA-CITA BODOH KAU NI! PENULIS?! PELUKIS?! JANGAN BERHARAP UNTUK MENYENTUH SEMUA INI LAGI!"
Kayr menangis dengan kuat. Dia tidak mampu halang kemarahan ayahnya. Kayr hanya mampu bersedih kerana semua barangnya telah rosak. Ayahnya hanya terus memberontak walau hatinya tidak rela. Ayahnya turut menangis
Seminggu selepas terjadinya mimpi buruk tersebut , Ayah Kayr bersama seorang perempuan lingkungan umurnya melangsungkan pernikahan
"Tengku Ahmad Tarmizi bin Tengku Abdullah, aku nikahkan kau dengan seorang perempuan Nur Erysa binti Abdul Yusof dengan mas kahwinnya Rm99 tunai"
"Aku terima nikahnya... Nur Erysa binti Abdul Yusof dengan mas kahwinnya RM99 tunai"
Tok kadi yang menikahkan mereka berdua menoleh ke arah saksi-saksi berkenaan, semua angguk menandakan mereka sah menjadi suami isteri. Doa mula dibacakan
Tarmizi menoleh ke arah Al Kayr, anaknya dengan sayu. Kayr hanya mampu melihat dari jauh dengan bingung tidak faham apa yang sudah terjadi
"Kayr~ akhirnya ibu dapat tinggal dengan kamu! Mulai hari ni ibu akan jaga kamu dengan baik ya sayang"
Kayr yang mendongak ke arah ibunya angguk dengan ragu-ragu setelah majlis selesai. Erysa senyum dan memimpin Kayr bersama Tarmizi yang masih lagi tidak rela untuk hidup bersama-sama Erysa
"Senyum sikit muka kau tu... Jangan nak play victim sangat"
Bisik Erysa kepada Tarmizi. Tarmizi hanya mampu diam dan menggenggam kedua tangan dengan geram
Beberapa hari selepas hari pernikahan, Kayr dan Erysa tenang duduk bersama di dalam rumah. Tiada ribut yang menganggu membuatkan Kayr selesa dengan Erysa sehinggalah...
Menunjukkan Kayr sedang melukis di dalam biliknya dengan senyap. Erysa yang baru lepas jemur kain tersenyum melihat Kayr yang agak fokus di meja belajar miliknya itu. Erysa dengan perlahan-lahan menghampiri Kayr namun senyuman nya pudar apabila dia sedar Kayr sedang melukis bukannya belajar
Erysa terus merampas ke semua barang milik Kayr lalu mengoyakkan dengan kejam"Kenapa ibu koyak barang Kayr!! Ibu Kayr baru beli dengan duit Kayr tu ibu!"
"AKU TAKKAN BENARKAN KAU JADI BODOH MACAM KETURUNAN 'DIA' !! AKU NAK KAU PERGI BELAJAR TAK PUN MEMBACA SEDIKIT DEMI SEDIKIT PASAL EKONOMI NEGARA SEKARANG! COMMON LA KETURUNAN KITA ADA CLASS, BIDANG NI JUGA KAU NAK PILIH?! TAK ADA-TAK ADA! KAU AKAN SAMBUNG BAHAGIAN BUSINESS! KAU AKAN SAMBUNG GENERASI KITA! CEPAT GERAK PERGI MEMBACA SEKARANG?!"
Kayr menangis dengan kuat terkejut akan sikap sebenar ibunya. Erysa menjadi semakin tidak terkawal lalu mencubit-cubit lalu menampar anaknya, Erysa juga sepak anaknya tanpa belas kasihan
"YA ALLAH AL KAYR!"
Tarmizi yang datang tepat pada masanya memeluk Kayr lalu meleraikan kekecohan tersebut. Tarmizi menjeling maut serta mahu melawan Erysa
"KAU JANGAN NAK MELAWAN AKU MIZI! KAU MASIH KENA IKUT SYARAT AKU KALAU TAK KAU TAHULAH APA AKAN JADI! AKU TAKKAN BIARKAN ANAK KITA TERJEBAK LANGSUNG DENGAN CARA HIDUP ALYSA BODOH TU! DIA ANAK AKU! DIA MILIK AKU! AKU AKAN DIDIK DAN TENTUKAN HIDUP DIA!"
Tarmizi tidak mampu berkata apa dan menangis dalam senyap sambil memeluk Kayr yang masih takut, terkejut juga meraung akan apa yang terjadi
-
Tarmizi akhirnya sampai pada suatu tempat yang terpencil bersama anaknya Kayr. Mereka menuju masuk dengan tekad. Sesudah sahaja masuk hanya untuk melihat pergaduhan atau manusia bertumbuk satu sama lain. Ada juga yang sedang membina badan. Kayr sangat takut namun hanya berdiri di belakang ayahnya
"Jadi inilah anak kau Mizi, kau yakin? nak besarkan dia dengan cara hidup kau?"
"Aku yakin Hasif. After all aku masih pegang amanah dari 'dia'. Aku kena ajar Kayr kerana suatu hari nanti dia pula yang akan pegang amanah ni lagipun.. Aku tak sanggup tengok anak aku lemah dan sakit dipukul oleh mak kandung dia lagi, tambahan pula stress nak kena layan mental mak dia tu kau pun tahu Erysa macam mana.. "
Hasif, selaku sarjan baharu di agensi pusat latihan khas polis itu angguk dengan faham. Lagipun pihak " Qudra' " sudah memberi kenyataan rasmi bahawa setiap bekas agent dari mereka dibenarkan menyertai polis secara sah sekiranya agent-agent masih mahu meneruskan latihan
Tarmizi menoleh ke arah Kayr yang masih takut dibelakangnya. Tarmizi tunduk pada paras ketinggian Kayr
"Kayr... Ayah bersikap keras kepada kamu hari tu sebelum perkahwinan ada sebab. Ayah pun rasa kamu dah tahu kenapa. Ayah minta maaf, Tapi nak tak nak kita kena hadapi nya sama-sama... So untuk buat kamu jadi lebih kuat hadap semua ni lagi beberapa tahun, Ayah hantar kamu ke sini. Hidup berdikari untuk lawan raksasa suatu hari nanti, hidup berdikari untuk pegang 'bunga' supaya tidak mati! Ayah tak nak sejarah berulang Kayr... Kayr tolong terima ya takdir tuhan ini? "
Kayr mengalirkan air mata. Dia tahu bahawa ayahnya juga membesar dalam keadaan macam ni kerana setiap kali Kayr balik dari taska khas suatu ketika dahulu, Tarmizi akan membawanya pergi teman dia training
Kayr tidak membantah lagi. Kayr angguk kepada ayahnya. Ayahnya senyum lalu memakai kepadanya seutas rantai
"Rantai ni.. ada maksudnya. Dekat luar sana, terdapat pelbagai amanah! Namun akan ada satu yang menjadi keutamaan darah daging kita. Ayah nak kamu simpan rantai ni sampai kamu jumpa amanah yang ayah maksudkan"
(19 tahun kemudian)
Tempat latihan khas polis rahsia ni sudah menjadi rumah kedua bagi aku. Setiap hari berlatih walaupun aku bukan milik negara secara sah. Demi mempertahankan diri seperti yang dimaksudkan ayah.. Aku sanggup terima kesusahan ini
"Tengku Abu Al Kayr, sila masuk ke dalam bilik General Faisal dengan segera. General mahu membincangkan sesuatu"
Arah seorang pegawai bertugas di pusat latihan polis tersebut. Sebagai pelatih yang menumpang, aku tidak perlu takut mahupun gerun akan general tersebut. Beliau dan cawangan polis ini sudah banyak tolong keluarga kami
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...