Chapter 29

106 9 0
                                    

Hamzah dan Sheera memandang satu sama lain kemudian ketawa dengan janggal. Kening Kayr terangkat sebelah lalu menyilangkan tangannya

"kitorang mengemas je kan Sheera?"

"Ha ah!! Tapi en haa korang buat apa kat sini tak nampak ke sign kat pintu tu tulis dah tutup?"

Kayr dan Aya pula memandang satu sama lain kemudian ketawa. Aya menjelaskan kepada Sheera bahawa Kayr mahu menumpangkan Sheera untuk hantar sekali ke rumah

"Lah, korang kenal la rupanya? Kecik nya dunia ni Kayr"

"Kan kan aku pun terkejut Sheera cakap dia kerja dengan kau"

Mereka semua angguk satu sama lain kemudian Sheera berlari memeluk Aya memandang Hamzah

"Kalau macam tu saya balik dulu la Hamzah
hati-hati mengemas sorang-sorang nanti ada hannnnntu~~ uuuuu"

"Kau jaga mulut sikit eh ada jugak aku baling apron ni"

Kayr dan Aya ketawa melihat diorang bergaduh. Kayr bersalaman dengan Hamzah sebelum meninggalkan dia keseorangan

Mereka semua masuk ke dalam kereta, Aya duduk di depan bersama Kayr manakala Sheera duduk di belakang

"Minta maaf awal-awal la Kayr, kereta saya tengah servis itu lah saya balik naik bas sekarang ni"

"Eh takpe tak kisah lagipun dah alang-alang lalu sini juga kan sebelum pergi rumah awak"

Sheera angguk dan mula mengeluarkan telefon. Aya pula hanya diam manakala Kayr memulakan perjalanan dengan bismilah

Kereta menjadi senyap namun Kayr tiba-tiba mendapat idea, Kayr menjenguk kepada Sheera di cermin lalu mengerling kepada Aya di sebelahnya

"Alang-Alang semua orang dah kenal sama kenal apa kata nanti birthday Aya kita gi picnic apa macam? Ajaklah mak cik sekali boleh je"

Aya dan Sheera terus bersinar dan angguk dengan teruja. Mereka bersorak dan fangirling bersama membuatkan Kayr ketawa. Kayr menyuruh Sheera atau Aya mencari tempat yang mana sesuai untuk picnic diadakan

Masing-masing membuka telefon tetapi hanya dengan satu post di Instagram membuatkan Aya tiba-tiba menjadi marah terus meletakkan di tepi. Aya mengerutkan dahi serta menyilangkan tangan membuatkan Kayr bingung. Sheera faham sangat kenapa dia jadi sedemikian kerana Zarif telah memuat naik gambar bersama Dania dengan caption

"My bidadari? ewwww nak termuntah"

Suara Sheera yang memerli post itu telah menyedarkan Kayr. Kayr mula faham kenapa Aya menjadi bengang. Kayr terus mengambil telefonnya di sisi lalu menyambungkan kepada radio. Kayr memasang zikir penenang hati membuatkan kedua hati Aya dan Sheera dijentik

"Biarkan diorang, tak de guna pun marah dengan benda sia-sia"

Aya akhirnya tenang lalu tersenyum memandang ke luar tingkap. Sheera masih tergamam akan tindakan Kayr, bapak gentle nya mamat ni memang patut pun hensem!

---

Kayr akhirnya tiba di rumah lalu parkir di tempat yang disediakan. Kayr agak letih dan mahu berehat apabila Erysa yang berada di ruang tamu bersama Tarmizi menahannya

"Petang tadi ada orang hantar parcel, besar juga tapi ibu tak buka pun, ibu just letak depan bilik Kayr"

"Ooo barang kawan-kawan je ibu~ jangan risau lah~ okay terima kasih info Kayr naik dulu"

Ibunya masih menahan Kayr dan membawanya duduk bersama di ruang tamu. Kayr hanya melayan kerana tidak mahu mereka kecil hati

"Ibu nak tanya la, kenapa Kayr kerap kunci pintu ya sekarang ni? Ha macam tadi lah ibu nak letak barang pun tak boleh"

"O--oh bilik Kayr bersepah segan nak bagi ibu dengan ayah masuk tu jee"

Ibu angguk manakala aku menoleh ke arah ayah dengan janggal. Ayah hanya seperti biasa, membuat muka dingin

"Macam mana blind dates kamu yang hari tu? Ibu tak dengar khabar pun biasanya kamu akan bagitahu kamu reject uuuuu Kayr masih teruskan la ni?"

"Hahaha tak ada lah Dania dengan Kayr memang reject satu lain, lupa nak bagitahu sebab Kayr kan sekarang ni selalu balik lambat? itulah sampai terlupa tu"

Ibu mengangguk setuju namun tetap sedih. Niat dia nak kahwinkan aku masih lagi membuak-buak. Ibu tiba-tiba tersenyum

"Anak kawan ibu yang baru ni dia tengah study oversea! Rasanya last sem dah nanti dia balik Malaysia Kayr nak tak jumpa dia? Alaa mama jodohkan terus je la kalau blind dates ashik reject je betul tak bang?"

Kami berdua memandang ayah. Ayah menatap aku yang tidak rela. Ayah tahu aku sudah mencintai seseorang. Ayah berdahak dan sambung membaca surat khabar

"Tak payah la paksa Kayr kahwin... dia dah besar, dia ada hak nak pilih pasangan sendiri lagipun kalau kahwin belum tentu akan dapat anak secepatnya, apa awak ingat anak tu boleh suka-suka keluar ke"

Kayr lega akhirnya ayah defend aku! Biasanya dia selalu 'terpulanglah tu anak awak' dengan ibu kali ni dia defend aku!! Go Ayah Gooo!

"Ada je lah jawapannya menyampah! Kayr pun satu cuba la pikir masa depan sikit kadang-kadang ibu was was kamu ni straight ke gay sampai sekarang masih tak nak bercinta dengan pilihan ibu"

Kayr hanya menggarukan kepala. Ibu ni tak sah kalau dah kalah, ada je lah dia counter dengan benda mengarut tapi nak buat camana en? Nak tak nak hadap, hadap je la kongkongan ibu ini

---

Aya dan Kayr sedang lepak di kaunter pertanyaan tingkat bawah sekali untuk membincangkan hal kerja berkaitan project 777

"Ha ah Itu mengikut apa yang saya kaji la"

jelas seorang pekerja bertugas. Aya dan Kayr angguk lalu menerangkan dengan lebih lanjut. Terdapat pasaraya mini pada tingkat 12, oleh sebab itu syarikat sentiasa penuh dengan pelawat-pelawat luar.

"Okay guys hari ni kita akan shopping satu pasaraya mini RHM HQ ni so let's go"

ujar youtuber lelaki yang membawa kamera bersama rakan-rakan yang lain. Mereka masuk dan tergamam akan design yang sangat cantik dipaparkan.

"Tujuan kami sebenarnya, kami nak sedekah sedikit sebanyak untuk sponser beberapa orang terpilih untuk pergi ke korea! Kalau tengok konteng kami yang sebelumnya saya sudah sponser 2 orang so hari ni kita nak cari lagi 2 orang let's go!"

Youtuber itu melihat sekeliling lobby yang tertera, rakan-rakan yang berada di belakangnya juga cuba menolong untuk mencari orang yang tepat dan akhirnya mata mereka tepat mengunci pada Kayr dan Aya yang sedang ketawa bersama-sama pekerja bertugas di kaunter pertanyaan

"Hi maaf menganggu boleh luangkan masa sedikit dekat konten saya?"

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now