Dengan pandangan yang maut, Kayr bergegas menghampiri Haqeel. Haqeel mula takut dan cuba untuk lari namun tidak semudah itu... Kolar Haqeel dah dicengkam oleh Kayr
“Heyyy! abang apa abang buat ni eh aduh Perry tolong aku!"
Perry pun gelabah tak tahu macam mana nak leraikan mereka berdua. Haqeel dah mula berpeluh, dia kemudian tak habis-habis berdoa akan nasib. Ya Allah selamatkan aku!! apa salah aku!!
“Baik kau cakap dengan aku sekarang! Kau dengan awek kau Clara pakat dengan mak aku kan! Korang dah terima rasuah kan! Nak hancurkan kami!"
“Ya Allah tidakkkk tuaann apa ni lepas kan saya!! Saya dan Clara dah lama tak contact saya pun tak tahu dia buat apa sekarang entah hidup ke tak lagi pun saya tak tahu tapi ampunn tuan lepaskan saya!!”
Kayr diam tapi masih cengkam Haqeel yang meronta-ronta untuk melepaskan diri. Perry mengeluh dengan pasrah dan akhirnya berjaya meleraikan mereka.
---
Aya menghidangkan air buat mereka. Haqeel hanya tunduk ke bawah lantai tidak berani nak pandang Kayr langsung. Kayr dengan muka bengis sambil menyilangkan tangan itu akhirnya bersuara
“Kau betul jumpa Perry kat pantai?!"
“Y--ya tuan! masa tu saya tengah healing"
“Lepas tu ada orang kena ragut, si Haqeel ni la yang tolong. Saya nampak dia boleh tahan dalam berlawan sebab tu saya hire dia tuan"
Kayr angguk dan akhirnya lega. Kayr menghirup air yang telah dibancuh oleh Aya. Kayr senyum dan memandang isterinya
“Sedap lah air yang yayang buat ni~ maceh”
Aya juga melontarkan senyuman yang lebar. Dia terus mengambil dulang pergi ke dapur untuk meninggalkan mereka bersendirian
Perry dan Haqeel yang melihat sisi lain Kayr memandang dengan janggal. Kayr tiba-tiba sedar, lupa ada tetamu
“Apa? Korang tak pernah tengok laki bini sweet ke? Suka hati aku la jangan nak judge"
Perry menggelengkan kepala. Haih penat betul aku jaga mamat ni. Manakala Haqeel angguk dengan perlahan-lahan dan melutut
“Tuan Kayr, saya sumpah saya tak ada kaitan langsung dengan Clara ke atau masalah keluarga tuan!! Saya memang nak cari rezeki tolongg jangan apa-apa kan saya.. Ha! jangan ambik superbike tu please”
Kayr dan Perry pandang satu sama lain. Entahlah tapi tiba-tiba rasa kelakar. Kayr ketawa dan angguk. Kayr kemudian memberitahu bahawa dia lah sepatutnya berkahwin dengan Clara
“Tapi aku bantah dan melawan. Aku ingat bila aku dah kahwin dengan Aya ni.. selamat lah hidup dia tapi terkejut jugak la tiba-tiba aku nampak sisi lain dari dia sebelum aku balik tadi”
“Dia pernah cakap dengan saya... sebenarnya dia tak kaya pun. Kekayaan dia dikawal oleh seseorang. Saya rasa dia buat semua tu sebab terpaksa, saya kenal Clara.. dia tu baik orangnya”
Kayr dah mula faham. Aku dah agak... Ibu takkan berdiam diri. Aku akan pastikan rancangan ibu untuk memusnahkan kami tu gagal
“Kau sayang dia lagi?"
“Sayang tapi saya tak rasa nak teruskan. Saya dah mula rasa melepaskan lebih baik. Sekarang ni saya nak fokus dengan diri saya dan keluarga”
Kayr dan Perry angguk dengan sangat faham. Baguslah, ini satu manfaat kepada aku. Tak ada lah aku nak kena fikir macam mana nak selamatkan Aya dengan lebih teliti. Tinggal nak hapuskan Clara je. Haih lah Clara... benda senang ada kau nak jugak rumitkan
“Takpelah kau balik, esok datang kerja macam biasa.. Clara biar aku settel, terima kasih untuk hari ni. And.. sorry sebab aku kasar dengan kau tadi”
Haqeel angguk. Perry turut bangun dan menundukkan hormat. Tidak lama kemudian mereka beredar meninggalkan rumah. Kayr mengeluh lalu menyandarkan diri ke sofa sambil memejamkan mata
Tiba-tiba tangan yang memeluk leher Kayr dari belakang mengejutkannya
“Abang mesti letih kan hari ni...”
Kayr terus bangun dan menoleh ke arah Aya. Terbeliak mata melihat Aya mengenakan baju yang sangat menggoda iman. Kayr menelan air liur
“Bila masa pulak sayang tukar baju ni!!”
“Tadi masa abang dengan kawan-kawan berborak, saya masuk la bilik”
Kayr masih tergamam serta terkaku. Aya senyum dan mendekatinya memandang dengan pandangan seductive
“Bau perfume perempuan... ”
“Ab--abang tukar sekarang! eh eh buang terus lah kat sini! Tak nak pakai dah”
Terkejut Aya. Mamat ni gelojoh betul, Kayr membuka blazer kemudian dengan perlahan membuka butang namun ditahan Aya. Muka Aya memerah
“Jangan nak gelojoh sangat la pak cik! Kalau abang nak buang pakaian ni jom kita masuk bilik dulu pastu ha baru kita fikir lebih-lebih”
Kayr angguk dengan semangat dan angau. Aya menarik tangan Kayr yang entah tiba-tiba jadi sotong masuk ke dalam bilik tidur. Dan berlaku another scene yang tidak boleh described🤫
(Keesokannya)
Aya memandang ke arah Kayr yang sedang membasuh pinggan. Aya roll eyes dan mengeluh. Kayr terdengar dan cepat-cepat tutup air pergi kepada isterinya
“Kenapa ni sayang? marah pasal apa yang abang cerita tu ke? Abang nak buat camana... abang tolak pun dia tetap nak goda tarik tali leher abang even dia tahu dia tak setaraf sayang abang ni~”
“Sebab tu la saya nak kerja sekali abang tak kasi suruh rehat la apa la! kalau saya ada semalam dah lama saya ajar betina tu”
Kayr ketawa melihat isterinya yang cemburu. Aya masih menjelingkan matanya dan terus mengomel dengan perlahan.
“Patutnya baru kahwin ni suami kena ada dengan bini tapi hmm ashik kerja je dah tak sayang la tu”
“Ha membebel apa tu? Sayang ingat abang tak dengar ke? erm erm erm okay kalau macam tu.. "
Kayr kemudian mengambil telefon pintar yang berada di ruang tamu. Kayr menunjukkan kepada Aya dia telah membuat panggilan dengan seseorang. Aya hanya tenung dan menanti dari dapur
“Ha ah sampai saya puas.. ha ye tapi pastikan pretasi tu tetap kekal ya? okay baik bye"
Kayr masuk ke dapur dan duduk di sebelah Aya semula. Aya hanya tenung Kayr dengan keliru. Kayr mengusap pipi Aya
“Abang dah suruh seseorang ganti tempat abang so yeah I'm fully yours"
“Sampai bila? Kalau hari ni je tak guna juga hmph"
“Siapa kata hari ni je? Abang suruh dia jaga sampai dia nampak kelibat abang jejak office tu.. selagi tak de, dia jaga la”
Aya membulatkan mata. Ini dah dikira macam berhenti kerja ni! Kayr angguk dengan senyum kemudian menatap Aya sambil merehatkan dagunya menggunakan kedua-dua tangan
“Anything for my princess~"
“Habistu apa function saya jadi bodyguard dia?!”
BERSAMBUNG
*xde idea guys, takziah for me🙂
YOU ARE READING
C | Aku Perisainya
Action[Book 2] Pertemuan kita seperti takdir yang sudah lama tertulis, am i right Ayasya Amirah? Bermula dengan 'blind date' yang diatur secara paksa tiba-tiba menjadi cinta yang sejati buat selama-lamanya. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan ka...